Laporan Polis Bukti Ronnie Liu Menghalang Tindakan Pihak Berkuasa Serbu Pusat Pelacuran
Wednesday, 24 October 2012
Seperti yang diketahui umum semalam mantan MB Selangor Dr Mohd Khir Toyo mengambil keputusan untuk menyelesaikan di luar mahkamah berhubung tindakan saman yang diambil oleh Ronnie Liu terhadap beliau pada tahun 2008.
Tindakan Khir itu mungkin menimbulkan rasa terkejut dan tidak puas hati daripada segelintir orang-orang UMNO atau penyokong-penyokong BN.
Pada pandangan kami di selangordaily.com tindakan yang diambil bukan beerti tuduhan yang dia lemparkan kepada Ronnie sebelum ini tidak benar, tetapi lebih kepada Khir tidak mahu memanjangkan kes untuk jangka masa yang panjang yang tentunya membuang masa, tenaga dan kos.
Kerana seperti yang kita sedia maklum Khir sekarang sedang berdepan dengan cabaran lain yang lebih dasyat dan hebat. Cabaran yang kami maksudkan adalah kesnya yang masih lagi berjalan di mahkamah.
Kami berpendapat jika Khir ingin meneruskan saman tersebut peluang untuk beliau menang agak cerah kerana beliau bercakap berdasarkan bukti yang ada. Oleh kerana tidak mahu membuang masa bertahun-tahun untuk melayan kes tersebut maka jika ada penyelesaian adalah lebih baik diselesaikan.
Baca penjelasan lanjut Dr Khir di blog beliau. Klik di sini
Tindakan Khir memohon maaf kepada Ronnie tidak bermakna Ronnie tidak bersalah.
Khir menuduh Ronnie menjadi penghalang untuk menghalang pihak berkuasa dan polis daripada menguatkuasa undang-undang yang membabitkan aktiviti pelacuran di sebuah hotel di Puchong , Selangor pada tahun 2007.
Kami boleh membuktikan bahawa tindakan Khir bukan tuduhan melulu tetapi apa yang dikatakan olehnya adalah benar.
Di sini kami tunjukkan laporan polis yang dikirimkan kepada kami melalui emel , dimana laporan yang dibuat oleh Pegawai Penguatkuasa MPSJ pada 02.11.2007 yang menunjukkan tindakan Ronnie menghalang pihak berkuasa dari menjalankan tugas hingga Ronnie ditangkap oleh polis dan dibawa ke Balai Polis Puchong Jaya.-SelangorDaily
0 comments:
Post a Comment