Powered by Blogger.

Semua diam hal pembiayaan Hilmi di Indonesia secara haram

Thursday, 12 July 2012

Pada awal bulan Februari tahun ini, 2012, negeri Selangor digegerkan oleh laporan dari Indonesia bahawa bekas teman lelaki ahli seorang exco kerajaan negeri, Helmi Malek ditahan di Batam, Indonesia kerana telah meliwati tempoh visa masuk.

Laporan portal berita Indonesia, Detik News memberitahu Helmi mengaku dia diminta menghilangkan diri dan dibiayai oleh PKR. Petikan laporan berikut:

“Saya memilih menetap di Indonesia walaupun izin tinggal telah berakhir karena di Malaysia oleh pihak keluarga dan pimpinan anggota Partai Malaysia menyarankan agar saya berubah dulu di Indonesia. Keselamatan saya tidak lagi terjamin di Malaysia ini terkait dengan ancaman terhadap saya oleh pemerintah Malaysia yang mungkin atau menjadikan saya sebagai tumbal dan alat politik dari pihak yang berkuasa di Malaysia,” kata Azmin kepada petugas Imigrasi Batam.

Hilmi menghilangkan diri dari rumahnya di Ampang sebaik saja tersebar gambar bogek exco kerajaan negeri, Elizabeth Wong di Internet pada bulan Februari 2009, tiga tahun dahulu, yang jauh lebih menggegerkan. Sebaik laporan polis dibuat oleh exco berkenaan, Elizabeth, Hilmi sudah tiada untuk dicari polis bagi membantu siasatan.

Apabila timbul berita ini dari Indonesia ini timbul dan dimainkan blog-blog, pejabat Menteri Besar Selangor telah membuat kenyataan bahawa pihak PKR akan membincangkan perkara ini di dalam mesyuarat, tetapi hingga kini PKR masih berdiam saja.

Hairanya, mengapa perlu kerajaan Selangor mengeluarkan kenyataan jika penangkapan ini melibatkan pihak berkuasa Indonesia dan Malaysia sahaja? Jika ianya hanya melibatkan PKR seperti yang disebut Hilmi kepada pemberita, kenapa juga perlu kerajaan Selangor mengeluarkan kenaytaan?

Adakah kerajaan Selangor terlibat mengacau urusan penyiasatan polis dengan membiayai kehidupannya di Indonesia atau membantu Hilmi lari? Secara kebetulan, Hilmi hilang dari rumahnya di Ampang dan memasuki Indonesia pada Februari 15hb, 2009 dan pada hari yang sama Elizabeth membuat laporan polis.

Tiga hari kemudian pada Februari 18hb, 20012 pula, satu sidang akhbar yang memuntahkan di ibupejabat PKR dimana Elizabeth mengumumkan mahu meletak jawatan dan menyatakan dirinya dicerobohi dan seksualitinya adalah haknya.

Beliau telah diapit oleh sebilangan pemimpin wanita PKR, DAP dan Muslimah PAS yang mana adegan menjijikan melihat mereka berpelukan tanda solidariti demi menghormati hak peribadi Elizabeth seolah-olah menyokong kehidupan tanpa moral Elizabeth.

Kenyataan Sekeretariat Akhbar berkenaan yang meragukan bertarikh Februari 8hb 2012 adalah berikut:

LELAKI DITAHAN DI INDONESIA: KERAJAAN NEGERI TELITI LAPORAN SEBELUM TINDAKAN SUSULAN

Kerajaan Negeri Selangor mengambil berat dengan spekulasi susulan laporan penahanan seorang lelaki oleh pihak berkuasa Indonesia yang dikaitkan dengan Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) dan Exco Kerajaan Negeri, Yb Elizabeth Wong.

Kerajaan Negeri akan meneliti laporan yang dibangkitkan media dan akan membuat tindakan susulan jika ia memberi implikasi kepada kerajaan, pemimpin dan pentadbiran Negeri Selangor.

Perkara ini juga akan dibawa ke Mesyuarat Biro Politik PKR pada Rabu ini dan sebarang keputusan akan diumumkan kepada rakyat dengan kadar segera.

Kerajaan Negeri berpendirian bahawa adalah tidak beretika jika terdapat sebarang cubaan daripada pihak-pihak tertentu untuk menyalahguna isu ini bagi mempertikaikan kredibiliti seseorang individu.

Kerajaan Negeri menyeru rakyat supaya tidak mengizinkan politik kotor dan serangan peribadi digunakan untuk mengalih pandangan terhadap agenda utama Kerajaan Negeri yang mentadbir Negeri Selangor secara telus, berkesan dan efektif yang diterapkan dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

DIKELUARKAN OLEH

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Laporan ini telah disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah yang telah dihubungi oleh Polis Indonesia.

Persoalannya sekarang: Setelah lima bulan, apa kenyataan PKR dan kerajaan negeri Selangor tentang perkara ini?

Adalah satu kesalahan melindungi dan termasuk membiayai pendatang haram di Indonesia telah berlaku? Ini bermakna kerajaan negeri atau parti PKR telah melanggar kedaulatan undang-undang negara jiran kita.

Apakah pendirian mereka pada perkara ini? Kenapa berdiam saja?

Adakah untuk melindungi rakan exco mereka Elizabeth Wong? Difahami beliau masih berhubung dengan Hilmi ketika dia di sana. Sepanjang keluarnya berita penangkapan Hilmi, Elizabeth telah hilang dari pandangan awam dan tidak menghadiri sebarang Majlis.

Elizabeth pun perlu jawab.

TQ Sel13

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP