Khalid Ibrahim Bertuah, Rakyat Selangor Bakal Beri Hadiah Istimewa
Sunday, 14 October 2012
Esok, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan menerima
hadiah khas dari rakyat Selangor berupa bingkai gambar yang mengandungi
manifesto PKR & Pas Selangor pada PRU2008.
Rakyat yang prihatin, Rushdan Mohamed berkata, dia mahu gambar
manifesto itu digantung dalam bilik Menteri Besar kerana ia langsung tidak
memberi nilai dan makna kepada rakyat negeri Selangor.
Rushdan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pangsapuri
Putra Perdana, Puchong berkata, terbukti kerajaan negeri dan Khalid Ibrahim
menipu dan memperdaya rakyat, khususnya menjadikan air percuma sebagai umpan.
“Semasa kempen PRU2008 yang lalu, pengguna domestik di Selangor
dijanjikan air percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan. Berdasarkan
manifesto tersebut, setiap pengguna air domestic di Selangor yang mempunyai
akaun dengan Syabas layak menerima subsidi RM11.40 sebulan, tidak kira sama ada
menggunakan meter individu ataupun meter pukal.
Namun sejak kerajaan negeri Selangor yang memulakan skim air
percuma pada 1 Jun 2008, mereka tidak menerima subsidi air percuma tersebut dan
mendapati tiada sebarang potongan meter padu pertama ke atas bil air kami yang
dikeluarkan Syabas,” ujarnya.
Apa yang lebih dikesalkannya, kenyataan media Khalid Ibrahim pada
30 Ogos lalu mendakwa pengguna air yang masih memakai meter pukal tidak layak
menikmati skim subsidi air percuma itu.
“Sehubungan dengan itu, kami menuntut pengisytiharan baha Skim Air
Percuma yang dijanjikan kerajaan Selangor merangkumi semua pengguna air di
negeri ini tanpa menggira sama ada pengguna meter pukal ataupun meter individu.
Sumber - Sahabat Gunung
0 comments:
Post a Comment