KERAJAAN SELANGOR DIMINTA JANGAN JUAL SYABAS DEMI POLITIK SENDIRI!!!
Monday 23 July 2012
Kerajaan Pusat hari ini menolak permohonan kerajaan negeri Selangor bagi mengambil alih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dengan alasan ia tidak mematuhi beberapa perkara dalam perjanjian konsesi.
Menurut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, ini termasuk bercanggah dengan beberapa perkara substentif dan proseduran.
"Mesyuarat berpendapat, walaupun ada peruntukan dalam Klausa 32 dalam perjanjian konsesi, tapi ia tidak boleh dipertimbangkan kerana ada beberapa perkara yang dianggap substantif dan proseduran yang tidak boleh dipenuhi kerajaan negeri Selangor dan SYABAS.
"Apa pun, kita akan minta pandangan Peguam Negara dan peguam negara akan buat keputusan muktamad," katanya ketika ditemui pada sidang media selepas mempengerusikan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Isu-isu Air Selangor di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air selama tiga jam di sini, hari ini.
Ditanya apakan perkara maksud perkara substantif dan proseduran itu, Muhyiddin menjelaskan ia mengenai perkara-perkara berbangkit yang terjadi di antara kerajaan negeri dan SYABAS.
"Ia mengenai perkara berbangkit seperti non revenue water. Ia sebenarnya termaktub dalam SYABAS tetapi ia ada kaitan dengan tanggungjawab negeri di mana kerjaan negeri sepatutnya membenarkan kadar tarif air dinaikkan dan itu tidak diluluskan.
"Dalam perjanjian itu juga ada sebutkan tentang pampasan yang patut dibuat oleh kerajaan negeri kalau tarif tidak dinaikkan," katanya.
Muhyiddin berkata, sekiranya kerajaan negeri berdegil meneruskan hasrat untuk mengambil alih SYABAS, mereka perlu berpandu kepada perjanjian konsesi selain persetujuan kedua-dua pihak.
Hadir sama pada mesyuarat hari ini ialah Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Idris Jala.
Sementara itu, Chin pula berkata, pengambil alihan SYABAS seperti yang tertakluk di dalam Klausa 32 itu akan berlaku jika sesuatu perkara terjadi dan kerajaan negeri perlu membeli syarikat konsensi tersebut.
"Step in (campur tangan) yang di bawah Klausa 32, itu adalah kerana step in kerana ada sesuatu yang berlaku.
"Itu adalah lain daripada pensturukturan, sama ada mereka mahu penstrukturan. Bila mahu penstrukturan perlu beli semua saham dalam syarikat dan ia tertakluk dalam 'willing buyer willing seller',"
19 Julai lalu, kerajaan Selangor menghantar sepucuk surat rasmi kepada kementerian menyatakan hasrat untuk mengambil alih operasi SYABAS kerana ingin mengadakan catuan air kerana bekalan air terawat tidak mencukupi.
Sumber : Jawa Bernam
Sumber : Jawa Bernam
0 comments:
Post a Comment