Powered by Blogger.

Pakatan Selangor Kantoi Putar Belit Isu Talam !

Wednesday, 1 August 2012


Kerajaan Selangor didakwa cuba memutar belit fakta sebenar berhubung isu hutang Talam Corporation Bhd. (Talam) dengan kerajaan negeri itu apabila membuat beberapa kenyataan tidak tepat mengenai perkara berkenaan.


Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong mendakwa, antara putar belit itu kononnya kerajaan negeri semasa ditadbir Barisan Nasional (BN) tidak berusaha untuk mengutip hutang-hutang daripada Talam.


“Pemimpin kerajaan Selangor sekarang juga cuba memutar belit perkara ini dengan mendakwa kerajaan negeri terdahulu pernah cuba menyelesaikan hutang daripada Talam pada tahun 2005, 2006 dan 2007 menyebabkan kerajaan Selangor kini terikat dengan perjanjian penyelesaian hutang itu,” katanya pada satu sidang media di sini hari ini.


Menerangkan perkara sebenar, Tee Yong berkata, salah satu perjanjian penyelesaian hutang yang bertarikh 8 Mac 2007, tempoh sah lakunya adalah selama setahun iaitu sehingga 8 Mac 2008.


Justeru, katanya, apabila kerajaan PR Selangor menandatangani perjanjian baru dengan Talam pada 12 Mac 2010 membuktikan perjanjian yang ditandatangani sebelum ini telah tamat tempoh sah laku.


Malah, kata beliau, berdasarkan kepada hansard Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor dari tahun 2010 hingga 2011, tiada pendedahan oleh kerajaan Selangor bahawa ia masih terikat dengan perjanjian kutipan hutang Talam yang ditandatangani kerajaan BN terdahulu.


Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua sebelum ini dilaporkan mendakwa kerajaan negeri ketika di bawah kepimpinan BN tidak berusaha untuk mengutip hutang-hutang daripada Talam.


Manakala Teresa mendakwa kerajaan negeri terdahulu pernah cuba menyelesaikan hutang-hutang daripada Talam pada tahun 2005, 2006 dan 2007 menyebabkan kerajaan Selangor kini terikat dengan perjanjian penyelesaian hutang itu.

Sumber : Kita Gempur

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP