Powered by Blogger.

KRISIS SKANDAL KEPIMPINAN DAP SELANGOR DI TAHAP KRITIKAL.

Friday 12 October 2012

Teresa Kok
Teresa Kok Pengerusi DAP Selangor - Menang Dengan Undi Tipis
ADUN Selangor
EXCO Selangor
Ahli Majlis Perbandaran 
Pegang 7 Jawatan Dalam Satu Masa. 
Teresa Kok Banner
Banner Protes Terhadap Teresa Kok.
Bekas pimpinan DAP Tan Tuan Tat telah menyelar dan membuka pekong kemelut krisis skandal kepimpinan DAP Selangor dan Pusat. Menurut Tan, akibat kelemahan dan penguasaan Dinasti Lim di dalam DAP di peringkat Pusat dan Negeri, perpecahan serius telah berlaku dan ramai ahli akar umbi tidak berpuashati dengan amalan kuku besi yang di amal kan bagi memastikan kekuasaan kekal pada tangan keluarga Dinasti Lim. 
Perang mulut dan Perang Dalaman dalam DAP Selangor bukan rahsia lagi. Teresa Kok telah membidas kembali kritikan dan teguran Tan Tuan Tat dan menyatakan dengan nada sombong dan angkoh bahawa Tan Tuan Tat tidak tahu apa yang berlaku kerana bukan ahli komiti negeri, EXCO dan ADUN. 
Jadi memang betul lah Kata Tan Tuan Tat, apasaja yang dilakukan oleh Teresa Kok dan Ronnie Liu serta Dinasti Lim semuanya dalam kerahsiaan dan tidak telus kepada ahli-ahli di akar umbi.

Bakal menyusul lagi pendedahan mengenai krisis skandal kepimpinan DAP Selangor nanti. Tunggulah sahaja.
 
Sumber - Jas Salleh

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP