Powered by Blogger.

Kerajaan Selangor Ada Muslihat Politik Di Sebalik Krisis Air Di Selangor

Friday, 20 July 2012


Shah Alam - Usaha kerajaan Selangor untuk mengambil alih pengurusan air di negeri tersebut daripada Syabas Konsortium dilihat mempunyai muslihat politik tertentu memandangkan terdapat beberapa percanggahan dalam kenyataan kerajaan negeri dan senario sebenar yang berlaku dalam isu ini.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi Datuk M.Zin, berdasarkan kenyataan kerajaan negeri Selangor, antara punca-punca tindakan campur tangan itu terpaksa diambil ekoran beberapa kegagalan Syabas dalam menangani masalah air.

“Kerajaan negeri mendakwa Syabas gagal menurunkan kadar air tidak terhasil (non-revenue water) kepada 20 peratus serta mendapati Syabas tidak melaksanakan kerja-kerja CAPEX (capital expenditure) atau perbelanjaan modal mereka dengan baik.

“Namun hakikat sebenarnya, CAPEX itu sudah dihentikan dan tidak ada lagi sebarang peruntukkan terhadap CAPEX yang sepatutnya menyelenggarakan kerja-kerja membaik pulih paip-paip air di Selangor”

“Agak pelik apabila kerajaan negeri sendiri yang menamatkan CAPEX tetapi selepas itu menyalahkan Syabas kerana tidak menguruskan kerja-kerja penyelenggaraan paip-paip di Selangor,” ujar beliau.

Selain itu tambah beliau, syarikat Syabas hanyalah bertanggungjawab untuk kerja-kerja pengagihan air yang telah dirawat dan tanggungjawab untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan paip itu pula telah diberikan kepada beberapa syarikat lain.

“Saya bukan nak menangkan Syabas tetapi adalah tidak logik menyalahkan syarikat tersebut di atas sesuatu yang bukannya tanggungjawab mereka. Malah, Syabas juga telah membuat laporan kepada kerajaan negeri tentang beberapa permasalahan air di Selangor, namun kerajaan negeri mengambil sikap acuh tak acuh.

“Ketika di bawah pemerintahan BN, kita telah berikan kontrak CAPEX sehingga tahun 2020 berjumlah lebih kurang tujuh bilion untuk kerja-kerja penyelenggaraan paip air di negeri Selangor. Tetapi apabila Selangor jatuh ke tangan Pakatan Pembangkang, kerajaan negeri mengambil keputusan untuk menghentikan kontrak tersebut.

“Jadi, bagaimana syarikat yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut mahu menjalankan tugas mereka, apabila dana dan peruntukan untuk itu telah dihentikan?,” soal beliau.

Jelas beliau, Syabas telah diarahkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk membekukan kerja-kerja CAPEX sehingga mendapat persetujuan semua pihak, namun sehingga ke hari ini masih belum ada sebarang keputusan berhubung perkara tersebut.

Tambahnya, apabila perbelanjaan modal SYABAS dibekukan dalam tempoh yang lama tanpa ada sebarang persetujuan, maka kerja-kerja penggantian paip lama pun tidak boleh dijalankan.

Sebab itulah jelas beliau lagi paip lama yang kesemuanya berjumlah lebih 6000 kilometer tetapi hanya 800 kilometer saja yang dapat dibaiki.

“Bukan setakat penggantian paip lama tergendala, malah juga melibatkan penggantian meter, komunikasi paip, pemasangan penyaluran dan lain-lain.

“Dalam hal ini, yang menanggung akibat ini adalah rakyat Selangor. Syabas juga dilihat tidak dapat memberikan perkhidmatan yang efektif berpunca dari sekatan ini. Sekarang ini, Kerajaan Negeri Selangor melihat Syabas gagal dalam kerja-kerjanya untuk melaksanakan peningkatan perkhidmatan air,” ujar beliau lagi.

Jelas beliau, isu sebenarnya bukanlah tentang penyelenggaraan atau pengurusan, tetapi isunya ialah tentang kekurangan loji air di sekitar Selangor.

“Sekarang ini ada 36 buah loji di sekitar Selangor yang berfungsi membekalkan air di seluruh negeri ini. Loji ini perlu ditambah selaras dengan peningkatan penduduk dan kawasan industri-industri yang bertambah. Jika tidak ditambah, pembekalan air bagi 36 buah loji itu tidak akan mencukupi untuk membekalkan air di seluruh Selangor.

“Sebagai contoh, gerabak keretapi. Apabila penumpang penuh dan berlebihan, apakah kita patut menukar pengurusan ataupun bertindak menambah gerabak bagi mengatasi masalah ini. Sudah tentulah kita perlu menambah gerabak bagi menyelesaikan masalah penumpang yang begitu ramai dan melebihi had.

“Begitulah jugalah dengan isu air ini. Loji perlu ditambah untuk menampung jumlah penduduk yang semakin meningkat dan bukannya menukar sistem pengurusan. Jika tukar sistem pengurusan pun, ia takkan menyelesaikan apa-apa masalah kerana punca utamanya ialah kekurangan loji dan bukannya masalah pengurusan,” tegas beliau.

Sumber : Sahabat Gunung

1 comments:

Global Products & Services Review 20 July 2012 at 02:05  

1Malaysia semua...

Daripada anda semua blog atau ber-facebook 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Dengan RM 2300 boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan, Dengan RM 10,000 boleh dapat RM 2,000 - RM 3,000 sebulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

Kalau berminat, sila layari :

(Versi English)
http://ReadandDecide.blogspot.com/2011/10/uinvest.html


(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com


( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP