Powered by Blogger.

8 Ratus Sertai Demonstrasi Anti-SYABAS ! Habislah SYABAS !

Friday, 27 July 2012


8 ratus ??? Biar betik ???



Hahaha... Kalau aku tak kuar nombor ni entah apa yang puak pakatan nak spin dengan angka penyertaan demonstrasi Anti-SYABAS ni kan.



Hakikatnya, amat memalukan kerana wartawan lebih ramai dari peserta Anti-SYABAS !



Yang berdemonstrasi ni wartawan ke puak pakatan haram ni ???



Aku nak sebut pun malu-malu kucing sebab sebaik sahaja aku dapat gambar demonstrasi (seperti diatas) dan cerita penuh dari Presiden GAP, Saudara Hamidzun... serious, aku gelak sampai meleleh air mata.



The "painful truth" hanya 8 orang sahaja peserta Anti-SYABAS dalam demonstrasi ni.



Demo Anti-SYABAS dikepalai oleh Charles Santiago, MP Klang dan aku ulang sekali lagi hanya 8 orang termasuk si MP Klang ni pergi buat demo.



Jelas lagi nyata bahawa rakyat Selangor ni lebih berhemah kerana menolak sebarang ancaman keselamatan yang boleh diakibatkan dari apa jua bentuk demonstrasi yang dianjurkan pakatan haram.



Selain itu, ini adalah petanda bahawa rakyat Selangor sudah muak dan jelak dengan isu air yang tidak berkesudahan dipolitkkan oleh MB tanpa mengambil kira kepentingan kehidupan rakyat yang terjejas kerana masalah air ini.



Apa yang rakyat mahu adalah penyelesaian isu air dan bukan retorik MB yabg jadi kuda DAP !!!



Lawak juga demonstrasi ni, Anti-SYABAS tapi terhegeh-hegeh nak ambil alih SYABAS.



Tak ke bangang namanya tu ???



Keputusan tegas Kerajaan Pusat menolak rancangan kerajaan negeri yang mahu mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd (SYABAS) nyata tepat dan memenuhi kehendak majoriti penduduk Lembah Klang.



Serentak dengan keputusan tersebut, Kerajaan Pusat memutuskan untuk meneruskan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang Selangor (PPAMPS) walaupun tanpa kerjasama kerajaan negeri.



Langkah berani dan segera ini amat diperlukan demi menjaga kepentingan rakyat selain mengelakkan kesan buruk pada ekonomi negeri dan negara sekiranya masalah air terus dipolemikkan oleh kerajaan negeri yang hanya tahu berdolak dalik.



Ramai rakyat Selangor serta penduduk sekitar Lembah Klang yang mengurut dada berasa lega atas keputusan tersebut yang dikira sebagai petanda baik dan hikmah sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak.



Bagi mereka, kepayahan hidup yang terpaksa dilalui sewaktu krisis air 1998 agak perit untuk diharungi sekali lagi.



Malah sekiranya krisis seperti itu terjadi lagi sebagaimana diramalkan, tidak mustahil situasinya akan lebih teruk.



Projek Langat 2 bukan sekadar bakal mencegah risiko krisis air yang digeruni itu malah tidak salah jika diibaratkan umpama talian hayat penting bagi penduduk sekitar Lembah Klang.



Reputasi buruk kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Khalid Ibrahim yang masih gagal menyelesaikan masalah kutipan sampah sarap, jalan berlubang dan lain-lain tidak menyukarkan kita untuk membayangkan nasib SYABAS sekiranya berjaya diambil alih oleh kerajaan negeri.



Kemampuan sebenar Khalid hanya sekadar gah beretorik sahaja.



Cukuplah dua tahun dibazirkan begitu sahaja gara-gara terpaksa melayan kerenah Khalid Ibrahim yang masih berselindung disebalik tarif air dan penstrukturan semula syarikat bekalan air sedangkan kedua-dua perkara tersebut boleh dibincangkan kemudiannya.



Keutamaan sekarang ini ialah segera menyelesaikan masalah bekalan air bersih untuk kegunaan rakyat, itu yang sewajarnya menjadi prioriti kerajaan negeri sejak dulu lagi tapi malangnya Khalid lebih rela mempertaruhkan masa depan rakyat Selangor dan penduduk Lembah Klang.



Renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah...



Sayangi Selangor... Yakini BN...!!!

Sumber : Kita Gempur

2 comments:

AJAI62 27 July 2012 at 09:57  

Assalam Bro

8 EKOR beruk yang tak perlukan AIR TERAWAT.... Mereka ni minum air longkang ke apa Bro?... Atau menyahut ajakan Khalid supaya minum air LOMBONG sampai kembong perut...heheheeee Salam Ramadhan Bro

Ocean 13 27 July 2012 at 20:14  

hahaha..ok bro..salam ramadhan

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP