Powered by Blogger.

PKR SELANGOR MEMANGSAKAN RAKYAT UNTUK KERJAYA POLITIK.

Tuesday, 3 July 2012


rafizi lembu

APA YANG BOLEH PKR SELANGOR BANGGAKAN SELAMA EMPAT TAHUN MENTADBIR SELANGOR ? Aset negeri bertambah ? Banyak yang kena jual pun. Masaalah rakyat selesai ? PAKAR (Pusat Aduan Rakyat) BN Selangor menerima lebih 56,000 aduan sejak beroperasi tak sampai pun tiga bulan. Masalaah sampah selesai setelah ALAM FLORA ditamatkan kontrak? Huh ! Yang ada lima puluh biji kompektor sampah yang tak boleh digunakan atau disewakan kerana dokumentasi tak selesai. Pendidikan Percuma? Aset UNISEL pun hendak digadaikan. Subsidi Air 250ml sebulan? Penghuni flat yang menggunakan meter pukal pun masih tak dapat nikmatinya.

Bersih rasuah dan telus? KSSB seleweng hasil pasir, padang awam dijadikan kompleks membeli belah, amalan rasuah pemimpin DAP dalam pemeberian kontrak mengutip hutang didedahkan dan salah urus UNISEL sampai nak bankrap UNISEL.

Janji PKR Pakatam tidak mahu menanugerahkan sebarang kontrak melalui direct nego masih tak tertunai! Selangor kehilangan pelaburan sejumlah RM3.8 billion yakni 300% dari tabungan yang dibangga-banggakan oleh PKR Pakatam. Sebanyak 12,000 peluang pekerjaan terlepas akibat kesombongan dan keangkuhan PKR Pakatam yang hendak membolot tamak konsesi perkhidmatan air.

Akhirnya rakyat menjadi mangsa permainan politik PKR Pakatam Selangor yang menjadikan kepala-kepala rakyat Selangor sebagai batu-bata loncatan ke Putrajaya. Hanya dengan memijak kepala rakyat Selangor PKR Pakatam Selangor nampak gah. Para pemijak kepala rakyat Selangor dengan bangganya merompak sana sini kerana kepala rakyat Selangor sudah di pijak leh mereka sehingga bisu suara-suara rakyat Selangor.

Sampai bila rakyat Selangor hendak biarkan sahaja kepala mereka di injak dan di pijak oleh PKR Pakatam demi kerjaya politik PKR Pakatam Selangor ?

Sumber : Jas Salleh

1 comments:

Abdul Latiff bin Ibrahim 3 July 2012 at 11:05  

Majoriti rakyat Selangor telah memilih pakatan rakyat menjadi pemimpin mereka. Apa yang berlaku harus diterima. Namun bagi rakyat negeri lain yang dipimpin Barisan Nasional haruslah mengambil peluang untuk mendapatkan arus permodenan melalui transfomarsi ekonomi yang dibawa oleh Datuk Seri Najib supaya mereka berdiri sama tinggi dengan rakyat Selangor atau lebih tinggi lagi.

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP