GEMPAR!! KOMPLEKS BELIA SELANGOR KOTOR TAHAP KANDANG BABI!!
Wednesday, 11 July 2012
 Mendapat berita dari salah seorang rakan yang bekerja di salah satu  pejabat khidmat wakil rakyat di Selangor yang memberitahu berkenaan  aduan tahap kebersihan di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor.
  Selepas dibelenggu dengan desakan oleh Majlis Belia Selangor yang  menuntut supaya kadar sewaan ruang pejabat yang dinaikkan oleh anak  syarikat MBI sebanyak 300% supaya dikurangkan, nampaknya syarikat yang  menguruskan aset negeri Selangor, MSNS Holdings Sdn Bhd, tidak serik  membuat Khalid Gagap pening kepala.
  Dari sumber yang diterima, Pertubuhan Seni Muzik India Malaysia telah  menghantar surat rasa tidak puas hati dengan kadar kebersihan kompleks  berkenaan.
 ![]()  | 
| Double-Click pada Surat | 
 Berdasarkan surat layang yang diberikan, MB Seelan, Presiden Kebangsaan  Pertubuhan Seni Muzik India Malaysia yang menyewa ruang pejabat di dalam  Kompleks Belia tersebut telah menyatakan kepada Menteri Besar dan  dihantar juga kepada semua exco yang terbabit tentang tahap kekotoran  dan kebersihan yang tidak dijaga oleh pihak pengurusan iaitu MSNS  Holdings Sdn. Bhd.
  Sempat bertemu MB Seelan yang menyatakan memang sudah dua bulan MSNS  Holdings tidak membuat penyelenggaran kebersihan kompleks belia itu.  Sehinggakan sampah tidak dikutip dan dibuang, tandas kotor, surau kotor  dan kebersihan sekitar kawasan kompleks juga sungguh menyedihkan. Hal  ini berlaku kerana penamatan kontraktor pembersihan dan digantikan  dengan kontraktor yang baru iaitu kroni mereka sendiri. Tetapi kroni  mereka ni tak boleh pakai sebab tak tau nak buat kerja.
  Menurut sumber dalaman kompleks belia, bukan hanya kadar sewa dinaikkan,  kebersihan tidak dijaga, malah segala kemudahan yang ada di dalam  kompleks terbabit juga dinaikkan kadar sewaan hingga 200%. Negeri  Selangor memang terdesak cari duit untuk pilihanraya akan datang.
  Pengurus Besar MSNS Holdings telah dipanggil mengadap Khalid Gagap untuk  memberi penjelasan Isnin minggu lepas. Dan perkara ini masih dalam  perbincangan memandangkan kontraktor yang dilantik terus (Direct Nego)  oleh Pengurus Besar tidak mendapat perkenan MB dan iklan kontraktor  pembersihan perlu diiklankan semula.
  Ada beberapa lagi perkara yang akan JB dedahkan berkenaan semua  anak-anak syarikat milik Menteri Besar Incorporated (MBI) ini akan  datang. Dan segala maklumat yang dihebahkan ini dapatlah disebarkan  kepada umum supaya rakyat boleh menilai sejauh mana ketelusan Selangor  dalam mengurustadbir kerajaan.
Sumber : Jawa Bernam
Sumber : Jawa Bernam


0 comments:
Post a Comment