ISU SKANDAL HUTANG TALAM CORPORATION!
Friday, 20 July 2012
Pengambialihan hutang Talam Corporation kaedah roundtripping mendedahkan kerajaan negeri dengan risiko dan implikasi kewangan
Pertama : Menteri Besar Diperbadankan (MBI) menanggung  beban mengutip hutang kerana ia diberikan geran RM 392 juta oleh  kerajaan negeri. Jika dahulu anak syarikat yang menanggung risiko  hutang, kini kerajaan negeri kerana memberikan geran kepada MBI.
Kerajaan negeri Barisan Nasional sebelum ini tidak mengambil alih  hutang-hutang Talam daripada anak syarikat kerajaan negeri kerana  mahukan CEO-CEO yang dibayar gaji bertanggungjawab terhadap setiap  perjanjian yang mereka buat dengan pemaju termasuk Talam.
Kedua : Kerajaan negeri dan SIC dijangkakan  membelanjakan sekitar RM 1 juta untuk melaksanakan round-tripping ini.  RM 1 juta digunakan untuk membiayai khidmat guaman dan konsultan yang  tidak perlu. Ini hanya merugikan wang. Apakah mekanisme round-tripping  ini boleh dilakukan secara percuma apabila ia melibatkan dokumen dan  perjanjian tertentu?
Apakah mungkin institusi seperti CIMB Bank tidak akan mengenakan sebarang caj?
Ketiga : SIC juga menanggung beban faedah sekitar RM 70  ribu sehari untuk jangka masa antara 3 hari sehingga seminggu dari  proses pembelian hutang Talam kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri  oleh SIC, sehinggalah kepada SIC membayar semula hutang tersebut kepada  bank.
Keempat : Kerajaan negeri akan mempunyai kecenderungan  untuk membelanjakan lebih daripada sumber yang ada. Roundtripping ini  bertujuan untuk menunjukkan peningkatan untung dalam akaun biar pun  tiada untung sebenar.
Proses pembayaran balik hutang syarikat Talam Corporation oleh  kerajaan Selangor juga tidak telus diselubungi dan tersasar daripada  segi tempoh dan jumlah.
Jumlah hutang Talam Corporation kepada anak-anak syarikat negeri yang  dibeli oleh SIC, jumlah geran yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada  MBI dan pembiayaan SIC daripada CIMB Bank berjumlah RM 392 juta.  Maknanya RM 392 juta inilah jumlah yang terlibat dalam permainan  round-tripping.
Dinyatakan kerajaan negeri juga berjanji untuk mengutip hutang Talam dalam masa 3 bulan.
Pertama : pada Mac 2010, menurut the malaysianinsider  YB Menteri Besar mengumumkan hanya lebih RM 50 juta sahaja dikutip dalam  bentuk tunai dan aset. Kutipan ini juga menimbulkan banyak pertanyaan  kerana ia diumumkan oleh Menteri Besar tanpa sebarang kenyataan rasmi  daripada Talam Corporation. Amat mustahil bagi sebuah syarikat senaraian  awam yang berada dalam kedudukan kewangan yang kurang baik seperti  Talam membayar hutang sebesar itu tanpa sebarang pengumuman rasmi.
Timbul juga pertanyaan, jika RM 50 juta tersebut tunai ok, tetapi jika  dalam bentuk pengambilalihan aset siapa yang menilai? Bukankah  sepatutnya pembayaran hutang ini juga dalam bentuk tunai kerana jumlah  RM 392 juta dalam permainan round-tripping ini adalah tunai. Janjinya  ialah untuk mendapatkan wang tunai.
Pada hal kerajaan negeri cukup sinis dengan usaha kerajaan negeri  Barisan Nasional sebelum ini yang didakwa tidak cekap kerana menjalankan  usaha mengambil alih aset Talam bukannya wang tunai.
Kedua : pada 16 Mac akhbar The Star melaporkan Talam  Corp telah  membuat perjanjian dengan MBI untuk melunaskan hutang  sebanyak RM241.4 juta melalui penyerahan aset dan sebanyak RM12.7 juta  melalui tunai.
Maka timbul persoalan berikut:
1. Berapakah nilai sebenar hutang Talam Corporation kepada anak syarikat  negeri adakah RM 392 juta atau hanya RM241.4 juta? Jika jumlah awal RM  50 juta dicampurkan dengan RM241.4 juta maka menjadi RM 291.4, maka  masih kurang RM 100.6 juta.
2. Atau adakah jumlah RM241.4 juta ini termasuk jumlah RM 50 juta yang  telah diumumkan pada awalnya. Maka itu jumlah yang masih terhutang lebih  tinggi iaitu RM 150 juta.
3. Apakah Talam Corporation sebagai syarikat senaraian awam telah  membuat pengisytiharan dan penjumlahan hutang yang silap atau kerajaan  negeri yang tersilap?
4. Jika hanya RM12.7 juta melalui tunai, maka meninggalkan baki RM 228.7  dalam bentuk aset hartanah. Maka timbul kembali persoalan sebelum ini,  siapakah yang menilai asset ini? Apakah jaminan bahawa aset ini  mempunyai nilai yang setara atau mungkin lebih baik melebihi daripada  nilai hutang?
Kesimpulan
Rakyat bukanlah terlalu bodoh kerana tidak tahu menilai dan Kerajaan  Negeri tidaklah begitu bijaksana. YAB Menteri Besar telah menggunakan  wang rakyat untuk membeli hutang syarikat korporat dalam proses  pengurusan hutang Talam namun tidak telus dan tidak berterus-terang  dalam soal ini.
Untuk itu digesa supaya Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) Dewan  Undangan negeri melakukan siasatan terhadap keseluruhan proses  pengambilalihan hutang. Talam Corporation dengan bantuan kerajaan negeri  ini.
Sumber : Belantan
0 comments:
Post a Comment