Powered by Blogger.

PAS Selangor TAKUT Berdebat Dengan Hasan Ali...

Tuesday 10 July 2012


PAS Selangor meminta ahli-ahlinya supaya menumpukan kepada usaha menghadapi pilihan raya umum daripada melayani karenah Presiden NGO Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr Hasan Ali yang menurutnya 'telah terpinggir'.

Dalam satu kenyataan semalam, akan ada debat di antara beliau dengan pesuruhjaya PAS Selangor Rabu ini (11 Julai).

Menurut kenyataan itu, lagi, PAS Selangor telah bersetuju agar pesuruhjaya Selangor serta ahli-ahlinya tidak melayani karenah Dr Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS negeri itu.

Sebaliknya, tegas kenyataan itu lagi, tumpuan parti itu adalah kepada pilihan raya umum akan datang.

"Mengapa Dr Hasan mahu berdebat dengan kita?

"Bukankah masalah yang ada di Selangor adalah masalah yang di timbul dan ditinggalkan oleh beliau sendiri sewaktu menjadi pesuruhjaya PAS dulu?" tambah kenyataan itu.

Menurutnya, prestasi PAS Selangor sekarang jauh lebih baik daripada zaman Dr Hasan menjadi pesuruhjaya.

"Kini beliau mahu berdebat. PAS Selangor dan Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dalam keputusannya, tidak melayani karenah bekas exco kerajaan negeri itu kerana dia pernah diberi peluang untuk berjuang dalam pasukan kerajaan negeri, tetapi gagal," tambahnya.

Sumber : DET

1 comments:

the434355 10 July 2012 at 11:46  

bukan ke najib kata debat bukan budaya kita?
bila anwar ajak najib berdebat x mau plak.
kata nak cari publisiti la
apa la
barisan nasional takut dgn bayang2 sendiri
takut kalah

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP