Powered by Blogger.

Pakatan Haram Sibuk Menghasut Pelajar SAR Berdemo Di Parlimen Sedangkan Pelajar KAFA Di Ijok, Selangor Merempat!

Saturday 13 October 2012

Semalam, tangan-tangan ghaib daripada Kerajaan Negeri Selangor cuba untuk menggunakan pelajar-pelajar Sekolah Agama Rakyat(SAR) untuk mengaibkan dan menghina Kerajaan Barisan Nasional kononnya Kerajaan Pusat tidak peka dan prihatin dengan permasalahan SAR. Pembalasan Allah SWT di akhir zaman ini dibayar tunai dan segera. Dalam masa 24 jam, Allah telah menunjukkan kepincangan Kerajaan Pakatan Haram Selangor.
Semalam, orang ramai mula mempersoalkan terdapat banyak Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) yang terbiar di Selangor tanpa mendapat membelaan. Antaranya adalah di kawasan Menteri Besar, TS Khalid Ibrahim sendiri. Seramai 25 murid di sebuah Kafa Integrasi Al-Falah di Kota Puteri, di kawasan DUN Ijok, terpaksa menggunakan surau yang diubahsuai untuk tujuan pembelajaran sejak awal tahun lalu. Pihak sekolah bercadang mengumpul dana RM150,000 untuk membina sebuah sekolah enam kelas bagi menggantikan kelas sedia ada.
Bila menyedari pekung mereka mula terdedah, EXCO Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali barulah mengadakan sidang media dan berkata, pihak sekolah berkenaan boleh memohon bantuan daripada Kerajaan Negeri pada bila-bila masa sahaja. Katanya, permohonan boleh dibuat di bawah peruntukan Kerajaan Negeri kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang berjumlah RM9 juta pada tahun ini. CTS ada dua soalan buat YB Dr Halimah:
1. Selama hampir dua tahun sekolah KAFA berkenaan beroperasi, Kerajaan Negeri tidak peka kah? Kenapa setelah didesak oleh banyak pihak, barulah Kerajaan Negeri sedar? Selama ini buat apa? Sibuk dengan ceramah? Kalau kawasan Menteri Besar sendiri boleh terlepas pandang sebegini, bagaimana dengan kawasan-kawasan lain di Selangor?
2. YB Dr Halimah sendiri mengatakan sebanyak RM9 juta telah diperuntukan kepada SAR di Selangor. Kenapa juak-juak Pakatan Haram terpaksa mengheret pelajar-pelajar SAR di sekitar Selangor untuk berdemonstrasi di Parlimen semalam? Kenapa memperkudakan dan menggunakan pelajar-pelajar SAR untuk kepentingan politik Pakatan Haram?

Sumber - Cucu Tok Selampit

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP