Powered by Blogger.

Exco Bodek dan Ampu Setiausaha Politik

Wednesday, 11 July 2012

Sebelum ini banyak pihak yang berkata Faekah Husin memainkan peranan yang penting disebalik segala keputusan yang dibuat oleh MB Selangor. Sehingga orang kata nak dapat atau nak lulus sesuatu mesti jaga Faekah.Tidak lupa juga mesti rajin ampu dan bodek dia. Sesiapa yang bermasalah dengannya akan susah untuk dapatkan sesuatu tidak kira orang itu Exco atau Adun.

Nampaknya apa yang dikatakan selama ini benar. Ronnie Liu telah mengesahkannya semalam. Seorang yang bertaraf Exco perlu merendahkan dirinya untuk mempertahankan seorang setiausaha politik yang memainkan peranan sebagai seorang MB.

Dalam usahanya untuk mengampu dan membodek Faekah, Ronnie Liu dalam satu kenyataan sepertimana yang disiarkan oleh antara pos semalam berkata Faekah hanya posmen.

Exco Selangor Ronnie Liu menyifatkan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin hanya bertindak sebagai “posmen” berhubung isu surat sokongan melantik syarikat guaman anak saudaranya.

“Dalam kes Faekah, pertamanya ia bukan surat sokongan. Dia macam posmen saja. Dia panjangkan surat itu kepada agensi yang berkaitan. Itu saja, dia bukan sokong atau apa-apa. Lagipun bukan untuk syarikat dia.

Katanya, tandatangan yang diturun keatas surat itu tidak bermaksud berlaku sebarang salah guna kuasa kerana beliau tidak berhak memberi projek kepada syarikat guaman itu.

Ronnie yang terus mempertahankan Faekah menyifatkan golongan yang membantah keputusan kerajaan Selangor berdiam diri terhadap perkara itu sebagai kurang faham.

Sungguh melucukan dan sungguh malang nasib rakyat Selangor yang mendapat Exco tidak berapa cerdik sehinggakan tugas posmen pun dia tidak tahu.

Sebenarnya bukan Ronnie tidak tahu atau tidak faham tugas seorang posmen. Dia faham , cuma dalam usahanya untuk membodek Faekah maka dia terpaksa memperbodohkan dirinya.

Tugas seorang posmen adalah mengambil surat-surat dari Pejabat Pos dan menghantar kepada orang -orang yang dialamatkan. Posmen tidak dibenarkan membuka surat-surat yang dihantarnya. Jauh sama sekali untuk seorang posmen menulis pula satu surat lain untuk memaklumkan kepada penerima tentang kandungan surat daripada pengirim.

Dalam kes Faekah surat tersebut dihantarkan kepadanya dan dia menulis satu surat lain yang menggunakan kepala surat Pejabat Menteri Besar Selangor dengan niat untuk mempengaruhi Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad.

Nampaknya kini PKR, DAP dan DAP bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kesalahan orang-orang mereka. Pelbagai helah dan cara yang digunakan untuk menghalalkan cara, sehingga terpaksa menurunkan taraf seorang setiausaha politik kepada seorang posmen.


TQ Selangor Daily

1 comments:

Unknown 12 July 2012 at 01:12  

posman gaji mahal x pa...

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP