Powered by Blogger.

Air: BN Sedia Terus Dasar PR Selangor

Saturday, 14 July 2012

Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk meneruskan dasar pemberian air percuma di Selangor jika berjaya merampas semula negeri itu tetapi ia akan dilakukan melalui pendekatan berbeza demi kepentingan rakyat.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata jika dasar itu dilaksanakan, ia akan dibuat dengan lebih menyeluruh termasuk menambah bilangan meter padu air percuma dan memastikan seluruh rakyat Selangor menikmatinya.
"Kalau sekarang dia (pembangkang) beri air percuma tetapi tidak semua rakyat dapat. Beratus ribu rumah yang mempunyai meter pukal tidak dapat faedah ini dan adakah orang kaya pun nak dapat juga air percuma ini.
"Apa juga dasar dibuat untuk kebaikan rakyat kita kena teruskan tetapi selesaikan dulu masalah meter pukal terlebih dahulu," katanya di Forum Mengenai Isu Bekalan Air Selangor anjuran Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), di sini.
Tambahnya, BN tidak boleh membuat dasar yang hanya menguntungkan segelintir rakyat dan tidak memberi makna kepada orang yang tidak memerlukan seperti golongan kaya. Isu pokok kerajaan BN masa ini ialah bagi memastikan bekalan air mencukupi selari dengan keperluan rakyat.
"Apapun kita mesti ingat kalau nak buat dasar air percuma, air mesti ada... kalau isytihar air percuma sekalipun kalau tidak ada air tidak guna dasar itu kerana tidak mungkin dapat dilaksanakan," katanya.

Sumber : Sahabat Gunung

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP