Powered by Blogger.

Faekah Husin Bakal Musnahkan Azmin Ali Dengan Projek DATUM JELATEK

Saturday 20 October 2012



Azmin Ali sememangnya mencari masalah besar apabila sengaja mencetuskan kontroversi dengan SETPOL Khalid Ibrahim, Faekah Husin. Malah lebih teruk lagi ialah apabila konco-konco Azmin Ali termasuklah Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin menyemarakkan lagi kemarahan Faekah Husin yang diketahui sebagai seorang wanita yang amat sukar menahan kemarahan selain amat cenderung untuk membalas dendam.

Perihal sikap dendam dan lepas mulut yang ditunjukkan oleh Faekah Husin terutama terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo dan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar, sudah diketahui oleh pihak awam. Walaupun tidak mempunyai sebarang bukti, Faekah Husin sanggup berbohong kononnya dia mempunyai pelbagai bukti yang boleh menyebabkan Khir Toyo dan Noh Omar disumbat ke penjara kerana penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang mereka lakukan di Selangor.

Selama empat tahun, tidak sedikit usaha yang dilakukan oleh Faekah Husin untuk mengorek pelbagai fail dan data untuk mencari apa-apa kesalahan yang membabitkan Khir Toyo. Walaupun Khir Toyo telah disabitkan dengan kesalahan memiliki hartanah yang nilainya lebih tinggi daripada gajinya, namun isu berkenaan bukanlah sesuatu yang solid. Apatah lagi, keputusan hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, boleh dipersoalkan terutama membabitkan keterangan saksi-saksi SPRM yang saling bercanggah antara satu lain, apatah lagi dengan fakta bahawa pembelian hartanah berkenaan dibuat menerusi pinjaman bank.

Faekah Husin tahu, menggunakan isu banglo mewah tersebut sebagai senjata untuk menekan Khir Toyo sekadar membunuh bossnya sendiri. Sebabnya, Khalid Ibrahim mempunyai hutang peribadi dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) berjumlah lebih RM60 juta, tetapi dia masih tidak dikenakan sebarang tindakan. Sedangkan Khir Toyo pula dikenakan hukuman kerana membeli hartanah melebihi gajinya.

Bagaimana pula dengan Khalid Ibrahim yang berhutang, tidak mahu bayar, kemudian buat pelbagai helah agar hutangnya dilupuskan oleh Bank Islam?

Jadi, daripada mendedahkan bossnya itu kepada kecaman dan dakwaan yang lebih berat, lebih baik Faekah tutup mulut berkenaan Khir Toyo. Cerita tentang hartanah Khir Toyo itu sebenarnya sudah pun jadi senjata makan tuan, baik kepada PKR, Pakatan Rakyat, mahupun kepada beberapa kerat pemimpin UMNO-BN yang cuba menjadikan Khir Toyo sebagai kambinghitam.

Faekah sedar, kelangsungan dan keberadaan jawatannya di dalam pentadbiran Selangor amat bergantung kepada Azmin Ali. Bukan Faekah tidak tahu yang Azmin Ali mempunyai kekuatan yang hebat di Selangor. Azmin ada rangkaian dan rantaian kuasa, dari sekecil-kecil kuasa seperti kontraktor sampah sehinggalah kepada kepala gangster, terutama sekali di Ampang!

Namun sebagai SETPOL dan orang yang paling rapat serta dipercayai oleh Khalid Ibrahim, Faekah Husin juga tahu apa yang Khalid Ibrahim tahu. Faekah tahu, Azmin boleh digenggam telurnya menerusi projek ratusan juta ringgit yang Azmin sendiri terlibat secara langsung. Projek berkenaan adalah DATUM JELATEK yang telah menghalau sebahagian pengundi-pengundi Melayu Setiawangsa ke bahagian lain di Selangor.
Projek yang terletak di tapak rumah pangsa Taman Keramat suatu ketika dahulu, masih belum dibangunkan walaupun komisyennya telah hilang disamun Azmin Ali dan konco-konconya.

Sumber dari Pejabat Menteri Besar Selangor menyatakan bahawa Faekah sudah pun mempunyai details tentang DATUM JELATEK termasuklah jumlah pembayaran komisyen, tarikh, penyata bank dan sebagainya. Faekah hanya menunggu masa untuk membuat pendedahan, sama ada menerusi mulutnya sendiri atau seperti biasa, ‘mengupah’ atau meminta pihak lain mendedahkan butiran tersebut bagi pihaknya.

Azmin Ali mempunyai peranan yang cukup besar dalam projek ELIT dan SUPER MEGA bernilai hampir RM1 bilion itu. Turut sama ada bahagian adalah ADUN Hulu Kelang, Shaari Sungib.


DATUM JELATEK merupakan salah satu daripada projek PKNS Property di mana Azmin merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah PKNS sewaktu projek tersebut diluluskan. Azmin meletakkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah pada 23 Jun 2010 selepas bersengketa dengan Othman Omar dan Khalid Ibrahim berhubung beberapa perkara, termasuklah projek DATUM JELATEK.

Dan DATUM JELATEK jugalah menjadi punca keretakan hubungan antara Azmin Ali dengan Khalid Ibrahim. Azmin sudah canangkan ke seluruh negara bahawa projek DATUM JELATEK akan menjadikannya sebagai ‘pemegang dana’ kepada segala komisyen namun Khalid Ibrahim yang mempunyai latar belakang korporat mempunyai mulut-mulut yang lebih besar dan lebar.

Kesudahannya, Azmin gagal dalam perebutan berkenaan tetapi dengan menggunakan kelicikannya, Azmin Ali berjaya menyekat PKNS Property daripada meneruskan projek berkenaan sehingga tertangguhlah projek bernilai hampir RM1 bilion tersebut sehingga sekarang.


Itu adalah sebahagian daripada rahsia yang ada dalam kocek Faekah Husin sekarang. Azmin Ali nampaknya tidak mampu pun melepasi tembok yang menghalangnya daripada jawatan Menteri Besar Selangor yang sangat diidam-idamkan. Tembok terbesar yang perlu dibelah adalah Faekah Husin. Sedangkan pada masa yang sama, Faekah tidak sahaja mempunyai senjata yang jauh lebih tajam dan berkesan, bahkan dengan jerkahannya sahaja sudah cukup untuk memandulkan dan memandomkan Azmin Ali buat selama-lamanya!- SEL13

1 comments:

musyahir 6 February 2015 at 11:16  

Azmin Ali rakus segala galanya.. di padang mahsyar nanti tahu laaaa

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP