Powered by Blogger.

Mesti Baca - Khalid Samad Mula Edarkan "Flayers" Janji-Janji PAS Shah Alam Menjelang PRU13

Saturday 14 July 2012




PAS Shah Alam mengorak langkah menjelang PRU13 yang bakal diadakan bila-bila masa dengan menghantar "flayers" atau risalah-risalah dari rumah ke rumah. "Flayers" ini dihantar kepada semua pengundi muda yang baru sekitar kawasan terpilih di Selangor. Setelah janji-janji bulan dan bintang yang diberikan kepada penduduk yang sebahagian besarnya tidak tertunai sehingga ke hari ini, PAS mengorak langkah dengan mengemukakan 12 janji baru yang dikenali sebagai "12 Jaminan PAS Terhadap Keupayaan Bangsa".

Bagi sesiapa yang masih mengantuk kesan dari makan malam yang berlebihan sebentar tadi, CTS ulang kembali manifesto PRU13 PAS, "12 Jaminan PAS Terhadap Keupayaan Bangsa". Huh! Sejak bila pula PAS mementingkan bangsa? Sejak bila bangsa Melayu mendapat tempat di dalam manifesto PAS sebelum-sebelum ini? Bukankah di dalam PRU12 dahulu, PAS pernah mengkufurkan UMNO kerana memperjuangkan BANGSA MELAYU? Apa PAS sudah bertebiat nak mampus? Jika kita lihat jaminan nombor 1, 2, 4, 8, 9,10 dan 12 di dalam manifesto di atas, kesemuanya menekankan peri pentingnya BANGSA MELAYU.

Di mana hilangnya "PAS For All", slogan yang selalu mereka laungkan di kalangan bukan Melayu? Kenapakah Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS telah menandatangani manifesto PAS Shah Alam yang separuh daripadanya berpaksikan kepada BANGSA MELAYU? Bukankah selama ini beliau bencikan UMNO kerana memperjuangkan BANGSA MELAYU??? Inilah wajah sebenar PAS. Mereka boleh menjadi biawak, ular sawa dan siamang dengan sekelip mata. Mereka boleh berubah warna kulit dan asas perjuangan semata-mata untuk berkuasa.

Wahai YB Khalid Samad, Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya akan berusaha sehabis upaya saya dengan kudrat yang sedikit yang Allah berikan untuk berusaha bagi memastikan anda tidak lagi menjadi Ahli Parlimen kami di Shah Alam, sekiranya anda masih berani bertanding di sini. InsyaAllah, Allah bersama orang-orang yang benar.

Sumber : Cucu Tok Selampit

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP