Powered by Blogger.

Kerajaan Selangor Hanya Menipu Rakyat

Tuesday, 24 July 2012

Kerajaan negeri Selangor banyak mengambil kredit hasil pencapaian cemerlang kerajaan BN sejak mereka memerintah Selangor sejak empat tahun lalu tapi hakikatnya, penambahbaikan dan membangunkan negeri Selangor ini dilakukan oleh kerajaan persekutuan.

Ahli Parlimen Hulu Selangor, P.Kamalanathan mengambil contoh di Parlimen Hulu Selangor, semenjak mereka memerintah tidak nampak satu projek, kemudahan infrastruktur untuk kemudahan awam yang dibangunkan oleh kerajaan negeri Selangor ini.


“Malah saya jumpa dengan salah seorang ADUN dari Pakatan Rakyat dan bertanyakan apakah pencapaian kerajaan negeri Selangor. Dia kata banyak dan antara dua yang terhebat bagi mereka ialah mereka beri air percuma kepada semua rakyat negeri Selangor. Itu satu penipuan yang lebih teruk dari peristiwa 16 September sedangkan kita tahu, ramai penduduk-penduduk di flat masih membayar bil melalui meter pukal.

“Mereka tidak menerima air percuma. Jadi, jangan menipu. Keduanya mereka kata simpanan wang tunai mereka bertambah kepada billion. Bagaimana tidak bertambah, dia dapat bantuan dari kerajaan persekutuan, dia simpan.. sepatutnya dia belanjakan untuk membela rakyat dengan membina kemudahan rakyat,” ujarnya kepada UMNO-Online di sini.

Tambahnya, pada tahun 2011, kerajaan Persekutuan telah memberikan bantuan berjumlah RM600 juta untuk pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

“Jadi ke mana perginya duit ini. Saya tidak nampak duit yang diberikan oleh kerajaan BN ini untuk membantu rakyat, untuk kerajaan negeri membetulkan semua kemudahan-kemudahan awam, menjaga jalanraya, menjaga tiang lampu tetapi saya tidak nampak duit ini diguna pakai.

“Di kawasan ini, longkang-longkang di sini tidak dibersihkan, rumput tidak dipotong, inikah cara untuk membantu rakyat sedangkan harta-harta kerajaan negeri dijual, bila harta dijual duit dapat daripada kerajaan persekutuan tetapi tidak digunakan untuk rakyat, jadi siapa tidak ada duit. Oleh yang demikian, janganlah mendabik dada mengatakan yang mereka telah banyak membawa perubahan kepada negeri Selangor,” tambahnya lagi.

Dalam empat tahun ini, tidak ada pun perubahan yang dibuat sebaliknya kerajaan BN walaupun negeri ini bukan ditadbir oleh BN tetapi kita membantu. Contohnya di Hulu Selangor, kita telah membina persimpangan susur keluar Sungai Buaya.

“Di Hulu Bernam kita membina 300 buah rumah untuk rakyat termiskin, ini rumah yang dibuat kerajaan BN. Mana pergi rumah-rumah yang dibuat kerajaan pembangkang? Baru tahun lalu MB kata dia nak buat 11,000 buah rumah, sebelum ini mengapa tak buat?

“Mereka menipu rakyat. Inilah dia kerajaan yang tidak ada prihatin langsung untuk memastikan rakyat ini dijaga dengan baik. Jangan terpedaya lagi dengan janji-janji mereka, mereka tidak akan melaksanakan janji-janji kerana mereka hanya mementingkan diri mereka untuk mendapat kuasa,” tambahnya lagi.

Sumber : Sahabat Gunung

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP