Powered by Blogger.

Khalid Ibrahim Syor Rakyat Selangor Minum Air Lombong Untuk Terus Hidup.

Sunday 29 July 2012




Apa yang dipaparkan sepertimana dalam video diatas adalah satu kebenaran buat rakyat Malaysia terutama rakyat Selangor untuk mengambil iktibar tentang masaalah air bersih yang makin menghantui penduduk Selangor.

Meluat dan menyampah dengan pimpinan kerajaan Pakatan Selangor yang sedaya upaya mempolitikkan isu air kerana keegoan mereka tentang projek Air Langat 2 untuk jangka masa panjang rakyat yang hendak dilakukan oleh kerajaan pusat.

Ini masaalah kita rakyat Malaysia apabila pemimpin parti pakatan pembangkang yang ada berotak sembab yang mana cukup mudah dan gemar berpolitik dan mengabaikan tanggungjawap rakyat Malaysia.

Pembangkang boleh bangkang apa sahaja yang tidak betul untuk dilakukan tetapi jika pekara yang baik dan berguna untuk rakyat mengapa hendak dibangkang? Pembangkang di Amerika, Britain dan negara negara lain juga cukup hebat dalam berpolitik tetapi apabila ianya berkaitan keperluan penduduk maka mereka sepakat dalam memastikan rakyat tidak mendapat musibatnya.

Harap Kerajaan Pakatan Selangor usah lah terus berpolitik dalam isu air ini kerana sebagai sebuah kerajaan negeri Selangor masaalah rakyat mestilah diatasi terlebih dahulu. Rakyat bijak dalam menentukan undi dan adalah satu pekara yang tidak matang sama sekali jika kerajaan Selangor dibawah pentadbiran Pakatan PAS,DAP dan PKR terus terusan mempolitikkan isu air sehingga rakyat menjadi mangsa.

Sumber : Papa Gomo

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP