Powered by Blogger.

Langat 2 Untuk Survival Rakyat - Kenapa Khalid Benak Sangat ?

Tuesday 24 July 2012


Seperti dibimbangi sejak beberapa tahun lalu, sebahagian besar warga Lembah Klang sudah menghadapi masalah berterusan bekalan air, lebih awal daripada jangkaan ia hanya akan berlaku pada 2014.

Jika kadar permintaan air melebihi kapasiti bekalan dan cuaca panas sekarang berterusan, krisis air yang bakal menyulitkan semua pihak itu, nampaknya semakin hampir, malah mungkin lebih cepat daripada tarikh pilihan raya umum yang masih menjadi teka teki.

47 lokasi di daerah Klang, Petaling dan Hulu Langat mengalami penyusutan paras air di kolam simpanan utama akibat me-ningkatnya penggunaan sejak 17 Mei lalu.

Masalah ini diburukkan lagi dengan rizab bekalan air sedia ada yang amat kecil.

Menurut Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), jumlah kapasiti bekalan air yang boleh dihasilkan oleh semua 34 loji rawatan air sekarang ialah sekitar 4,371 juta liter sehari (JLH).

Bagaimanapun, purata permintaan air pada tempoh 25 Jun hingga 1 Julai lalu ialah 4,368 JLH, dengan rizab simpanan hanya 0.1 peratus.

Ramalan berdasarkan kajian National Water Resources Study dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) beberapa tahun lalu bahawa bekalan air di Lembah Klang terpaksa dicatu pada 2013, berkemungkinan besar akan menjadi kenyataan lebih awal.

Kekalutan ini tentunya tidak berlaku sekiranya kerajaan pakatan pembangkang sebaik mengambil alih pentadbiran negeri Selangor pada 2008, tidak menjadikan air sebagai isu politik, semata-mata untuk memperlekehkan pentadbiran sebelumnya dan mencabar Kerajaan Pusat.

Hakikat bahawa Lembah Klang bakal berdepan krisis bekalan air serius memang sudah lama disedari dan perancangan bagi menanganinya dibuat sebaik saja berlaku krisis air Melaka.

Itulah sebabnya Kerajaan Pusat dengan kerjasama kerajaan negeri melaksanakan projek penyaliran air dari Sungai Pahang ke Selangor (Loji Langat 2) berharga RM8.65 bilion.

Projek yang dijadualkan siap pada 2014 itu mampu memenuhi bekalan air bersih di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur sehingga 2025.

Malangnya projek yang sudah bermula itu tergendala separuh jalan apabila kerajaan negeri sekarang enggan menyerahkan tanahnya untuk pembinaan loji rawatan.

Pelbagai syarat dan alasan diberikan oleh Menteri Besar, Khalid Ibrahim kepada Kerajaan Pusat dan SYABAS, selaku syarikat pemegang konsesi yang sahamnya turut dimiliki kerajaan negeri dengan pegangan sebanyak 30%.

Khalid sebelum ini dilaporkan berkata tarif air lebih tinggi adalah alasan kenapa kerajaan negeri membantah projek berkenaan.

Beliau mendakwa pembinaan Loji Langat 2 akan membebankan rakyat kerana ia akan menyebabkan tarif air menjadi lebih tinggi.

Khalid juga menolak andaian pakar bahawa krisis air bakal berlaku pada 2014 sekiranya Loji Langat 2 tidak dapat beroperasi ketika itu.

Apabila menyedari ramalan dan kebimbangan umum bahawa krisis air semakin hampir menjadi kenyataan, Khalid mengemukakan beberapa cadangan termasuk yang dilihat tidak masuk akal.

Antaranya ialah penyaluran paip air dari Tasik Kenyir, Terengganu ke Selangor mengikut laluan paip gas sedia ada di Banjaran Titiwangsa, yang menurutnya lebih menjimatkan kos.

Khalid juga mencadangkan air tasik dan lombong sebagai alternatif.

Dakwaan Khalid bahawa penyaluran air dari Tasik Kenyir lebih menjimat kos ternyata dibuat tanpa kajian atau cakap kosong.

Hakikatnya, kos pembinaan Langat 2 dan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang dan Selangor, lebih rendah RM2.4 bilion berbanding kos penyaluran paip air dari Tasik Kenyir.

Kos pemasangan saluran paip dari Tasik Kenyir ke Langat 2 di Hulu Langat saja mencecah sehingga RM11.3 bilion.

Terbaru, Khalid dilaporkan memberi kata dua kepada Kerajaan Pusat supaya memberi jaminan bertulis mengenai cadangan tarif air dan mengisytiharkan prasarana rawatan dan penyaluran air bernilai RM10.5 bilion sebagai harta kerajaan negeri, sebelum kedua-dua pihak meneruskan perbincangan untuk menyiapkan Projek Langat 2.

Persoalan yang kini bermain dalam minda aku, apakah tujuan Khalid menangguhkan projek Langat 2 ini ???

Apakah keperluan rakyat tidak penting bagi pakatan ???

Sama-sama kita fikirkan dan renung-renungkan...

Sayangi Selangor... Yakini BN...!!!


Sumber : Kita Gempur

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP