Kolam Air Semakin KERING....! Khalid Gagap Sudah Panik
Friday, 12 October 2012
Awal bulan Ogos tahun
2010 Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim pernah dengan angkuh dan
sombongnya membuat kenyataan bekalan air di Selangor lebih dari
mencukupi untuk kegunaan rakyatnya sehingga tahun 2019.
Kenyataan Khalid itu
tentulah melegakan penduduk Lembah Klang kerana mereka tahu jika krisis
air seperti mana pernah berlaku dulu, 1998/99, kesannya amat memeritkan
kehidupan harian selain turut memberi kesan buruk pada perkembangan
ekonomi.
Tambah melegakan khalayak
umum bila mana pada pertengahan Julai tahun ini pula, Exco kanan
kerajaan PKR Selangor, Ronnie Liu telah membuat lawatan ke empangan di
seluruh Selangor dalam usahanya membuktikan negeri ini tidak berhadapan
dengan sebarang risiko krisis air.
Rata-ratanya takungan air
di semua empangan dan sungai tika itu mencatatkan paras takungan 100%
penuh, ada juga yang terlebih-lebih hingga air melimpah serta perlu
dilepaskan ke sungai dan ada pula yang paling tidakpun takungan semasa
air dalam empangan hampir penuh.
Berdasarkan tinjaun
tersebut, Ronnie merumuskan ura-ura Syarikat Bekalan Air Selangor
(SYABAS) untuk melakukan catuan air adalah mengarut dan langkah
sedemikian sebenarnya tidak perlu dilaksanakan kerana semua empangan
masih dipenuhi air.
"Kita tidak percaya
cerita mereka kerana semua empangan dan sungai dipenuhi air. Kenapa
perlu catu? Adakah mereka mengaku tidak tahu bagaimana merawat air
secara berkesan? Sebenarnya ada banyak air mentah," demikian katanya
kepada sebuah portal pro pembangkang Julai lepas.
Tiada tanda kerisauan
jauh untuk panik bila dilihat pada keyakinan Khalid dan Ronnie Liu itu.
Seolah-olah hujan di negeri ini berlaku sepanjang masa atau turun
mencurah-curah sehingga 3 jam sehari untuk mengekalkan paras air di
semua empangan.
Realitinya SYABAS
bercakap perihal air terawat yang mana sebahagian besar loji-loji
rawatan utama kini sudah beroperasi melebihi kapasiti maksima. Manakala
Ronnie pula bercerita pasal air mentah yang masih memenuhi empangan dan
sungai.
Dah jadi macam ayam
dengan itik bercakap manakala rakyat pula ternganga dan kerunsingan
memikirkan apa bakal terjadi pada kehidupan mereka kelak.
Hakikatnya, baik air
mentah mahupun air terawat, kedua-duanya penting untuk kehidupan,
cumanya rakyat tak minum air mentah dan tak guna air lombong untuk
menguruskan kehidupan seharian.
Rata-rata kita sebagai
manusia waras dan berakal, untuk minum, membasuh atau apa saja aktiviti
harian yang memerlukan air, kita memanfaatkan air yang sudah selesai
dirawat di loji-loji rawatan air.
Kecuali, hanya binatang
seperti kambing, lembu dan lain-lain spesis yang dinamakan haiwan sahaja
yang sanggup minum air mentah, atau barangkali juga dikalangan manusia,
hanya Khalid dan Exco-exconya sahaja yang sudah terbiasa minum dan
mandi dari air mentah yang di ceduk dari lombong-lombong.
Berbalik pada kisah air
mentah di empangan dan sungai, jika 3 bulan lalu, pemimpin DAP yang juga
Exco kanan Selangor telah mengesahkan semua empangan dan sungai di
Selangor masih dipenuhi air, persoalan sekarang apakah paras air itu
masih kekal atau semakin bertambah?
Jawabnya ialah,
tanda-tanda awal kemungkinan berlakunya krisis air sebagaimana
dijangkakan dari kajian-kajian hampir 10 tahun dulu nampaknya bakal
menjadi kenyataan.
Berdasarkan laporan
terkini yang diperolehi, paras air di Empangan Sungai Selangor
menunjukkan penyusutan ketara. Pada Julai 2012 bacaan paras kapasiti
semasa ialah 217.35 juta meter, sekarang ini pula sudah jatuh kepada
paras 199.20 juta meter.
Empangan tersebut umumnya
mampu menakung kapasiti air maksima sehingga 235 juta meter, jelas
sekali sejak Julai 2012 semasa lawatan oleh Exco negeri, paras tersebut
sudah menyusut sehinggalah ke paras sekarang.
Sungai Selangor dan
beberapa sungai berdekatan yang membekalkan air ke empangan tersebut
juga sudah menyusut. Jika dalam tempoh 20 hari keadaan ini berkekalan,
kesannya bukan sahaja menyebabkan empangan tersebut akan kekurangan air
malah operasi Loji Rawatan Air Rasa dan Bukit Badong juga akan terjejas
teruk.
Impaknya amat buruk
kepada rakyat Selangor khususnya kepada mereka yang tinggal di sekitar
Shah Alam, Klang, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur serta 40 peratus
penduduk Rawang, Selangor.
Sementara itu di Empangan
Sungai Tinggi, bacaan terbaru yang direkodkan ialah 54.94 juta meter
berbanding paras maksimanya ialah 59.5 juta meter. Bacaan yang
direkodkan pada Julai lalu ialah 58.70 juta meter, ini juga menunjukkan
telah berlaku kemerosotan kapasiti takungan air di empangan ini.
Pada 24 Mei tahun ini, MB
Selangor pernah meminta pemimpin Kerajaan Pusat melakukan lawatan
kesemua 7 empangan di Selangor dalam usaha Khalid untuk membuktikan
Selangor tidak akan berdepan dengan krisis air.
Dan kini, dua bacaan
paras air terkini yang diperolehi bagi dua empangan iaitu Empangan
Sungai Selangor dan Empangan Sungai Tinggi sudah terbukti sedang
mengalami penyusutan ketara walaupun belum lagi mencapai tahap
kritikalnya.
Kita harap Khalid sendiri
tidak keberatan untuk meluangkan masa melawat empangan tersebut. Bila
Khalid melihat dengan mata kepalanya sendiri, pastinya senario semasa
ini bakal menyebabkannya panik ataupun mungkin masalah gagapnya makin
teruk.
Sudahlah sebahagian besar
dari 34 loji rawatan air di seluruh negeri sekarang sedang beroperasi
dan memproses air rawatan melebihi kapasiti maksima, tambah lagi dengan
masalah takungan air mentah di empangan kian menyusut, mahu mereng
Khalid dan anggota Exconya memikirkan alasan untuk meredakan kerunsingan
rakyat Selangor.
Apapun, Khalid dan Ronnie usah terlalu panik sangat, tentu ada caranya untuk menangani permasalahan ini.
Mungkin Khalid boleh
usahakan bantuan dari bomoh hujan, mana tahu dengan jampi serapah yang
hebat, hujan lebat akan turun sekurang-kurangnya 3 jam setiap hari
selama 20 hari berterusan, dengan demikian barangkali dapat menghindari
air empangan dari terus menyusut.
Sumber - Mik
0 comments:
Post a Comment