Powered by Blogger.

Khalid Ibrahim Bakal Berperang Dengan Teng Chang Khim

Saturday 7 July 2012


Anda lihat sendiri gaya duduk MB Selangor TS Khalid Ibrahim yang begitu angkuh dan bongkak apabila ditanya reaksinya berhubung cadangan Jawatankuasa Selcat yang dipengerusikan oleh Speaker DUN Selangor Dato' Teng Chang Khim. [Tonton laporan video di SINI]

Khalid dalam reaksinya terhadap saranan Jawatankuasa Selcat yang mencadangkan pembatalan terhadap projek pembangunan di padang Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya, menjawab bahawa perkara itu akan dibincangkan diperingkat Exco.

Hakikatnya, wujud 'hanky-panky' dalam kelulusan projek dan tentunya ia dilakukan oleh 'grand design' dan bukannya oleh sembarangan orang.

Tambahan pula dengan saranan Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli meminta Khalid menimbangkan peruntukan kepada anggota komponen Pakatan Rakyat dalam Bajet 2013, secara terang bahawa memang wujud perancangan terhadap ketirisan wang awam untuk kegunaan Pakatan Rakyat.


Perlu diingat bahawa Rafizi adalah 'nuri jantan' belaan De Facto PKR DS Anwar Ibrahim, maka tidak mustahil kata-kata yang diucap oleh Rafizi adalah kata-kata Anwar.

Sedang yang terang seperti Bajet Selangor 2013 hendak diambil oleh Pakatan Rakyat, apatah lagi perkara yang terselindung seperti kelulusan projek pembangunan keatas padang PKNS.

Semua hal ini menjadi tanya dan menimbulkan kecurigaan yang boleh kita simpulkan bahawa regim Khalid Ibrahim ini sebagai 'Perompak Rakyat".

Kini Khalid berada dalam persimpangan, samada akan bertindak mengikut arahan Anwar atau menurut cadangan Teng yang tidak menyorokkan tembelang dan bangkai yang telah pun diketahui oleh pihak awam.

Sumber : Akar Umbi

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP