Powered by Blogger.

Showing posts with label Medan Info Kita. Show all posts
Showing posts with label Medan Info Kita. Show all posts

Muslimah Pas Kota Raja Kembali Ke Pangkal Jalan...Yakin Najib dan BN Akan Menang Besar

Friday, 1 February 2013


Kajiselidik yang dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM) dibawah anjuran Yayasan Ehwal Siswazah (YES) menunjukkan sokongan terhadap BN berada dalam keadaan kukuh di kalangan mahasiswa dengan 63% yakin bahawa BN akan menang dalam PRU-13 dan hanya 37% sahaja yang meramalkan kemenangan PR.

Kajiselidik di negeri-negeri di bawah pemerintahan pembangkang  turut menunjukkan populariti Dato’ Seri Najib meningkat seperti berikut, Kelantan 60.8%, Kedah, 63.8% dan Selangor 54.55%.

Daripada semua responden ini, 40.1% telah dikenalpasti sebagai golongan atas pagar dan 80% daripada mereka ini pula telah bersedia untuk mengundi dalam PRU kali ini.  Justeru, golongan ini merupakan antara penentu utama kepada keputusan pilihanraya nanti.

Walaupun penemuan kajiselidik menunjukkan perbezaan yang kecil antara jumlah penyokong pembangkang (30.1%) dan kerajaan (29.8%) iaitu 0.3%, tetapi secara keseluruhan, para siswazah menaruh keyakinan yang lebih kepada Dato’ Seri Najib untuk menerajui negara iaitu 67.4%, berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim 52.2%, Datuk Seri Hadi Awang 31.3% dan paling tidak diyakini pula ialah Lim Kit Siang yang hanya mendapat sokongan sebanyak 1.5%.

Kit Siang juga menerajui bagi kategori pemimpin paling tidak layak sebagai Perdana Menteri dengan 61.5%, diikuti oleh Hadi Awang 26.2% dan Anwar Ibrahim 16.2%.

Penemuan ini bolehlah dianggap menarik kerana di masa yang sama, kajiselidik tersebut turut menunjukkan bahawa media politik yang paling popular di kalangan siswazah pula ialah Malaysiakini, iaitu media yang terkenal sebagai pro-pembangkang dan entah berapa kali terkantoi menipu.

Secara tidak langsung, kajiselidik membuktikan bahawa majoriti pelajar universiti cukup matang untuk menilai berita yang dilaporkan oleh media massa serta tidak mudah terpengaruh.

Apa yang didapati dari kajiselidik ini membuat kita tertanya-tanya tentang bagaimana kajiselidik berkenaan sokongan terhadap parti politik di kalangan siswazah yang dijalankan oleh UMCEDEL sebelum ini menunjukkan penemuan yang bertentangan, iaitu sokongan yang meningkat kepada pembangkang.

Kajian UMCEDEL juga menunjukkan yang kaum Cina yang paling ramai menolak BN iaitu lebih 90%, dilihat sebagai meragukan terutama apabila dikaitkan dengan peratusan populariti Kit Siang yang begitu corot seperti di dalam penemuan YES.

Memandangkan kredibiliti Pengerusi UMCEDEL yang diragui kerana mempunyai ‘sejarah’ tersendiri bersama Anwar di dalam ABIM maka, adalah wajar kita memilih untuk bersandarkan kepada kajiselidik anjuran YES berbanding UMCEDEL.

Untuk itu, walaupun penemuan menunjukkan angka positif bagi BN, tetapi BN wajar mengambil langkah pro-aktif untuk meningkatkan lagi sokongan para siswazah dengan menangani kelemahan-kelemahan yang ada, terutamanya dalam menyediakan satu platform media alternatif yang mampu menyaingi Malaysiakini dari segi rencana dan pemberitaan.

Jelas, bahawa para siswazah dahagakan bacaan yang berunsur serius, berbanding tulisan-tulisan ringan di blog-blog atau portal pro-BN yang kurang menitikberatkan kualiti penulisan serta masih ‘obses’ dengan hiburan serta bahan lucah untuk menarik pembaca.

Sudah tiba masanya bagi BN meningkatkan ‘mentaliti’ seiring dengan pemikiran anak-anak muda dan cerdik-pandai di dalam negara....

Politiking yang terlalu nyata yang dipersembahkan dalam bentuk ringan, kasar, lucah dan kadangkala rendah di dalam bahan yang disediakan oleh media pro-BN merupakan antara penyebab ramai cerdikpandai dan golongan yang lebih selesa berbahasa Inggeris, memilih untuk membaca Malaysiakini walaupun menyedari ‘sifat’ politik media tersebut.

Tidak dinafikan bahawa cara tertentu adalah berkesan untuk golongan sasaran tertentu, namun, tidak salah jika BN turut menggunakan cara lain untuk golongan sasaran yang lain, iaitu golongan cerdikpandai dan yang lebih selesa berbahasa Inggeris sama ada yang sedia menjadi penyokong senyap, atas pagar, mahupun yang di dalam pembangkang.

Jika kena caranya, kedudukan BN pasti akan lebih kukuh lagi menjelang PRU ke-13.

Sumber

Read more...

Ampun TUANKU...! Pakatan Rakyat Mahu Jual Semua Aset Harta PKNS...

Thursday, 1 November 2012



Nukilan Zaini Hassan,

AL-Kisah Baginda Sultan Selangor yang memerintah negeri makmur dan kaya Selangor Darul Ehsan dikatakan teramatlah mengambil berat mengenai nasib PKNS. PKNS ialah sebuah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor yang dipertanggungjawabkan membina rumah-rumah mampu milik khususnya untuk orang miskin bandar, terutamanya orang Melayu.

Itulah asas penubuhannya sejak puluhan tahun lalu. Orang Melayu yang berhijrah ke bandar dan tinggal di pinggir KL ditawarkan menghuni rumah-rumah murah PKNS.

Ada yang tinggal di flat-flat, ada di rumah-rumah teres. Ruang niaga juga dibina bagi memberi peluang orang-orang Melayu berniaga kecil-kecilan.

Dengan membangunnya Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor, rumah-rumah PKNS didirikan di merata seksyen. Ia memberi kemudahan kepada orang Melayu tinggal.

Orang-orang Melayu tidak mampu tinggal di banglo-banglo mahal di Petaling Jaya atau Bukit Damansara atau Subang Jaya maka terbinalah rumah-rumah PKNS di kawasan Datuk Keramat di Kelana Jaya, di Ampang, Shah Alam serta di seluruh negeri Selangor Darul Ehsan.

Almarhum Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, ayahanda baginda Sultan sekarang amat gembira dengan perkembangan itu.Masjid Biru yang diberi nama Almarhum dibina dan dikelilingi tasik indah. Bagunan SUK yang juga diberi atas nama almarhum didirika di atas bukit. Shah Alam bagaikan bandar raya atas kayangan.

Almarhum kemudian mangkat dengan amannya(Al-Fatihah)

Kini anakanda Almarhum mengambil alih takhta bersemayam.

Istana Bukit Kayangan dan Istana Mestika menjadi saksi bertapa majunya bandar raya Shah Alam, satu-satunya bandar raya paling tersusun dan terancang orang Melayu yang dibangunkan PKNS.

Tiada mana-mana bandar raya seumpamanya di Malaysia yang begitu berjaya seperti Shah Alam, selain Putrajaya.

Selama 50 tahun tiada masalah yang timbul dalam pentadbiran kerajaan Selangor juga PKNS. Tiada juga terdengar kekecohan pada Yayasan Selangor (YS). Tanah dan aset-aset PKNS dan YS sangat banyak di merata lembah kelang dan cukup strategik. Sebahagian besar tanah itu dibeli oleh entiti-entiti tersebut mahupun dikurniakan oleh Sultan Selangor.

Nilai hartanah kedua-dua entiti ini cukup mahal. Ia termasuklah mercu bangunan Yayasan Selangor di tengah-tengah kawasan Bukit Bintang. Kononnya bangunan itu dulu cuba disunting DAP untuk dijadikan ibu pejabat parti. Namun cubaan itu dikatakan gagal.

Semangat Menteri-Menteri Besar Selangor terdahulu yang diterajui oleh pimpinan UMNO tetap utuh untuk mempertahankan entiti-entiti ini.

Nasib Melayu bandar jangan sama sekali diperjudikan. Para pemimpin dahulu sangat menitikberatkan soal geopolitik orang Melayu dan ketompokan kawasan pilihan raya orang Melayu. Ia bagi memastikan 'survival' politik Melayu terus kekal di kawasan-kawasan pinggir Kuala Lumpur.

Shah Alam kini yang menjadi kubu geopolitik paling kukuh oleh Melayu telah berubah. Sejak Selangor diperintah secara face to face oleh DAP, banyak perubahan telah berlaku. MBnya sekarang ialah Melayu tetapi kuasangan dipegang oleh tangan-tangan DAP. Pas dan para pemimpinnya pula hanya menang berceramah dan bersorak.

Para pemimpin DAP telah berada dalam lembaga pengarah entiti-entiti Selangor itu. Mereka ada dalam lembaga pengarah PKNS, dalam SACC(pusat Konvensyen Shah Alam yang dibina di zaman Dr. Khir Toyo) dan dalam entiti yang lain.

Mereka sudah tahu kekuatan dan kelemahan entiti-entiti itu.

Baru-baru ini al-kisah dimaklumkan bahawa KBDYMM baginda Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj telah memanggil Pengurus Besar PKNS, Othman Omar, yang popular sebagai OO, untuk menghadapnya.

Baginda amat mengambil berat soal PKNS sebagaimana almarhum ayahanda baginda telah bertanya mengenai perkembangan perbadanan itu dan kepentingan orang Melayu.

Al-kisah baginda menasihatkan supaya PKNS dipelihara dan dikekalkan falsafah penubuhannya. Kuota Bumiputera harus dipertahankan. Itu ingatan Tuanku Sultan.

OO pun dengan penuh yakin berkata semuanya baik-baik belaka Tuanku. Semuanya OK Tuanku!

Nak dijadikan cerita, tiba-tiba meletup berita dalam akhbar, yang menurut puak-puak Pas akhbar-akhbar itu hanya menjual fitnah, bahawa lima aset PKNS akan dijual.

Ia termasuklah Kompleks PKNS di Shah Alam yang menjadi ikon bandar raya itu. Kompleks PKNS adalah umpama Kompleks Pekan Rabu Alor Star. Para pelawat ke bandar raya itu pasti akan wajib singgah di situ. Kononnya Kompleks itu dijual dengan harga RM85 juta.

Aset-aset lain yang kononnya akan dijual ialah Menara PKNS Petaling Jaya dengan harga RM90 juta; Shah Alam Mall (RM97 juta), Kompleks PKNS Bangi (RM42 juta) dan wisma Yakin (7 juta).

Pacal yang hina pastinya akan  beranggapan Tuanku Sultan sudah tentu akan  murka mendengar kisah ini.

Apa sudah jadi, OO kata semuanya OK. kini KO pula....?

Jika dijual apa akan jadi kepada PKNS? Apa akan jadi kepada peniaga Melayu di kompleks-kompleks itu? Sudah tentu pembeli baru aset-aset itu akan menaikkan sewanya? siapa yang akan membelinya?

Jika dijual, walaupun kepada anak syarikat PKNS sendiri, adakah falsafah asal PKNS akan dicairkan dan kepentingan orang Melayu tidak dikisahkan lagi?

Adakah kelemahan sudah diketahui dan ini caranya untuk melunturkannya?

Benarkan sebuah syarikat ditubuhkan untuk membeli aset-aset itu. benarkan ia dijual kepada Private Real Estate Company (PREC)

Al-kisahnya pihak-pihak yang mahu membeli aset itu telah meminta diserahkan geran-geran supaya transaksi boleh diteruskan dan ditukar nama.

Tapi di dalam PKNS bukan semuanya seperti 'puak-puak itu'.

Ada pihak dalam PKNS yang masih bersemangat waja. Mereka melambat-lambatkan transaksi itu. Pemberian geran-geran itu untuk transfer dilengah-lengahkan. Mereka amat bimbang dengan penjualan ini. Mereka amat bimbang apa akan jadi akhirnya kepada PKNS?

Hati mereka ialah sewaja para pemimpin terdahulu. Sewaja semangt roh Tuanku Sultan dan Almarhum Tuanku Sultan. Sewaja MB-MB terdahulu, termasuk semangat waja pengasas PKNS yang juga bekas MB selangor, Allahyarham Tan Sri Harun Idris.

Satu sumber dalaman PKNS, yang bersemangat dan berhati waja membuat pendedahan yang lebih dasyat kepada Utusan Malaysia hujung minggu lalu.

Kerajaan Selangor naungan DAP dikatakan bukan mahu jual lima sahaja aset PKNS, tetapi kesemuanya.

Menurut sumber itu, sejak September lalu, PKNS telah menyerahkan pengurusan Kompleks PKNS Shah Alam kepada PREc dan di dalam perancangan meraka, kesemua aset komersialnya akan diberikan kepada anak syarikatnya itu,

Menurut sumber itu, alasan yang sering diberikan mengapa PKNS merancang untuk menyerahkan kesemua aset komersialnya kepada PREC adalah kerana kononnya pekerjanya selama ini tidak kompetitif hingga gagal memberi keuntungan berganda kepada syarikat.

Hairan, jika dikatakan tidak untung tahun lalu PKNS membayar lima bulan bonus kepada kakitangannya.

Saya berharap PKNS jangan terlalu ghairah mengejar keuntungan sehingga mengorbankan falsafah asalnya.

Persoalannya : Adakah wang penjualan itu yang dicairkan, kemudiannya akan disalurkan ke tabung-tabung politik...?

Pilihanraya sudah dekat....., wang kena pakai banyak.

Itu hanyalah pendapat umum yang dikutip oleh pacal yang hina ini.

Akhir kata, Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun. Sembah Patik Harap Diampun

Pacal yang hina ini mohon berundur diri.....

Sumber MIK

Read more...

PKPS Agro Industri Sdn Bhd Pinjam RM90.3 Juta Tapi GAGAL...!!

Sunday, 21 October 2012


Sumbeer MIK

Read more...

Kolam Air Semakin KERING....! Khalid Gagap Sudah Panik

Friday, 12 October 2012


Awal bulan Ogos tahun 2010 Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim pernah dengan angkuh dan sombongnya membuat kenyataan bekalan air di Selangor lebih dari mencukupi untuk kegunaan rakyatnya sehingga tahun 2019.

Kenyataan Khalid itu tentulah melegakan penduduk Lembah Klang kerana mereka tahu jika krisis air seperti mana pernah berlaku dulu, 1998/99, kesannya amat memeritkan kehidupan harian selain turut memberi kesan buruk pada perkembangan ekonomi.

Tambah melegakan khalayak umum bila mana pada pertengahan Julai tahun ini pula, Exco kanan kerajaan PKR Selangor, Ronnie Liu telah membuat lawatan ke empangan di seluruh Selangor dalam usahanya membuktikan negeri ini tidak berhadapan dengan sebarang risiko krisis air.

Rata-ratanya takungan air di semua empangan dan sungai tika itu mencatatkan paras takungan 100% penuh, ada juga yang terlebih-lebih hingga air melimpah serta perlu dilepaskan ke sungai dan ada pula yang paling tidakpun takungan semasa air dalam empangan hampir penuh.

Berdasarkan tinjaun tersebut, Ronnie merumuskan ura-ura Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) untuk melakukan catuan air adalah mengarut dan langkah sedemikian sebenarnya tidak perlu dilaksanakan kerana semua empangan masih dipenuhi air.

"Kita tidak percaya cerita mereka kerana semua empangan dan sungai dipenuhi air. Kenapa perlu catu? Adakah mereka mengaku tidak tahu bagaimana merawat air secara berkesan? Sebenarnya ada banyak air mentah," demikian katanya kepada sebuah portal pro pembangkang Julai lepas.

Tiada tanda kerisauan jauh untuk panik bila dilihat pada keyakinan Khalid dan Ronnie Liu itu. Seolah-olah hujan di negeri ini berlaku sepanjang masa atau turun mencurah-curah sehingga 3 jam sehari untuk mengekalkan paras air di semua empangan.

Realitinya SYABAS bercakap perihal air terawat yang mana sebahagian besar loji-loji rawatan utama kini sudah beroperasi melebihi kapasiti maksima. Manakala Ronnie pula bercerita pasal air mentah yang masih memenuhi empangan dan sungai.

Dah jadi macam ayam dengan itik bercakap manakala rakyat pula ternganga dan kerunsingan memikirkan apa bakal terjadi pada kehidupan mereka kelak.

Hakikatnya, baik air mentah mahupun air terawat, kedua-duanya penting untuk kehidupan, cumanya rakyat tak minum air mentah dan tak guna air lombong untuk menguruskan kehidupan seharian.

Rata-rata kita sebagai manusia waras dan berakal, untuk minum, membasuh atau apa saja aktiviti harian yang memerlukan air, kita memanfaatkan air yang sudah selesai dirawat di loji-loji rawatan air.

Kecuali, hanya binatang seperti kambing, lembu dan lain-lain spesis yang dinamakan haiwan sahaja yang sanggup minum air mentah, atau barangkali juga dikalangan manusia, hanya Khalid dan Exco-exconya sahaja yang sudah terbiasa minum dan mandi dari air mentah yang di ceduk dari lombong-lombong.

Berbalik pada kisah air mentah di empangan dan sungai, jika 3 bulan lalu, pemimpin DAP yang juga Exco kanan Selangor telah mengesahkan semua empangan dan sungai di Selangor masih dipenuhi air, persoalan sekarang apakah paras air itu masih kekal atau semakin bertambah?

Jawabnya ialah, tanda-tanda awal kemungkinan berlakunya krisis air sebagaimana dijangkakan dari kajian-kajian hampir 10 tahun dulu nampaknya bakal menjadi kenyataan.

Berdasarkan laporan terkini yang diperolehi, paras air di Empangan Sungai Selangor menunjukkan penyusutan ketara. Pada Julai 2012 bacaan paras kapasiti semasa ialah 217.35 juta meter, sekarang ini pula sudah jatuh kepada paras 199.20 juta meter.

Empangan tersebut umumnya mampu menakung kapasiti air maksima sehingga 235 juta meter, jelas sekali sejak Julai 2012 semasa lawatan oleh Exco negeri, paras tersebut sudah menyusut sehinggalah ke paras sekarang.

Sungai Selangor dan beberapa sungai berdekatan yang membekalkan air ke empangan tersebut juga sudah menyusut. Jika dalam tempoh 20 hari keadaan ini berkekalan, kesannya bukan sahaja menyebabkan empangan tersebut akan kekurangan air malah operasi Loji Rawatan Air Rasa dan Bukit Badong juga akan terjejas teruk.

Impaknya amat buruk kepada rakyat Selangor khususnya kepada mereka yang tinggal di sekitar Shah Alam, Klang, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur serta 40 peratus penduduk Rawang, Selangor.

Sementara itu di Empangan Sungai Tinggi, bacaan terbaru yang direkodkan ialah 54.94 juta meter berbanding paras maksimanya ialah 59.5 juta meter. Bacaan yang direkodkan pada Julai lalu ialah 58.70 juta meter, ini juga menunjukkan telah berlaku kemerosotan kapasiti takungan air di empangan ini.

Pada 24 Mei tahun ini, MB Selangor pernah meminta pemimpin Kerajaan Pusat melakukan lawatan kesemua 7 empangan di Selangor dalam usaha Khalid untuk membuktikan Selangor tidak akan berdepan dengan krisis air.

Dan kini, dua bacaan paras air terkini yang diperolehi bagi dua empangan iaitu Empangan Sungai Selangor dan Empangan Sungai Tinggi sudah terbukti sedang mengalami penyusutan ketara walaupun belum lagi mencapai tahap kritikalnya.

Kita harap Khalid sendiri tidak keberatan untuk meluangkan masa melawat empangan tersebut. Bila Khalid melihat dengan mata kepalanya sendiri, pastinya senario semasa ini bakal menyebabkannya panik ataupun mungkin masalah gagapnya makin teruk.

Sudahlah sebahagian besar dari 34 loji rawatan air di seluruh negeri sekarang sedang beroperasi dan memproses air rawatan melebihi kapasiti maksima, tambah lagi dengan masalah takungan air mentah di empangan kian menyusut, mahu mereng Khalid dan anggota Exconya memikirkan alasan untuk meredakan kerunsingan rakyat Selangor.

Apapun, Khalid dan Ronnie usah terlalu panik sangat, tentu ada caranya untuk menangani permasalahan ini.

Mungkin Khalid boleh usahakan bantuan dari bomoh hujan, mana tahu dengan jampi serapah yang hebat, hujan lebat akan turun sekurang-kurangnya 3 jam setiap hari selama 20 hari berterusan, dengan demikian barangkali dapat menghindari air empangan dari terus menyusut. 
 
Sumber - Mik

Read more...

Penasihat Ekonomi Selangor Bakal Ditendang Beramai - ramai

Thursday, 27 September 2012


 

NGO Hak Asasi, SUARAM tidak senang duduk sejak pendedahan bahawa pertubuhan tersebut telah menerima RM2.4 juta daripada dua dana asing itu Open Society Institute (OSI) dan National Endowment for Democracy antara tahun 2005 hingga 2011.

OSI di miliki oleh George Soros, penyangak matawang berbangsa Yahudi Poland yang pernah memporak perandakan ekonomi negara-negara Asia Tenggara pada tahun 1997.

Serangan matawang negara-negara rantau membolehkan  Soros menggaut keuntungan berbilion dolar di atas kesengasaraan beratus juta rakyat serta keruntuhan struktur sosial dan kewangan negara terbabit.

Kesannya masih dirasai sehingga sekarang di negara seperti Indonesia, Filipina dan Thailand yang masih dibebani hutang daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Orang yang samalah membiayai kegiatan Suaram untuk menghentam dan mengkritik kerajaan melalui entiti korporatnya, Suara Inisiatif Sdn Bhd.

NED pula berkait dengan golongan Neocons yang menjadi sahabat karib Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Puak Neocons inilah yang berkuasa disekeliling George W. Bush ketika beliau menjadi Presiden Amerika Syarikat dam merekalah yang mendalangi keputusan pentabbiran Bush untuk menyerang dua negara Islam pada 2003 iaitu Afghanistan dan Iraq.

Ratusan ribu umat Islam di kedua buah negara samada mati atau cedera akibat peperangan yang mana mereka tidak ada sangkut paut langsung.

Kerosakan dan kerugian yang ditanggung pula oleh negara yang diserang sehingga kini payah di nilai dalam wang ringgit kerana terlalu dahsyat kemusnahan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat.

NED juga menyalur wang kepada Suaram supaya NGO itu antara lain boleh melaksanakan agenda membawa isu pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia kepada mahkamah Perancis.

Kini Suaram dalam keadaan tertekan kerana pertalian rapatnya dengan dana asing yang membawa agenda yang boleh mengancam kedaulatan dan keselamatan negara telah dibongkar oleh media.

Dalam situasi seperti cacing kepanasan, Suaram bertindak untuk menyaman Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana mendakwa beliau campur tangan dalam proses penyiasatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terhadap badan itu.

Satu tindakan yang dilihat 'desperate' dan tidak logik kerana sememangnya SSM berada di bawah pengawasan dan bidang kuasa menteri tersebut.

Untuk menunjukkan bahawa ia mempunyai besar di peringkat antarabangsa, Suaram mengheret 56 NGO tempatan dan antarabangsa untuk menyatakan sokongan kepadanya dan menuntut kerajaan  menghentikan penganiayaan terhadap sekiti mereka itu.

Sekiranya Suaram tidak bersalah dan yakin dana yang diterima dari Soros dan NED adalah bersih daripada segala muslihat dan agenda tersembunyi maka tidak perlu mendapatkan sokongan luar taua terpekik terlolong mendakwa mereka di aniaya kerajaan.

Besar kemungkinan kesemua 59 NGO yang datangnya dari Nepal, Afghanistan, Indonesia, Kemboja, Pakistan, Filipina, Australia, China dan Korea Utara juga bertuankan Soros dan kumpulan Neocons yang berpusat di washington.

Tidak cukup dengan itu, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang pula mendesak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) melindungi Suaram daripada 'gangguan' kerajaan.

Mengapa Kit Siang beriya-iya benar memihak kepada Suaram apabila mengetahui NGO itu terang-terangan menerima pembiayaan asing?

Sedikit penyelidikan akan menemukan kaitan rapat antara Suaram, Anwar dan DAP.

PKR yang diterajui oleh Anwar sudah dikuasai unsur sosialis, DAP pula memang berkiblat kepada fahaman sosialisme sejak ditubuhkan manakala Suaram pula dipimpin oleh individu sosialis sama yang berselindung di sebalik PKR seperti Tian Chua, Elizabeth Wong dan R. Sivarasa.

Mungkin kerajaan Malaysia melihat dan mendapat pelajaran cara mana Presiden Rusia, Vladimir Putin mengajar organisasi seperti Suaram yang bersembunyi disebalik slogan hak asasi di negaranya.

Semasa menyambut kemenangannya dalam pilihan raya presiden Mach lalu, Putin mengambil keputusan mengusir keluar USAID (United States Agency for International Development), sebuah badan yang didokong oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat kerana di dakwa mengancam kedaulatan negara Rusia.

Ini terbukti apabila Putin mengatakan USAID membiayai badan-badan bukan kerajaan di Rusia yang kononnya memperjuangkan hak asasi rakyat seperti juga kes Suaram di Malaysia.

Rupa-rupa badan-badan tersebut secara senyap menghasut rakyat Rusia supaya memberontak dan mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran semasa kempen pilihan raya dengan tujuan untuk menghalang kemenangan Putin.

Di Malaysia juga kes sama berlaku di mana Suaram bersama-sama NGO yang sekepala dengannya dan dibiayai daripada sumber yang sama mengadakan beberapa siri demonstrasi yang berakhir dengan rusuhan jalanan seperti Bersih 1.0 dan 2.0 serta Himpunan Janji Bersih, Himpunan Anti ISA, demonstrasi Air Selangor dan banyak lagi aktiviti lain yang boleh ditakrif sebagai anti kerajaan dan mengancam keselamatan negara.

Kalau Rusia tendang keluar USAID yang menjadi dalang kekacauan di Rusia mungkin juga Malaysia boleh mengambil tindakan yang sama terhadap NGO-NGO balaci kuasa asing ini sebelum mereka menjadi lebih melampau.

Sumber - MIK

Read more...

TERKINI Dari Mekah..! Ustaz Nasharuddin Akan Bertanding Parlimen Shah Alam Lawan Khalid Gereja

Friday, 17 August 2012




Sumber : MIK

Read more...

ZALIM..! Yb PKR Ahli Parlimen Kuala Langat Ceraikan Isteri Menjelang Syawal...

Tuesday, 14 August 2012


ZALIM...! kejam sungguh wakil rakyat PKR terhadap isterinya...

Hadiah paling pahit buat seorang isteri tatkala seluruh umat islam mahu meraikan ketibaan Syawal yang akan muncul beberapa hari lagi!

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani telah menjatuhkan talak satu keatas Halimah Mohd Sahat di Mahkamah Syariah Kuala Langat.

Kesian sungguh nasib malang yang menimpa wanita berusia 48 tahun ini... Perjuangan Halimah nampaknya sudah sampai ke penghujung jalan. Beliau kehilangan rumahtangga yang dibinanya selama 27 tahun bersama-sama Abdullah Sani
Yb PKR ini semenjak dipilih menjadi Ahli Parlimen telah berpeluang berkenalan dengan seorang wanita seksi berusia 27 tahun. Faizah Ariffin juga terjun ke bidang politik memegang jawatan sebagai Ketua Wanita PKR Cabang Hulu Selangor.

Perkenalan yang melahirkan bibit cinta, mungkin kerana kerap bersua wajah dalam pelbagai program parti...

Sayangnya, Halimah si isteri tua bukannya orang politik dan dia tidak pandai tendang terajang orang politik. Sedangkan lawannya iaitu suami sendiri dan madunya pula adalah orang politik yang cukup bijak memutar belitkan lidah dan memutihkan perbuatan yang hitam.


Dengan lafaz talak satu di hadapan hakim Mahkamah Syariah itu, nampaknya Faizah Ariffin berjaya merampas segala susah payah, titik peluh dan air mata yang diharungi bersama-sama Halimah Mohd Sahat dengan Abdullah Sani selama 27 tahun.

Dan Abdullah Sani pula yang mungkin terpesona kesedapan dengan goyangan gerudi Faizah Ariffin yang kisah gedik silamnya tidak kurang hebat, tidak lagi pening kepala dengan isteri tua yang layanannya mungkin tidak sebagus 27 tahun lalu.

PKR... dari parti, pemimpin sehinggalah ke akar umbi..., semuanya jenis tak berguna...!!

Mengikut tafsiran Blog MIK, Yb PKR ini mungkin sudah menjadi Haram Jadah...! Wakil rakyat yang menjilat Anwar ini sering melabelkan pemimpin BN dengan perkataan Haram Jadah, saksikan video klip ini;


Sumber : MIK

Read more...

Pergghh..! Yb Tido Kata Tak Ada Air Percuma Kalau Projek Langat 2 Diteruskan ...!!

Saturday, 11 August 2012



Exco kerajaan negeri Selangor mendakwa, rakyat Selangor bakal hilang hak air percuma sekiranya projek Langat 2 diteruskan.

Ini kerana kos pembinaannya terlalu tinggi dan bakal dibebankan kepada pengguna selepas ini, kata Dr Dr. Xavier Jayakumar (gambar) dalam kenyataannya.

Dr. Xavier memberikan tujuh sebab penting mengenai projek Langat 2 iaitu:-

1. Kos penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor dan Pembinaan Loji Langat 2 adalah bernilai RM8.65 Bilion.

2. Walaupun dana keseluruhannya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Persekutuan tetapi sumber dana tersebut diperolehi dari pinjaman dari Japan International Cooperation Agency (J.I.C.A) dari Negara Jepun.

3. Bagi membayar bagi kos projek, kerajaan Pusat (melalui pembekal dan pengedar air tunggalnya, iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) tiada pilihan lagi melainkan mengenakan kadar tariff (harga air) yang tinggi kepada pengguna iaitu rakyat Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.(Kita menjangkakan bahawa harga akan akan meningkat sehingga 70% selepas Loji Langat 2 siap sepenuhnya dijangka pada tahun 2014).

4. Sekiranya kenaikan air tersebut berlaku dimana rasionalnya untuk memberikan 20 meter padu Air Percuma kepada rakyat Selangor dan pengguna-pengguna yang lain.

5. Harus juga diingat bahawa Syabas adalah sebuah syarikat korporat swasta yang berorientasi ‘keuntungan’ (Profit making company) dan kita tidak nampak Syabas mampu mengorbankan keuntungannya bagi tujuan tersebut.

6. Syabas juga dilaporkan menanggung hutang bernilai RM2.8 bilion kepada operator loji rawatan air dan dalam keadaan kewangannya yang meruncing ini maka adalah sukar untuk Syabas memberikan Air Percuma.

7. Harus diingat bahawa rekod kami menunjukkan bahawa kerajaan Negeri membelanjakan RM144 juta setahun bagi pemberian 20 meter padu Air Percuma kepada Rakyat Selangor .

Beliau mengulas kenyataan Datuk Noh Omar, Menteri Pertanian Asas Tani merangkap Timbalan Pengerusi UMNO Selangor yang mengatakan bahawa rakyat Selangor akan terus diberikan air percuma sekiranya Barisan Nasional berjaya merampas Selangor dalam PRU 13 yang akan datang.

"Saya ingin menegaskan bahawa kenyataan Noh Omar itu tidak berasas dan merupakan retorik politik," katanya.

Berdasarkan fakta-fakta di atas, katanya, jelaslah Noh Omar hanya bercakap kosong, sekadar menabur gula-gula politik bagi mengaburi mata rakyat Selangor.

Sumber : MIK

Read more...

Sssyyyyhhhhh....!! Tolong Jangan Kasi Tawu Azmin Ali. Janji Tau... Kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh Menteri Besar,

Friday, 10 August 2012


Kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh Menteri Besar, Khalid Ibrahim telahpun secara rasminya bersetuju menanggung bebanan kos guaman Rafizi Ramli yang didakwa mengikut Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989 (BAFIA).

Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR merupakan orang yang bertanggungjawab mendedahkan dan memanipulasi data serta butiran akaun perbankan NFC sewaktu kemuncak isu pinjaman RM250 juta tempohari.

Berikutan kehangatan isu tersebut diperkatakan ramai, kesannya telah memaksa Shahrizat Abdul Jalil mengambil keputusan melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Shahrizat bagaimanapun disahkan bersih selepas siasatan terperinci oleh SPRM mendapatinya tidak terbabit dalam sebarang perlanggaran undang-undang atau melakukan amalan rasuah salahguna kuasa berkaitan isu tersebut.

Niat Khalid mungkin baik apabila sanggup menyediakan dana RM500,000.00 demi menghargai 'jasa' Rafizi yang berjaya mempropagandakan isu pinjaman tersebut sehingga berjaya mencalar imej Shahrizat Abdul Jalil sebagai pemimpin wanita yang popular.

Namun, dakwaan melanggar akta BAFIA yang dihadapi Rafizi bukannya isu remeh temeh ataupun sengaja diada-adakan untuk mengenakan Rafizi sebagaimana kerap didakwa oleh pembangkang, ia membabitkan soal integriti dan amanah yang perlu dipertahankan oleh institusi perbankan.

Di masa yang sama akta BAFIA juga penting dalam menjaga kepentingan pemegang akaun di dalam sesebuah institusi perbankan terutama sekali untuk memelihara kerahsiaan butiran transaksi mereka daripada dimanipualsi sesuka hati oleh pihak lain.

Malaysia bukanlah satu-satunya negara yang memiliki BAFIA. Hampir setiap negara memiliki akta sedemikian rupa yang matlamatnya sama - melindungi integriti pihak bank dan memelihara kerahsiaan pelanggan bank.

Gagal mematuhi akta BAFIA sama ada sengaja dilakukan oleh orang dalam mahupun pihak luar, bermakna wujudnya sifat tidak amanah dan kelakuan jenayah juga telah berlaku secara sengaja apabila butiran akaun orang lain sengaja didedahkan untuk kepentingan tertentu.

Lagipun Rafizi bukannya seorang agen yang dilantik oleh pihak berkuasa untuk melakukan siasatan secara sah atau diberi perlepasan undang-undang untuk mendedahkan butiran akaun milik mana-mana individu atau syarikat.

Ringkasnya, apa yang dilakukan oleh Rafizi bukannya satu tindakan terpuji sebaliknya merupakan kelakuan jenayah yang sepatutnya dihalang dan dicegah daripada menjadi ikutan atau amalan orang lain.

Jika jenayah membocorkan kerahsiaan dan butiran transaksi akaun milik orang lain dijadikan amalan rutin disebabkan pembelaan oleh kerajaan Selangor terhadap Rafizi, bukankah buruk kesannya terhadap nama baik institusi perbankan kelak.

Justeru itu, eloklah Khalid Ibrahim berfikir sedalam-dalamnya sebelum meneruskan niatnya untuk melindungi kegiatan penjenayah seperti Rafizi. Wang ratusan ribu ringgit itu sewajarnya diguna pakai untuk kepentingan rakyat dan bukannya dibazirkan untuk membela seorang penjenayah.

p/s; Gambar Diatas Hanyalah Sebagai Hiasan Sahaja.

Sumber : MIK

Read more...

Jadi MANGSA Tan Sri Khalid Ibrahim...!!


Sebagaimana kita sedia maklum, tika ini UNISEL sedang dibebani masalah hutang berjumlah RM 15 juta membabitkan tunggakan bayaran bagi kos penyelenggaran di kampus induk dan operasi asrama penginapan pelajar universiti.

Jumlah tersebut meliputi 17 bulan tunggakan hutang untuk kos penyelenggaraan dan 8 bulan tunggakan bayaran bagi kos operasi asrama penginapan yang dikendalikan oleh Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB).

Berikutan masalah tersebut juga, syarikat swasta yang menguruskan operasi asrama penginapan tersebut juga terpaksa berdepan dengan protes dari kalangan pekerjanya apabila gagal melunaskan bayaran gaji.

Berbulan-bulan pekerja menghadapi masalah gaji, tambah pula hari raya Aidilfitri dah hampir nak tiba, mahunya tak pening kepala seumpama menunggu buah yang tak gugur.

Akibat protes tersebut, kesannya menyusahkan pula para pelajar apabila masing-masing tidak dapat masuk ke asrama disebabkan pejabat pengurusan terpaksa ditutup selepas kekurangan pekerja.

Sayu betul hati melihat nasib pelajar yang terpaksa berhadapan dengan masalah penempatan gara-gara kegagalan urus tadbir UNISEL menyelesaikan masalah hutang yang kian bertimbun itu.

Untuk dipersalahkan pihak JNSB tentu sahaja tidak adil, sudah lama mereka menanggung bebanan disebabkan kegagalan UNISEL menunaikan tanggungjawab membayar kos perkhidmatan.

Dulu waktu zaman pemerintahan BN tiadapun masalah sebegini dialami, bayaran kos selenggara kampus induk tidak pernah tertunggak dan bayaran kos operasi asrama penginapan juga berjalan lancar.

Bila saja Khalid Ibrahim dan konco-konconya dari PKR, PAS dan DAP mengambil alih kerajaan negeri, satu demi satu sistem yang tidak cacat cela cuba diubah suai mengikut seleranya tanpa mengira kesan baik buruk dalam jangka masa panjang.

Akhirnya satu demi satu masalah datang bertimpa-timpa disebabkan sikap dan watak bodoh sombong Khalid yang terlampau mahu menunjuk pandai tidak bertempat.

UNISEL yang suatu ketika dulu gah disanjung sekarang saling tak ubah seperti akan senasib dengan KUIN di Kedah.

Satu persamaan nyata kedua-dua istitusi terbabit ialah, kebanyakan jawatan tinggi baru beberapa tahun kebelakangan ini diisi oleh para kroni yang rapat dengan pemimpin PKR dan PAS.

Kebetulan pula kedua-duanya kini sedang berkongsi masalah yang hampir sama walaupun tak serupa, tapi titik temunya tetap melibatkan masalah duit dan urus tadbir yang tidak cekap.

Tidak syak lagi, UNISEL mahupun KUIN merupakan tanda aras betapa rendahnya tahap kecekapan pengurusan tadbir dari kalangan pemimpin berjenama PKR, PAS ataupun DAP.

Tiada manfaat yang mampu mereka persembahkan untuk kebaikan rakyat, melainkan sekadar membawa mudarat kepada umat seumpama tikus memandai tunjuk bijak mahu membaiki sebiji labu....

p/s; Gambar Diatas Hanyalah Sebagai Hiasan Sahaja

Sumber : MIK

Read more...

Rakyat Selangor Tolong Jangan LUPA Dosa Dosa Khalid Gagap...!

Wednesday, 8 August 2012

Jika pada tahun 2009, kerajaan PR Selangor telah menunjukkan kelemahan dengan terpaksa memohon bajet tambahan sebanyak dua kali dalam masa enam bulan selepas bajet dibentangkan, ia mungkin disebabkan mereka tidak mempunyai pengalaman mengurus negeri.

Tetapi apabila sudah hampir sepenggal memerintah dan kerajaan PR Selangor masih lagi melakukan kesilapan dan terlepas pandang di sana-sini, terutamanya dalam soal yang membabitkan pendidikan yang menjadi tonggak janji mereka kepada rakyat, maka tidak salah jika kita mengisytiharkan secara rasmi bahawa PR sememangnya tidak mampu dan tidak layak memerintah negeri, jauh sekali negara.

BN ‘melepaskan’ Selangor kepada PR dalam keadaan negeri tersebut mempunyai simpanan berjumlah RM1.4 billion. Selangor merupakan negeri yang kaya dengan penjanaan ekonomi yang pesat saban tahun sejak dari pemerintahan BN sekian lama.

Pada tahun ini pula, kerajaan PR Selangor mengumumkan simpanan berjumlah RM2.2 billion.

Dengan itu, Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor, dalam beberapa kenyataan medianya sering bermegah dengan kemampuan kepimpinannya menambah pendapatan negeri.

Begitu juga dengan Azmin Ali dan beberapa pemimpin PR yang lain sering mendabik dada sebagai bijak mentadbir kewangan sehingga mampu menjanjikan pendidikan percuma kepada semua sekiranya mereka memerintah Malaysia.

Namun, hari ini terbuktilah sudah, jangankan mentadbir negeri, tetapi sebuah universiti pun mereka tak mampu. Jangankan memberi pendidikan percuma kepada lebih 600 buah pusat pengajian tinggi seluruh negara tetapi membayar kos penyelenggaraan dan asrama UNISEL dalam tempoh tidak sampai 2 tahun pun mereka tak mampu.

Ini terjadi kerana kerajaan Selangor begitu berharap kepada yuran yang dibayar oleh pelajar untuk menampung semua kos yang terlibat dalam mengendali dan mengurus universiti itu tanpa mempunyai perancangan awal untuk mengatasi kekurangan bajet.

Akibatnya, yuran yang dibayar oleh pelajar berjumlah RM15 juta kepada UNISEL tidak sampai ke tangan Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) yang bertanggungjawab menguruskan kediaman dan penyelenggaraan asrama.


Akibatnya, pejabat operasi JNSB ditutup pada ketika sessi pendaftaran bermula kerana kakitangan mereka tidak menerima gaji.

Tentulah pelik sekali apabila PR memperjuangkan pendidikan percuma dan penghapusan hutang PTPTN kerana “mementingkan pendidikan” tetapi di masa yang sama “mengabaikan kepentingan pendidikan” sehingga membiarkan pelajar-pelajar UNISEL dan kakitangan JNSB menjadi mangsa.

Perkara yang hampir sama juga berlaku di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kedah yang ditadbir oleh kerajaan PAS sehingga membawa kepada demonstrasi menuntut perletakkan jawatan rektor setelah kecewa dengan kerajaan negeri yang tidak ambil peduli.

Kegagalan kerajaan Selangor untuk mendahulukan simpanan negeri yang didakwa mereka sebagai banyak bagi menangani masalah UNISEL membuktikan bahawa PR tidak mengutamakan pendidikan.

Sama ada ini benar, ataupun sememangnya PR enggan membayar hutang kepada JNSB kerana berpegang kepada prinsip bahawa hutang tidak perlu dibayar sepertimana pendirian mereka dalam isu PTPTN.

Atau mungkin juga kerajaan negeri sememangnya tidak ada wang dan segala apa yang diumumkan dalam bajet mereka hanyalah penipuan semata-mata.

Namun, ini juga tidak mungkin benar kerana kerajaan negeri Selangor telah mengesahkan akan menyumbangkan sejumlah RM500,000 untuk menampung kos guaman Rafizi Ramli dalam kes melanggar BAFIA.

Dan ini bukan kali pertama kerajaan negeri menyalahgunakan wang negeri untuk menampung kos guaman pemimpin atau wakil rakyat PR yang melanggar undang-undang. Sebelum ini, kerajaan negeri telah pun menanggung kos guaman ADUN Seri Muda yang dihadapkan ke mahkamah atas kes menghina Sultan.

Menggunakan wang negeri untuk menanggung kes peribadi dan kes politik yang tiada kena mengena dengan rakyat sudah cukup untuk menunjukkan yang kerajaan negeri Selangor amatlah tidak bertanggungjawab sekali.

Bukankah lebih baik wang ini digunakan bagi mengatasi masalah UNISEL dan masalah-masalah lain yang berkaitan secara langsung dengan hidup rakyat?

Apa yang berlaku membuatkan rakyat semakin curiga dengan kerajaan negeri Selangor. Rata-rata menyatakan kehairanan kenapa Menteri Besar gagal menangani masalah yang sebegitu kecil, seperti bayaran hutang kepada kontraktor penyelenggaraan di sebuah universiti?

Jawapan kerajaan negeri bahawa tumpuan diberikan kepada operasi universiti dan enggan menyusahkan diri dengan masalah penyelenggaraan asrama menunjukkan yang beliau langsung tidak prihatin dan menganggap perkara ini remeh.

Justeru, kita ingin bertanya, siapa atau apakah ‘rakyat’ di mata PR..? Babu..?? Hamba....? Anjing yang hanya perlu mengikut cakap mereka...?

Apakah erti slogan PR ‘Demi Rakyat’ jika rakyat yang perlu berkorban ‘Demi Pemimpin’...?

Sumber : MIK

Read more...

Video Klip Panas Yb Kuala Langat HARAM JADAH Sebagai Bukti Beliau Gila Seks Kerana Menikah Isteri Muda WOW...!!

Friday, 3 August 2012


WOW...!!

Dengar khabar berita tidak lama lagi..., iya tak lama lagi akan tersebaarrrlah video panas mengenai perangai, kelakuan sebenar wakil rakyat PKR Ahli Parlimen Kuala Langat, Yb Abdullah Sani.

Yb PKR yang suka maki hamun pimpinan UMNO dengan panggilan HARAM JADAH sekarang mendapat balasan Allah swt secara tunai, cash on delivery apabila sentero Malaya dapat melihat dan menyaksikan pendedahan oleh isterinya sendiri mengenai perangai buruk tahap HARAM JADAH seorang wakil rakyat!

Video klip durasi beberapa minit ini khabarnya bakal diedarkan oleh kumpulan Faekah yang mahu melenyapkan karier politik Mak Lampir si Zuraidah Yb Ampang. Ketika berlaku krisis kepimpinan PKR Selangor, Zuraidah agak lantang menyuruh Setiausaha Politik MB Selangor, si Faekah untuk diam dan tutup mulut!

Tambahan pula Faekah pernah menjadi Ketua Wanita PKR Cabang Kuala Langat sudah tentu beliau malu dengan kelakuan buruk tahap HARAM JADAH Yb Dollah Sani sebagai Ahli Parlimen Kuala Langat.


Sepertimana yang telah diceritakan oleh Halimah Mohd Sahat isteri pertama Yb Dollah Sani, sebenarnya Ketua Wanita PKR Zuraidah Mak Lampir memainkan peranan menjadi batu api agar suaminya itu [Yb Kuala Langat] bernikah dengan Faizah Ariffin yang merupakan Ketua Wanita PKR Cabang Hulu Selangor, Faekah mewarisi prinsip Wan Azizah terlalu sensitif dengan isu poligami...!!

Waahhhh....!! Semakin menarik drama bentes membentes, tarik rambut dalam kain pimpinan PKR khususnya di Selangor. Baru sahaja sepenggal memerintah kerajaan negeri sudah pelbagai huru hara, haru biru, caca merba.... Bayangkanlah sekiranya memerintah lagi 50 tahun...!

Tak sabar rasanya Blog MIK mahu menonton video klip ini nanti..., sudah pasti Ahli Parlimen Kuala Langat sudah tak keruan, tak boleh tidur malam.., mandi tak basah..! Sama-samalah kita TUNGGUUUUUUUUUUU...!!

Sumber : MIK

Read more...

Akhirnya.... Khalid Gagap Setuju Gugurkan Faekah

Monday, 23 July 2012

Tatkala Selangor dibawah tampuk pemerintahan BN, setiap perancangan pembangunan dibuat dengan mengambil kira keperluan jangka masa pendek dan panjang bersandarkan kajian data-data semasa dan sebelumnya.

Cadangan pembinaan cawangan UiTM bernilai RM300 juta di atas tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Serendah misalnya, merupakan salah satu pandangan jauh ke depan yang mengambil kira tuntutan semasa dan impak kebaikan pada kawasan sekitarnya.

Apabila pusat pendidikan tinggi itu siap dibangunkan, ia akan membawa bersamanya limpahan kemakmuran untuk penduduk sekitarnya dan mampu mengubah wajah tempat tersebut sebagai salah satu pusat tumpuan pendidikan serta membuka banyak ruang perkembangan aktiviti ekonomi.

Namun apabila Selangor diambil alih oleh DAP, PKR dan PAS, cadangan tersebut diganggu oleh Khalid hanya semata-mata YBK tidak memenuhi permintaannya untuk menjadi Pengerusi baru bagi yayasan tersebut.

Selanjutnya, Khalid mula menunjukkan langkah pemusuhan dengan YBK dengan sengaja memulangkan semula bayaran cukai tanah oleh yayasan tersebut yang jelas berniat bagi menghalalkan tindakan jahat kerajaan negeri merampas tanah milik YBK.

Disebabkan mahu mengelak kontroversi berpanjangan dengan kerajaan negeri pimpinan Khalid, maka cadangan pembinaan kampus UiTM di Serendah terpaksa dibatalkan dan dipindah ke Jasin, Melaka. Akhirnya siapa yang rugi?

Demikian juga yang berlaku dengan projek pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2), sejak 2010 lagi kelancaran pembinaannya sengaja diganggu gugat oleh Khalid dan kerajaan negeri pimpinannya dengan berselindung disebalik alasan kenaikan tarif air.

Sedangkan projek yang dirancangkan oleh kerajaan sebelumnya itu bertujuan untuk menambah bekalan air bersih untuk kegunaan semasa dan akan datang yang manfaatnya bukan saja memberi kebaikan kepada rakyat malah menjamin kelangsungan ekonomi negeri.

Selepas dua tahun isu ini dipolemik dan diganggu gugat oleh kerajaan negeri yang diketuai Khalid Ibrahim, kesan negatifnya mula terasa bukan sahaja menyebabkan rakyat dirundum keresahan malah para pelabur mula menjauhi negeri ini.

Bayangkan apabila 138 syarikat swasta dan pelabur asing dengan nilai pelaburan berbilion RM tiba-tiba terpaksa membatalkan perancangan pelaburan mereka di negeri ini kerana tiada jaminan konkrit dari kerajaan negeri yang krisis air tidak akan berlaku.

Berikutan itu, sekurang-kurangnya 12,000 peluang pekerjaan hilang begitu sahaja. Bukankah ini satu dosa besar kerajaan negeri terhadap rakyat yang sepatutnya dapat dielakkan sekiranya Khalid dan pemimpin negeri yang lain dapat berfikir lebih jauh ke depan.

UiTM Serendah dan Langat 2 hanyalah secebis contoh klasik betapa ceteknya tahap pemikiran Khalid dalam mendepani tuntutan semasa sehingga kesan buruknya terpaksa pula diharungi oleh rakyat jelata.

Barangkali tidak keterlaluan kalau kita katakan untuk selama 5 dekad akan datang, rakyat Selangor akan mengenang Khalid Ibrahim sebagai satu-satunya MB yang banyak 'berdosa' dalam merosakkan masa depan negeri Selangor.

Sumber : MIK

Read more...

Sejak Jadi Menteri Besar Khalid Gagap Semakin Pandai MENIPU...!!

Friday, 20 July 2012

Dalam cuba mempertahankan tindakan kerajaan Selangor membeli tanah milik Talam yang 80% daripadanya berada di bawah air, Menteri Besar Khalid Ibrahim dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua telah menipu rakyat Malaysia dan Selangor khasnya dengan mendakwa Bursa Saham dan Suruhanjaya Sekuriti telah membuat penilaian mengenai harga tanah tersebut.

Pendek kata DAP dan kerajaan negeri Selangor cuba mempertahankan keputusan pembelian tanah yang lerlebih harga dan tidak mendatangkan keuntungan itu dengan cuba menjual nama Bursa Saham dan Suruhanjaya Sekuriti.

Gambaran yang cuba diberikan, pembelian itu adalah sah kerana telah diberi penilaian oleh pihak yang sepatutnya.

Bagaimanapun semuanya berubah pada 12 Julai lepas apabila Trinity Corporation Berhad (nama lamaTalam Corporation Berhad) mengeluarkan notis kepada Bursa Saham bahawa kenyataan Khalid Ibrahim dan Tony Pua yang merujuk Bursa Saham dan Suruhanjaya Sekuriti sebagai pihak yang menilai dan memberi kelulusan kepada pembelian tanah di Bestari Jaya itu adalah TIDAK BENAR...!!

Rujukan boleh dilihat di http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/1010201

Ini seterusnya menimbulkan persoalan mengenai kredebiliti kedua-dua pemimpin tersebut yang berani menipu rakyat dalam mempertahankan tindakan tidak beretika yang dilakukan mereka, semata-mata untuk menutup kecurangan dalam pentadbiran kerana membelanjakan wang rakyat Selangor dengan sewenang-wenangnya untuk tujuan yang tidak selari dengan kepentingan rakyat.

Kita perlu ingat, sebelum 2008, Talam Corporation yang berhutang dengan kerajaan Selangor, tetapi apabila kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri selepas itu, sebaliknya pula yang berlaku - kerajaan negeri pulak berhutang untuk menyelesaikan masalah hutang Talam dengan tindakan Menteri Besar Incorporated (MBI) membeli hutang-hutang Talam dengan beberapa anak syarikat kerajaan negeri bernilai RM 392 juta.

Itu baru yang tunai, urus niaga lain melibatkan pemindahan aset hartanah bernilai RM 676 juta yang antaranya melibatkan pembelian tanah yang dijadikan isu sekarang inilah.

Dan sementara Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor cuba meyakinkan rakyat Selangor bahawa pengurusan hutang tersebut adalah mengikut peraturan yang sebetulnya, kita dikejutkan dengan kenyataan dari Talam sendiri bahawa proses penentuan harga tanah itu tidak melibatkan penilaian dan kelulusan oleh pihak ketiga (Bursa Saham dan Suruhanjaya Sekuriti) seperti didakwa Khalid & Tony Pua.

Jadi bolehkah kita mengatakan disini bahawa BENARLAH dakwaan ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong bahawa tanah di Bestari Jaya itu dibeli kerajaan Selangor dari Talam, RM 42 juta lebih mahal dari harga pasaran?

Penulis tidak nampak mengapa tidak boleh..... Walaupun dalam sidang media yang diadakan sebelumnya, kedua mereka bercakap tentang banyak perkara tapi setelah diringkaskan, alasan Khalid Ibrahim dan Tony Phua dalam mempertahankan urusniaga itu hanya satu – penilaian harga tanah telah mendapat kelulusan Bursa Saham dan Suruhanjaya Sekuriti, yang mana sudah terbukti tidak benar sekarang.

Itu menjadikan dalam tempoh 2 minggu ini saja, Pakatan Rakyat ‘tertangkap dengan seluar tersingkap ke bawah’ sebanyak 2 kali. Kali pertama kerana ‘menjual’ nama Bursa Saham dan Suruhanjaya Sekuriti untuk menjustikasikan pembelian tanah dibawah air, kali kedua apabila semalam portal berita pro mereka Free Malaysia Today (FMT) secara terbuka mengaku menulis fakta yang salah berkenaan Lynas Corporation Berhad – fakta yang digunapakai oleh 100% penyokong Pakatan Rakyat dalam mempertahankan tindakan menentang pembinaan Lynas di Malaysia.

Kesimpulannya, memang banyak yang tidak kena dengan pengurusan wang rakyat Selangor dibawah pimpinan Pakatan Rakyat. Duduk ditempat paling di atas, sudah tentulah bagaimana syarikat seperti Talam yang berhutang dengan kerajaan Selangor sebelum Mac 2008, boleh mempengaruhi kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih hutang-hutang tersebut sehingga rakyat Selangor pula yang tak pasal-pasal terpaksa menanggung akibat dari ‘kepintaran’ Khalid Ibrahim.

Itu baru satu, dihadapan ini ada lebih banyak isu besar dan penting yang menunggu, antaranya air.

Sumber : MIK

Read more...

Antara Faekah & Elizabeth Wong...., Siapa Khalid Gagap LEBIH Sayaangg.....?

Wednesday, 18 July 2012

Air adalah sumber kehidupan. Tanpa air, bukan sahaja manusia yang akan berdepan dengan masalah malah kegiatan ekonomi juga terencat dan kesannya bila berlarutan amat memeritkan.

Tapi di Selangor, kerajaan negeri memandang remeh isu air dan lebih selesa bermain politik berbanding mencari penyelesaian jangka masa panjang demi kebaikan lebih 7 juta pengguna termasuk Kuala Lumpur & Putrajaya.

Laporan oleh Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) secara terperinci menyebut Selangor bakal berdepan dengan krisis air menjelang tahun 2014, sepatutnya tidak dipandang enteng begitu sahaja.

Malah laporan itu turut disokong pula oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang mengesahkan simpanan bekalan air bersih kini berada di tahap kritikal yakni hanya pada tahap 6 peratus sahaja..

Melihat pada sikap acuh tak acuh Kerajaan Selangor yang masih berdolak dalik dalam isu perlaksanaan projek Loji Rawatan Air langat 2 (Langat 2), jelas memperlihatkan kegagalan urus tadbirnya untuk memandang jauh ke hadapan.

Sedangkan tujuan pembinaan loji baru (Langat 2) tersebut bersama dengan terowong air melalui Projek Penyaluran Air Mentah Pahang dan Selangor (PPAMPS) bertujuan untuk memastikan bekalan air bersih sentiasa mencukupi sekaligus mengelakkan krisis air 1998 berulang.

Namun bila Kerajaan Selangor mengganggu kelancaran projek tersebut, akibatnya hingga kini beberapa kawasan Lembah Klang termasuk Selangor ada yang terpaksa menghadapi catuan air memandangkan rezab simpanan air di seluruh loji rawatan air bersih semakin berkurangan.

Andaian Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim kononnya bekalan air bersih mampu bertahan hingga tahun 2019 bukan sahaja tidak disokong oleh fakta, sebaliknya sengaja mahu meredakan kegusaran orang ramai saling tidak ubah seperti tindakan dangkal menyapu sampah ke bawah karpet.

Hakikatnya daripada 33 loji rawatan di seluruh Selangor yang membekalkan air bagi seluruh Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur, hanya beberapa loji rawatan air sahaja yang masih beroperasi di bawah paras pengeluaran maksima.

Salah satu darinya ialah loji rawatan air di Sungai Rasa yang beroperasi pada tahap pengeluaran 138.71 JLH sedangkan tahap pengeluaran maksimanya ialah 250 JLH (Juta Liter Sehari).

Bagaimanapun disebabkan beberapa loji rawatan air yang sedang beroperasi bawah tahap sebenar ini tidak memiliki paip penghubung yang membolehkannya membekalkan air ke kawasan lain.

Sebahagian besar loji rawatan air yang lain pula terpaksa beroperasi melebihi tahap maksima antaranya loji rawatan air Sungai Langat yang mengeluarkan sejumlah 447.42 JLH berbanding 386 JLH kemampuan sebenarnya.

Loji rawatan air Sungai Semenyih pula membekalkan 665.92 JLH air bersih sedangkan kemampuan rekabentuk hanyalah untuk 546 JLH sahaja.

Loji-loji yang beroperasi melebihi kemampuannya lama-lamaan akan menghadapi masalah yang sekiranya berlaku serentak misalnya, beban kesusahan bukan sahaja dihadapi oleh rakyat malah kesannya menjejaskan operasi kilang-kilang yang menjana ekonomi negeri.

Secara keseluruhan, pengguna di Lembah Klang menggunakan sejumlah 4,219 JLH manakala jumlah air bersih yang mampu dibekalkan oleh semua 33 loji rawatan air tersebut cuma 4,326 JLH.

Saban hari permintaan akan terus meningkat dan selagi tiada loji baru segera disiapkan, bermakna bila-bila masa sahaja para pengguna dan aktiviti ekonomi perkilangan akan menghadapi krisis yang lebih teruk.

Bukankah jelas di sini tindakan dolak dalik Kerajaan Selangor menangguhkan perlaksanaan projek langat 2 bukan sahaja bakal meningkatkan kos pembinaannya malah seumpama menjemput bala kepada rakyatnya.

Apakah ini yang kita kehendaki...?

Sumber : MIK

Read more...

Khalid Gagap Terkencing Dalam Seluar Apabila 1,500 Rakyat Selangor GEGARKAN Pintu Pagar SUK Serah Memo Bantaha

Wednesday, 11 July 2012


Berang dengan sistem pengurusan negeri oleh Menteri Besar Selangor, Khalid Gagap, hampir 1,500 rakyat hari ini bertindak menghantar memorandum tuntutan kepada pemimpin tertinggi negeri itu.

Apa yang dilihat, semakin hari semakin terdedah tembelang kerajaan pakatan pembangkang di Selangor hingga menyebabkan rakyat semakin sesak nafas dan tidak tahan lagi.

Justeru, kesemua rakyat yang berhimpun pagi tadi merasakan mereka perlu bertindak menyuarakan bantahan dan rasa tidak puas hati.

Demonstrasi demi demonstrasi diadakan sebagai bukti penolakan terhadap kepimpinan Abdul Khalid yang tidak lebih sebagai ‘saudagar janji’ sahaja dan lebih mengutamakan kroni.

Antara rasa tidak puas hati mereka, termasuk dakwaan salah tadbir urus melibatkan Universiti Industri Selangor (Unisel), Yayasan Selangor dan kemelut padang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Kelana Jaya.


Demonstrasi ini turut mendapat sokongan daripada beberapa NGO lain yang turut menyertainya. Antaranya, adalah Persatuan Bekas Veteran Tentera Malaysia, Waris Malaya, Belia 4B, Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan juga beberapa kumpulan pendesak India yang mendakwa masyarakat itu terus dipinggirkan mendapati mereka berang kerana mendakwa Abdul Khalid mengetepikan nasib kaum tersebut.

Sambil melaungkan “Khalid Bodoh” mereka mengegarkan pagar SUK dan melemparkan air botol minuman ke dalam kawasan SUK. Turut hadir pada demonstrasi ini adalah ADUN Kuang, Abdul Shukor Idrus dan ADUN Kuala Kubu Baharu, Wong Kun Mun.

Kumpulan itu bersurai apabila pada jam 11.36 pagi, ketuanya dibenarkan masuk bagi menyerahkan memorandum bantahan tersebut kepada wakil pejabat Menteri Besar.


Antara intipati memorandum yang diserahkan oleh Ketua Seketariat Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Zubir Zainuddin serta wakil NGO itu, Mohd Zainal Kamis adalah berkaitan tindakan kerajaan Selangor yang secara terang telah mempolitikkan Universiti Industri Selangor (UNISEL).

Menurut Zubir, tindakan mempolitikkan institusi pengajian tinggi itu adalah dosa paling besar Abdul Khalid kerana disebabkan kerakusan pemimpin Pakatan Rakyat itu telah menyebabkan universiti yang ditubuhkan pada 1999 untuk melahirkan modal insan di kalangan generasi muda di negeri ini bakal menjadi gajah putih.

“Rakyat Selangor menjadi rimas dan semakin hilang kepercayaan dengan kepimpinan sekarang, selepas empat tahun mentadbir, kerajaan pakatan pembangkang ini bukan sahaja gagal melaksanakan janji-janji dalam manifesto pilihan raya, malah terlalu lemah daripada aspek pentadbiran sehingga menjuruskan negeri ini ke arah kemunduran.

“Tidak mustahil negeri yang disayangi ini akan hancur sekiranya tidak diselamatkan. Inilah ‘kehebatan’ yang dimiliki oleh pemimpin pakatan pembangkang ini yang hanya mampu merosakkan Selangor,” katanya.

Selain itu, GPRS turut membuat tuntutan berkaitan penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran Yayasan Selangor.

“Jangan ingan rakyat Selangor bodoh… kita tahu bahawa Laporan Audit setakat November 2012 menunjukkan institusi itu rugi sebanyak RM7.41 juta.

Sumber : MIK

Read more...

Faekah Akan Bernikah Tak Lama Lagi Dengan Jejaka Pilihan Khalid Gagap

Monday, 2 July 2012




Sumber : MIK

Read more...

Khalid Gagap Tak Akan Bertanding DUN Ijok Pada PRU Ke 13 Nanti...

Saturday, 30 June 2012

Kata orang..., kejayaan seorang lelaki adalah kerana wanita di belakangnya, tetapi kejatuhan seorang lelaki juga adalah kerana wanita. Mungkinkah Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim akan jatuh kerana wanita yang bernama Faekah, iaitu Setiausaha Politiknya...?

Khalid nampaknya tersepit antara sayang dengan tanggungjawab. Kita tahu Khalid sayang pada Faekah kerana itu beliau telah cuba sedaya upaya untuk membela Faekah dengan berkata, “Faekah hanya menandatangani surat sokongan itu tanpa dia sendiri mempunyai kuasa untuk memberikan projek kepada syarikat yang disokong...”.

Dalam kes ini, Faekah didapati telah merekomenkan syarikat anak saudaranya sendiri sebagai panel peguam kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri.

Nasib baiklah, Khalid tidak perlu membuat keputusan sendirian, tetapi perlu diambil secara kolektif melalui mesyuarat Exco. Apa yang berlaku ialah para EXCO telah mengambil keputusan bahawa Faekah perlu meletakkan jawatannya.

Ramai yang berkata bahawa Faekah adalah sumber kekuatan Khalid dan apa yang berlaku ini amatlah melukakan hati Khalid. Di saat Khalid terpaksa berhadapan dengan begitu banyak ancaman dalaman, kehilangan walaupun seorang dari pengikutnya pasti akan menjejaskan moral dan semangatnya.

Faekah bukan sekadar Setiausaha, tetapi juga penghubung peribadi antara Khalid dengan Presiden parti, Wan Azizah. Melalui Faekah, masalah-masalah parti dapat dibincangkan secara peribadi dengan Presiden tanpa perlu terikat pada protokol sepertimana di dalam mesyuarat parti.

Apatah lagi apabila ramai di dalam parti yang tidak menunjukkan penghormatan yang sepatutnya terhadap Khalid walaupun beliau adalah Menteri Besar hubungan peribadi seperti ini amatlah penting baginya.

Kurangnya rasa hormat terhadap beliau, menyukarkan beliau mengawal dan memantau keadaan. Malah, sebahagian besar dari masanya, perlu dihabiskan untuk melihat sekeliling bagi memastikan dirinya tidak ditikam dari belakang.

Dengan ketiadaan Faekah, semakin sukarlah bagi Khalid untuk menjaga diri.

Kes Faekah itu sendiri memberi peluang kepada musuh-musuhnya untuk menembaknya dari dalam. Dengan timbulnya kes ini, kelemahan beliau sebagai seorang pemimpin terserlah dan tidak boleh dinafikan lagi.

Faekah tidak mungkin berani menandatangani apa-apa surat sokongan jika Khalid adalah seorang ketua yang tegas dan tahu bagaimana untuk mendidik orang-orang sekelilingnya. Sikap Khalid yang terlalu bergantung kepada Faekah membuatkan Faekah tidak berfikir panjang apabila menandatangai surat sokongan yang menjadi isu ini.

Tidak guna Khalid menyalahkan Azmin atau sesiapa sahaja di kalangan EXCO atas apa yang berlaku kepada Faekah.... Walaupun pahit, beliau perlu terima bahawa apa yang berlaku adalah berpunca dari kepimpinannya yang lemah.

Apapun, adalah tidak wajar untuk meletakkan kesalahan ke atas Khalid seratus peratus kerana sesungguhnya, memimpin sebuah negeri di bawah payung parti PKR bukanlah mudah.

PKR adalah parti yang tergolong di dalamnya manusia-manusia yang berbagai jenis termasuk yang tidak normal atau songsang. Mereka-mereka ini berpegang kepada kebebasan mutlak.

Orang yang berpegang kepada kebebasan mutlak, pastinya sukar dikawal. Kerana itu, kita menyaksikan pemilihan parti PKR yang lepas adalah pemilihan yang paling kotor dalam sejarah.

Khalid Ibrahim tentu menyedari bahawa perletakan jawatan Faekah juga menandakan yang nyawa politiknya sendiri sudah tidak panjang lagi. Tidak mustahil ia akan berakhir sebelum PRU ke-13.

Keputusan Exco yang tidak menyebelahi pendapat peribadinya menunjukkan yang beliau tidak punya sokongan lagi di kalangan Exco sendiri. Bagaimana seorang Menteri Besar mampu bertahan tanpa sokongan Exco...?

Lebih dari itu, kita pasti, sasaran musuh-musuh Khalid adalah lebih jauh dari sekadar Faekah iaitu dirinya sendiri. Pada bila-bila masa, peluru baru akan dilancarkan untuk menghapuskan Khalid pula dan kali ini, tanpa Faekah di belakang untuk menahannya.

Beruang Biru...

Sumber : MIK

Read more...

KONFIRM...!! Khalid Gereja Muntah Darah Bila Tonton Video Klip Ini....

Wednesday, 20 June 2012







Sumber : MIK

Read more...

Rafizi Lembu PKR & Rakan Rakan MCKK Mau Bikin Filem..... Kantoi Lagi

Tuesday, 12 June 2012

Disekeliling Rafizi sekarang, rata-rata orang menganggapnya sebagai hero kerana kononnya berjaya menumbangkan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil dalam isu National Fedlot Corporation (NFC). Puji-pujian ini menjadikan Rafizi teruja dan rasa ‘terer’ yang amat sangat....

Dia yakin bahawa isu ini saja mampu memenangkannya dalam kerusi Parlimen dimana dia akan dicalonkan nanti.

Tapi pelbagai perkembangan semasa kebelakjangan ini menjadikan isu NFC ini kurang menarik lagi dah, sekurang-kurangnya dari segi politik yang menguntungkan Rafizi.

Antaranya pengesahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri bahawa Shahrizat tidak terbabit dengan NFC, tidak seperti yang digembar-gemburkan dulu. Disember lepas, Ketua Audit Negara mengesahkan bahawa projek NFC tidak bermasalah, yang bermasalah NFCorp – syarikat yang dimiliki dan diuruskan suaminya, Datuk Dr. Mohamed Salleh Ismail.

Justeru, Rafizi perlu memikirkan sesuatu untuk menyambung hayat NFC ini kerana pilihanraya yang diharapkannya berlangsung lebih awal, tidak menjadi kenyataan. Ini penting, sebab orang Malaysia diketahui hanya berminat dengan isu yang masih panas, isu yang dah sejuk kurang nak diberi perhatian.

Lagipun Rafizi tidak ada kelebihan lain yang boleh ditonjolkan sebagai pemimpin yang pro rakyat melainkan isu NFC ini sahaja. Statusnya sebagai anak emas Anwar (ada kata anak ikan) dan latar belakang pendidikan di luar negara menjadi Rafizi sebagai golongan elitis yang tidak pro rakyat.

Kedudukan Rafizi yang naik mendadak dalam PKR, dari Penasihat Kewangan kepada Pengarah Strategik, ada kena mengena dengan hubungan intimnya dengan Anwar, tidak lebih dari itu.

Maka itu, terfikirlah Rafizi untuk menerbitkan sebuah filem yang berkaitan dengan NFC (seperti dilapor Malaysiakini). FIlem, seperti mana yang kita tahu memainkan peranan mendekatkan artis dengan masyarakat, bukan masyarakat dengan artis.

Rafizi juga mengimpikan untuk mendapatkan populariti dengan pendekatan yang sama. Dia sendiri tak mahu dekat dengan rakyat, tapi mahu rakyat dekat dengan dia melalui penerbitan filem berkaitan NFC ini.

Kebetulan ada filem-filem pendek ‘pro kerajaan’ dari kumpulan yang menggelarkan Bangkang Dari Longkang sedang mendapat sambutan hebat di Youtube, maka penerbitan filem oleh Rafizi ini nanti dijangka akan menyaingi kepopularan Bangkang Dari Longkang, dalam masa yang sama menghidupkan kembali cerita NFC yang semakin pudar kepopularitiannya seperti yang penulis sebutkan di atas....

Menurut maklumat yang penulis dengar, Rafizi akan bekerjasama dengan penggiat filem pro Pakatan Rakyat seperti Hishamudin Rais, Jed Murad dan pelakon Mislina Mustaffa untuk menjayakan filem tersebut nanti.

Terlupa Rafizi bahawa semua nama-nama yang disebutkan di atas punya idea tapi tidak ada nilai komersial, walaupun ada pengalaman dan keupayaan.

Sedangkan nilai komersial itulah yang menarik penonton.

Tapi, apa sekalipun kita tidak pedulilah sama ada Rafizi nak buat filem atau apa. Yang kita harapkan kalau masih ada maruah, masukkan juga babak dimana Rafizi menghasut, membayar kakitangan Public Bank untuk mendapatkan salinan penyata kewangan NFC, seterusnya melanggar undang-undang negara (Akta Bank Dan Insititusi Kewangan – BAFIA).

Ini penting sebab pemimpin pembangkang sering bercakap tentang matlamat tidak menghalalkan cara, terutama bila membincangkan video seks Anwar. Sekarang kita nak lihat, Rafizi berani ke tak berani mendedahkan apa sebenar yang dilakukannya sehingga ke tahap memperalatkan orang lain dan undang-undang negara.

Penulis membayangkan filem tersebut hanya laku dan menjadi bualan dikalangan-kalangan mereka sahaja.

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP