Powered by Blogger.

Apa Yang Kerajaan Selangor Mahu Buktikan Dalam Membiayai Kos Guaman Rafizi? – SAM1M

Thursday 2 August 2012

Pertubuhan Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M) berasa hairan dan pelik, apa istimewanya Rafizi Ramli sehinggakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim beriya-iya mahu menaja sepenuhnya kos guaman Rafizi yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mendedahkan dokumen mengenai butiran perbankan berkaitan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) kepada dua petugas media pada Mac lalu.



Presidennya, Armand Adha Abu Hanafiah hari ini mempersoalkan tindakan terbaru yang mahu dibuat kerajaan negeri, dan mendesak Tan Sri Khalid Ibrahim mengklasifikasikan keperluan dan kehendak yang memaksa kerajaan negeri dalam menaja kos guaman Rafizi ini, keistimewaan yang sukar untuk dinikmati oleh anak Selangor yang lain.

“Apa yang Kerajaan Selangor mahu buktikan? MB Selangor, Khalid mahu gunakan duit titik peluh rakyat Selangor untuk menaja kos guaman Rafizi. Beliau sudah lupakah Rafizi sebelum ini menerima gaji puluhan ribu sebulan daripada kerajaan Selangor.

Di mana letaknya ketelusan dan integriti kerajaan Pakatan Selangor? Suka-suka pakai duit rakyat ibarat duit ‘mak bapak’ dia untuk menanggung yuran guaman orang yang telah menyalahi undang-undang,” ujarnya yang kesal dengan tindakan Khalid, dan mahu rakyat Selangor yang turut mengalami masalah tindakan undang-undang untuk meminta kerajaan negeri melalui Geran Selangorku, dalam membantu menangung kos guaman mereka.

Tambahnya, Rafizi ini bukanlah rakyat marhaen. Dalam masa yang sama, tindakan PKR melancarkan tabung untuk membiayai yuran Guaman Rafizi, adakah kutipan ini akan diauditkan memandangkan ianya juga merupakan duit rakyat Selangor .

“Persoalannya di sini, apakah asas dan keperluan sehingga kerajaan Selangor menanggung kos guaman Rafizi sedangkan beliau mampu? Apakah relevannya buat kutipan derma titik peluh rakyat Selangor sedangkan gaji Rafizi sebelum ini puluhan ribu ringgit sebulan yang dibayar oleh Kerajaan Negeri?

Saya sebagai warga rakyat Selangor sama sekali tidak setuju dengan tindakan pihak MB Selangor dalam isu ini kerana ianya melibatkan pemimpin PKR yang hakikatnya cukup mampu untuk menangani masalahnya sendiri. Kalau nak bayarkan pun, adalah PKR, parti beliau sendiri dan bukannya kerajaan negeri.

Tan Sri Khalid, duit kerajaan negeri Selangor adalah hak rakyat, bukannya hak kepentingan krooni-kroni pakatan. Selesaikanlah dulu masalah rakyat Selangor seperti isu sampah dan isu air, kerana ianya merupakan kepentingan dan hak rakyat Selangor, bukannya hak Rafizi Ramli,” ujarnya yang juga merupakan Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Petaling Jaya Utara (PJU).

Sumber : Sahabat Gunung

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP