GEMPAR : MPSJ TINDAS KONTRAKTOR
Monday, 30 July 2012
Makin kalut......itulah gambaran yang dapat diluahkan terhadap arahan terbaru pihak pengurusan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), kepada kontraktor pembersihan yang mencari rezeki halal di MPSJ.....bukan untuk memudahkan malah menjerat nasib kontraktor bumiputera.
Manakan tidak....setelah berjaya memenangi kontrak pembersihan pihak MPSJ mengenakan pelbagai syarat sebelum kontraktor memulakan tugas mereka sebagai kontraktor pembersihan.
Kalau syarat yg dikenakan itu berkaitan dengan hal hal pelaksanaan kerja tak apalah juga, kontraktor memang faham dan akur dengan arahan berkenaan tambahan pula arahan berkenaan tertulis di dalam borang kontrak semasa kerja kerja membida kontrak dilakukan.
Tetapi, arahan terbaru yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan MPSJ iaitu mengenakan bayaran satu peratus sebagai wang pembiayaan perjanjian kontrak...amat amat diragui serta menimbulkan rasa tidak adil terhadap mereka.
Arahan sebegini langsung tidak pernah berlaku di MPSJ....malah arahan ini langsung tidak pernah dilaksanakan di mana mana majlis perbandaran seperti Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, atau mana mana majlis perbandaran di Selangor....
Mungkin, sekali imbas kita lihat jumlah bayaran ini agak kecil iaitu satu peratus bagi setiap kontraktor yang menjalankan kerja kerja pembersihan...tetapi kalau kita halusi jumlah keseluruhannya besar dan memeranjatkan....
Sebagai contoh, seorang kontraktor mendapat jumlah kontrak sebulan sebanyak RM 20 ribu...satu persen dicaj kepada nilai kontrak bulanan berkenaan bermakna kontraktor berkenaan harus membayar RM 200 sebulan. Bayangkan RM200 sebulan selama 24 bulan (jangkamasa setiap kontrak), bermakna kontraktor dikenakan bayaran sebanyak RM4,800 jumlah keseluruhannya.
Contoh ini hanya untuk satu kontraktor dengan nilai kontrak yang agak minima....cuba bayangkan pula kontraktor yang mendapat nilai kontrak yang agak besar sudah pasti bayaran yang dikenakan juga akan bertambah besar.
Paling memeranjatkan pula jumlah kontraktor yang mendapat kerja kerja di MPSJ tidak kurang dari 200 syarikat.....dengan jumlah yang sebegini banyak pastinya caj yang akan diperolehi oleh pihak MPSJ akan mencecah ratusan ribu ringgit malah sampai ketahap jutaan ringgit.
Pokok persoalannya sekarang ialah mengapa arahan ini dikeluarkan kepada kontraktor setelah mereka berjaya mendapat kontrak yang mereka bida. Dimanakah ketelusan yang dilaung laungkan oleh Kerajaan Selangor, mengapa arahan ini tidak tercatat di dalam borang tander? Serta....perkara yang menjadi persoalan di kalangan kontraktor arahan menandatangan perjanjian kontrak hendaklah dibuat dengan syarikat guaman luar yang dilantik oleh MPSJ.
Satu persen caj yang dikenakan itu adalah bagi tujuan kos perjanjian kontrak dengan syarikat guaman berkenaan.....dengan mudah saja syarikat guaman berkenaan meraih keuntungan besar.....
Mengapa pihak MPSJ perlu melantik syarikat guaman luar untuk membuat perjanjian ini? Sedangkan pihak MPSJ mempunyai Jabatan Undang Undangnya sendiri yang diketuai Pengarahnya Puan Anita Abd Jalil....sebelum ini semua urusan dilaksanakan oleh Jabatan Undang Undang MPSJ dan mengapa kali ini diberi kepada syarikat guaman luar.....
Perlu diingat bahawa perlantikan agensi luar untuk melaksanakan sesuatu dasar haruslah dibuat mengikut peraturan dan ketetapan yang sedia ada. Sebelum sesuatu perlantikan dibuat, jawatankuasa yang terdiri daripada Yang dipertua Majlis Perbandaran beserta beberapa orang Ahli Majlis haruslah bermesyuarat dan mengemukakan cadangan ini.
Setelah cadangan ini dipersetujui oleh jawatankuasa berkenaan, perlu pula dibawa ke mesyuarat penuh Majlis Perbandaran bagi tujuan kelulusan. Setalah segala sudut diselidiki dan dikaji membabitkan kepentingan rakyat, barulah diberikan kelulusan. Walaupun telah diberikan kelulusan dan sekiranya terdapat bantahan awam, satu jawatankuasa perlu ditubuhkan bagi menilai semula cadangan berkenaan. Inilah dikatakan buat kerja untuk rakyat bukannya menindas rakyat.
Dari maklumat yang diperolehi, perlantikan syarikat Guaman ini langsung tidak dibawa didalam mana mana jawatankuasa. Dan, sekiranya ini yang berlaku bagaimana pula pihak MPSJ boleh mengarahkan semua kontraktor pembersihan membayar wang berkenaan?
Persoalan yang menjadi tandatanya?
i- Mengapa arahan dibuat tidak ditulis di dalam borang tender bagi memudahkan kontraktor membuat persiapan?
ii- Mengapa Majlis Perbandaran lain di Selangor tidak mengenakan caj ini?
iii- Ketelusan melantik syarikat guaman luar tidak mengikut prosedur yang betul.
iiiv- Siapa yang melantik syarikat guaman ini?
v- Syarikat guaman memperolehi keuntungan atas angin ratusan ribu ringgit.
vi- Apa peranan Jabatan Undang Undang di bawah Pengarahnya Puan Anita Abdul Jalil....apakah sekadar bergantung pada sumber luar?
Arahan dikeluarkan pihak MPSJ....sekiranya ada di kalangan kontraktor gagal membuat pembayaran berkenaan bermakna tander mereka akan ditarik balik? Inikah keadilan?
Kalangan kontraktor dan rakyat yang tahu isu ini mengharapkan agar tindakan pembetulan segera dilakukan oleh pihak MPSJ dan kepekaan Menteri Besar Selangor dituntut bagi menjaga kepentingan semua pihak.
Kita tidak mahu disebabkan hal hal begini, slogan SELANGORKU hanya sekadar slogan semata mata...rasuah semakin berleluasa dan rakyat semakin tertipu, kontraktor Bumiputera bukan saja ditekan pihak atasan tetapi tidak ada siapa opun yang membela mereka.
Pihak MPSJ juga diingatkan, jika tidak ada jalan terbaik dilakukan bagi mengatasi masalah ini, kontraktor akan membuat aduan kepada SPRM bagi menungtut keadilan....
Sumber : Ikrar Pemuda
0 comments:
Post a Comment