Powered by Blogger.

Khalid Terkencit Kot .... Hantar SU Sulit Sahaja Terima Memo GPRS

Thursday, 12 July 2012

Pelbagai isu yang yang dihadapi oleh kerajaan Selangor pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyebabkan rakyat Selangor menjadi rimas dan semakin hilang kepercayaan. Selepas empat tahun mentadbir, kerajaan pakatan pembangkang ini bukan sahaja gagal melaksanakan janji-janji dalam manifesto pilihan raya, malah terlalu lemah daripada aspek pentadbiran sehingga menjuruskan negeri ini ke arah kemunduran. Malah tidak mustahil negeri yang disayangi ini akan hancur sekiranya tidak diselamatkan.

Setiausaha Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Zubir Zainuddin berkata, inilah 'kehebatan' yang dimiliki oleh pemimpin pakatan pembangkang ini yang hanya mampu merosakkan Selangor dalam tempoh 4 tahun selepas dibina dan dimajukan oleh Barisan Nasional (BN) selama lebih 54 tahun.

“Semakin hari semakin terdedah tembelang kerajaan pakatan pembangkang ini sehingga menyebabkan rakyat semakin sesak nafas dan tidak tahan lagi. Rakyat perlu bertindak menyuarakan bantahan dan rasa tidak puas hati. Demonstrasi demi demonstrasi diadakan sebagai bukti penolakan terhadap kepimpinan Abdul Khalid yang tidak lebih sebagai 'saudagar janji' sahaja dan lebih mengutamakan kroni.

Pada hari ini, kami, rakyat Selangor yang prihatin ingin menyampaikan bantahan dan rasa kesal kami terhadap tindakan kerajaan negeri yang mempolitikkan Universiti Selangor di Berjuntai Bestari, memejamkan mata terhadap penyelewengan Yayasan Selangor dan isu pembangunan projek komersial di padang kompleks sukan PKNS, Kelana Jaya,” ujarnya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum GPRS kepada Menteri Besar Selangor, yang diterima oleh Setiausaha Sulit MB, Norzatun Aini Kasim tengahhari tadi.

Sehubungan dengan itu, GPRS mendesak Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim membersihkan Unisel dengan memecat individu politik dalam lembaga Pengarah Unisel bagi memastikan tiada campurtangan politik di universiti itu.

“GPRS juga mendesak Unisel melantik individu yang benar-benar layak sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor bagi memastikan universiti tersebut terus berdaya saing dalam melahirkan graduan yang berkualiti tinggi selain mendedahkan laporan kewangan Unisel kerana difahamkan kewangan universiti itu sedang nazak dan mengalami kerugian serta menyatakan asset mana yang hendak dicairkan bagi menampung kos operasi Unisel.

Khalid Ibrahim juga harus menyatakan unjuran kemasukan dan jumlah pelajar dari tahun 2008 hingga 2012 kerana difahamkan jumlah pelajar semakin merosot,” tambahnya.

Dalam masa yang sama, Khalid dan kerajaan negeri juga harus bertanggungjawab terhadap kerugian Yayasan Selangor dengan mengambil tindakan dengan memecat Ilham Marzuki yang mengaku melakukan kesilapan kerana meluluskan peruntukan RM1.4 juta untuk kegiatan tidak berfaedah serta tiada kaitan dengan fungsi yayasan itu sebagai institusi yang memberi tumpuan kepada pembangunan pendidikan.

“GPRS juga menuntut agar kerajaan negeri mengembalikan Padang PKNS kepada rakyat dengan membatalkan RPTJ2 kerana pindaan yang dilakukan tidak mengikut peraturan ditetapkan. Kekalkan Padang PKNS sebagai pusat rekreasi, bukan pusat pembangunan komersial.

Pengurus Besar PKNS, Othman Omar perlu tampil menjelaskan kepada rakyat mengapa PKNS lebih mengutamakan komersial daripada kepeluan rakyat. Abdul Khalid mesti mengaku dengan jujur bahawa beliau bukan individu yang mengarahkan agar padang itu ditukar status,” tambahnya.

Mempolitikkan Unisel merupakan dosa paling besar Abdul Khalid sehingga menyebabkan universiti yang ditubuhkan pada 1999 untuk melahirkan modal insan di kalangan generasi muda di negeri ini bakal menjadi gajah putih. Pelantikan Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin, Ahli Parlimen Merbok dari PKR, Datuk Rashid Din dan Ahli Parlimen Hulu Langat dari Pas, Che Rosli Che Mat adalah bukti penguasaan orang politik dalam Lembaga Pengarah Unisel.

Selain itu, salah seorang Timbalan Naib Canselor juga merupakan aktiviti politik yang aktif dan pernah dilantik sebagai Jawatankuasa Pas Selangor. Tekanan politik juga menyebabkan bekas Naib Canselor, Datuk Dr Rosti Saruwono dan dua ahli Lembaga Pengarah, Datuk Adnan Alias dan Datuk Dr Mohammed Ariffin Aton meletak jawatan.

Penglibatan ahli politik dalam pengurusan Unisel tidak akan membawa apa-apa manfaat terhadap usaha membangunkan universiti itu sebagai pusat pengajian tinggi utama di Selangor. Sebaliknya, akan mencetuskan pertikaian dari aspek profesionalisme terutama dalam menentukan keputusan yang sudah tentu ada campur tangan politik kepartian.

Sumber : Sahabat Gunung

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP