Powered by Blogger.

Bila Menteri Besar Suka Berbohong

Friday, 27 July 2012


1. Kali ini bukan saya yang kata Tan Sri Khalid Ibrahim berbohong. Kali ini EXCO paling berpengaruh dalam negeri Selangor, Teresa Kok sendiri secara tidak langsung menyatakan kepada umum bahawa Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bercakap bohong.

2. Lebih dua tahun Khalid Ibrahim berkokok seantero Malaysia bahawa kerajaan negeri semasa Barisan Nasional tidak berbuat apa-apa untuk mendapatkan kembali hutang Talam Corporation kepada beberapa syarikat berkaitan kerajaan negeri. Kononnya, BN Selangor memejam mata sahaja terhadap hutang-hutang Talam ini.

3. Dalam ucapan-ucapan di Dewan Undangan Negeri Selanhgor dan kempen politik, Khalid mendakwa beliaulah yang berusaha mengutip semula hutang Talam. Beliau jugalah yang begitu bijak dan pintar mencipta cara untuk melunaskan hutang Talam melalui pengambil alihan aset. Dalam satu sidang akhbar yang dicatatkan oleh Malaysiakini pada November 2009, Khalid dilaporkan berkata,

"Hutang ini telah berlaku sejak 10 tahun lalu tapi tak pernah dikutip... Sebelum ini amaun hutang tersebut tidak pernah diiktiraf sepenuhnya atau direkod dengan teliti dalam kewangan anak-anak syarikat kerajaan negeri," katanya.
Katanya lagi, menteri besar BN sebelum ini juga "gagal mengatur keutamaannya" dalam mengurus kewangan negeri itu. (pautan)


4. Malahan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara menulis beberapa minggu lalu menyatakan,

"The records show that Talam Corporation Berhad was allowed to incur debts of RM392 million to the Selangor government during the BN administration before 2008. These debts were never properly documented or recorded in the books of the state government companies – Universiti Industri Selangor (UNISEL), Kumpulan Hartanah Selangor and Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB). What is worse was the fact that there was no effort made by the BN administration to collect these debts.

However, the new Pakatan Rakyat state led by Khalid has demonstrated that with political will, no company will be able to escape from paying its debts to the Government. Within a year after discovering the discrepancy in the state-owned companies’ financial records, Tan Sri Khalid has via the Menteri Besar (Incorporated) (MBI) recouped every sen of the RM392 million debt from Talam Corporation in the form of cash and properties." (Pautan)


4. Banyak lagi kenyataan-kenyataan yang menggambarkan seolah-oleh kerajaan negeri semasa saya tidak berbuat apa-apa untuk mengambil tindakan terhadap Talam. Khalid Ibrahim sahaja yang bijak pandai boleh menyelesaikan hutang ini.

5. Anehnya bila tersepit dengan pelbagai skandal penstrukturan hutang Talam ini, kerajaan negeri mula menggelabah dan menjadikan pentadbiran lalu sebagai kambing hitam. Menurut Teresa Kok yang dilaporkan dalam The Star hari ini:


SHAH ALAM: The previous Selangor Government agreed to enter into a debt settlement with Maxisegar Sdn Bhd a subsidiary of Talam Corpbecause the company was under threat of being wound up.

State executive councillor Teresa Kok said that in 2006 the Barisan Nasional state government agreed to a settlement that involved 694.4ha of land in Bestari Jaya and five leasehold office lots in Menara Pandan, Pandan Indah.

“Pendidikan Industries YS Sdn Bhd (Unisel) and Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) entered into settlement agreements with Maxisegar as it owed Unisel money to set off the debts via contra arrangement,” she said after the state executive councillors meeting.
She said the first agreement, dated July 29, 2005, “was for 1,715.9 acres (694.4ha) of land in Bestari Jaya, valued at RM80,000 per acre”.

The second was dated Jan 10, 2006, for five office units at Menara Pandan at RM2,723,900, and a retail lot measuring 2,745 sq m at Ukay Perdana for RM7.8mil.

5. Bukankah kenyataan Teresa ini menunjukkan Selangor sekarang dipimpin dan ditadbir oleh pembohong dan penipu yang tidak segan silu menjual sentimen dan emosi kepada orang ramai yang tidak mengetahui cerita dalam pentadbiran negeri?
6. Memang benar semua pemimpin ada kesilapan, kelemahan dan kekurangan. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Namun berbohong terutamanya membabitkan pentadbiran negeri bukanlah satu kelemahan tetapi satu kesalahan,
7. Faktanya, Khalid hanya meneruskan usaha kerajaan lalu untuk menyelesaikan hutang Talam dengan anak-anak syarikat kerajaan negeri dengan melakukan pengubahsuaian yang aneh-aneh sehingga menimbul skandal baru.

8. Hakikatnya, sudah sah sekarang ini Selangor dipimpin oleh seorang pembohong yang sanggup memutar belitkan fakta untuk kepentingan politik beliau.
9. Perlu saya jelaskan dalam pentadbiran lalu tidak timbul untuk mengambil alih hartanah Talam melebihi apa yang terhutang oleh Talam kepada syarikat-syarikat terbabit apatah lagi sehingga membabitkan lebih RM 676 juta. Juga tidak timbul soal "round-tripping" (lihat: Silap Mata Kerajaan Negeri Selangor: RM 392 juta berpusing-pusing, RM 1 juta lesap?) yang dibuat oleh Khalid sekarang sehingga menimbulkan banyak keraguan dan skandal.
10. Ketika itu, Kerajaan Negeri memutuskan Talam perlu menyelesaikan hutang-hutangnya dengan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri yang terbabit secara terus dan diawasi oleh Jawatankuasa Khas yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri.
11. Saya tidak akan mengulas kenyataan Teresa mengenai penentuan harga buat masa ini. Kita lihat dahulu apa lagi kerajaan pembohong dan penipu ini mahu bersandiwara kepada rakyat.

Siakap Senohong
Gelama Ikan Duri
Jangan nanti orang kata kalau selalu cakap bohong,
Lama-lama dapat jadi Menteri

Sumber : http://www.drkhir.com

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP