Bekalan air rendah sila jimat air
Thursday, 26 July 2012
Bekalan air di Lembah Klang sudah rendah dan kritikal. Loji Sungai Langat 2 perlu dibina sekarang tetapi Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tidak mahu keluarkan development order.
Ianya bukan dibiayai oleh kerajaan negeri dan bukan menelan satu sen pun duit kerajaan negeri. Hanya untuk memastikan bekalan air cukup. Kerajaan negeri pun sudah komplen kata kilang dan pembangunan tidak dapat dijalankan sebab tidak cukup air
SYABAS tidak boleh dipersalahkan bila air tidak cukup kerana mereka hanya mengedarkan air.
Katanya salah seorang Pengarah Besar SPAN, kalau kerajaan negeri nak kendalikan sendiri loji tersebut seperti loji Sungai Labu pun tidak apa. Harga loji jual air pada SYABAS pun kerajaan negeri tentukan sekali supaya murah.
Walaupun ia dapat dibina sekarang, loji hanya boleh beroperasi pada tahun 2016.
Timbalan Menteri Dato Noriah Kasnon memberitahu tahap air dah kritikal masa sekarang ini juga. Dah berapa tahun kerajaan pusat beritahu kerajaan negeri tentang ancaman ini.
Mungkin ramai tidak sedar tapi katanya Dato Noraih, orang lama dalam Kementeriaan sedar asal malam saja air yang keluar dari paip 'meleleh', tak kuat.
Senyum pendengar yang kurang faham maksudnya.
Ketika sesi soal jawab, salah seorang hadhirin kata, susah untuk beritahu orang ramai bahawa Selangor sedang berhadapan dengan masaalah air.
"Isteri saya pegang dan belek 'batang paip' tak nampak pulak bocor. Dia bukak saja paip, cepat saja air 'terpancut' keluar," tambahnya lagi.
Susah untuk meyakinkan orang ramai untuk minta kerajaan negeri akui masalah air dan benarkan loji Sungai Langat 2 dibina.
Diakhir majlis, Dato Noh pula kata kalau tak diselesaikan msaalah air ini, susah kamu yang muda-muda nak mandi pagi Jumaat.
Terdengar ada yang jerit dari belakang, "Yang tua pun tahu nak mandi juga!"
Dah kesitu semuanya bila bab air.
Apa pun, bersedia kita hadapi masaalah air dan mulalah berjimat-jimat. Husin harap rakan-rakan letakkan logo di atas di blog masing-masing untuk ingatkan pembaca akan masaalah air.
Sumber : Husin Lempoyang
0 comments:
Post a Comment