HELAH APA LAGI KHALID NAK BERIKAN!!!
Wednesday, 25 July 2012
Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk meneruskan projek Sungai Langat 2 yang ditentang oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Tender baru akan dibuka untuk tujuan berkenaan.
Loji Sungai Langat 2 akan berkeupayaan untuk membekalkan air terawat ke seluruh negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Ini ekoran simpanan air terawat semakin berkurangan dan berada pada paras sangat kritikal. Loji-loji rawatan yang dimiliki oleh SPLASH, ABASS dan SYABAS sedia ada tidak lagi mampu memproses dan merawat air untuk dibekalkan penduduk dan industri.
Loji Air Langat 2 berhadapan dengan masalah ekoran keengganan kerajaan negeri meluluskan projek berkenaan dengan alasan kewujudan loji tersebut akan menyebabkan tariff air naik dan air percuma tidak lagi dapat diberikan kepada rakyat Selangor.
Dalam satu kenyataan yang lain, Timbalan Perdana Menteri turut mengumumkan penolakan cadangan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambilalih SYABAS kerana beberapa perkara termasuklah hutang kerajaan negeri kepada SYABAS selain perlanggaran perjanjian antara Kerajaan Negeri dengan syarikat konsesi berkenaan.
Selain itu, kerajaan negeri juga berhadapan dengan masalah undang-undang melibatkan saman SYABAS.
Pakatan dalam usaha mereka untuk tidak menunaikan janji memberi dalih bahawa SYABAS adalah penghalang kepada air percuma. Namun pada masa yang sama, kerajaan negeri yang sama juga menggunakan pelbagai saluran politik untuk mengekang pembinaan loji Sungai Langat 2 termasuklah memberi alasan, air mentah masih banyak di Selangor ditambah pula dengan kehadiran hujan.
Manakala para penyokong Pakatan pula menyuarakan perkara yang sama dengan menolak hak rakyat dan penduduk untuk menikmati air bersih yang dirawat berbanding menggunakan air mentah.
Helah apa lagi yang akan digunakan oleh Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat untuk mrnghalang projek yang menggunakan dana kerajaan pusat itu?
Sumber : The Flying Kick
0 comments:
Post a Comment