Baru Sepenggal Menjadi Wakil Rakyat, YB Puchong Sudah Menempah Porche 911 Turbo
Sunday, 14 October 2012
Gambar di atas adalah gambar kereta Porche 911 Turbo Tiptronic Coupe,
yang bakal menjadi hak milik YB Puchong. Tidak sampai sepenggal menjadi
Wakil Rakyat di Selangor YB Puchong sudah menempah sebuah kereta "sport"
mewah. Hebat Wakil Rakyat DAP dan Pakatan Haram. CTS tidak mengatakan
YB Puchong tidak mampu membeli kereta mewah sedemikian. Dengan gaji dan
elaun Wakil Rakyat Selangor berjumlah RM17 ribu lebih ditambah dengan
tugasan dan perniagaan beliau di dalam syarikat guaman bapanya, beliau
jauh lebih dari mampu untuk memilikinya.
Kereta berkenaan baru selesai dibuat "booking" dengan harga sebanyak
RM400,000. Semua urusan tanda tangan "booking" pembelian telah selesai
minggu lepas. Dikhabarkan pengeluaran kereta "recond" tahun 2006
berwarna hitam berkenaan hanya menantikan pinjaman bank diluluskan.
Nanti bolehlah YB Puchong membawa kereta berkenaan untuk melawat
kawasan. YB-YB Pakatan Haram yang lain tidak berminatkah dengan kereta
Porche. Bolehlah menurut jejak langkah YB Puchong dan YB Gombak.
1 comments:
Kalau wakil rakyat UMNO/BN membeli kereta macam ni mulalah puak-puak tu melalak kononnya mengketedarah duit rakyat...
Post a Comment