Khalid Buat Lawak Sarkas Untuk Ambil Alih Syabas - Khalid Pegang 30% Saham Syabas !
Saturday, 21 July 2012
Khalid nak mengambil alih SYABAS ???
Kelakar betul bunyinya. Maka jika benarlah begitu, pasti melingkuplah Selangor !!!
Aku nak bagi satu contoh yang agak mudah, cuba kita amati semula isu sampah di Selangor.
Apa yang terjadi selepas pemecatan Alam Flora ???
Sana-sini sampah dengan melimpah ruah ke jalan dan tidak berkutip sedangkan heboh 1 dunia dicanangnya beli kompresor sampah dan kononnya kontraktor baru yang diupah lebih baik dan efisien dari Alam Flora.
Mana pergi kontraktor kroni yang patut kutip sampah tu ???
Apa yang dapat aku simpulkan disini, Khalid dan sekutunya hanyalah umpama TIKUS yang cuba nak baiki LABU.
Isu sampah pun tak dapat hendak diuruskan dengan baik, ini pula Khalid dan sekutunya berangan-angan hendak mengambilalih pengurusan SYABAS.
Pada aku, Khalid hanya cuba bermain wayang dengan meletakkan segala beban kesalahan kepada SYABAS demi menutup segala salah laku Pakatan di Selangor.
Apakah Khalid lupa bahawa Kerajaan Negeri Selangor mempunyai pegangan sebanyak 30% di dalam SYABAS ???
Apa sangatlah dengan Federal yang mana melalui MOF hanya 1 golden share dalam SYABAS.
Jika Khalid dan sekutunya terlupa, biarlah aku yang marhaen ni tolong ingatkan...
Pemegang saham SYABAS antaranya Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) memegang share terbesar sebanyak 70% daripada jumlah keseluruhan pegangan equity dalam SYABAS.
Manakala 15% pula equity dipegang oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan baki sebanyak 15% dipegang oleh Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS).
Kerajaan Persekutuan melalui Menteri Kewangan hanya memegang 1 "Golden Share" sahaja didalam SYABAS.
Apakah Khalid dan pakatan lupa bahawa sekarang ni maklumat hanya dihujung jari.
Tak malukah mereka terus-terusan menipu rakyat dan memperbodohkan rakyat ???
Kerajaan Negeri nak ambil alih SYABAS ??? Aku suka ulang soalan ni sebab agak kelakar untuk dikenang.
Pakatan di Selangor tidak perlu nak ambil alih pun SYABAS kerana mereka memegang saham sebanyak 30% di dalam SYABAS.
Sebagai pemegang saham sebanyak 30% didalam SYABAS, apakah sumbangan Khalid dan sekutunya bagi membantu rakyat dalam isu air ini ???
Tapi, kalau Khalid betul-betul nak ambil alih keseluruhan SYABAS, senang je prosedurnya.
Hanya perlu beli 70% saham milik Puncak Niaga tu. Habis cerita.
Persoalan lain pula muncul...
Apakah Khalid MAMPU ??? Apa pula aset Selangor yang akan dilelong demi mendapatkan 70% saham milik Puncak Niaga berkenaan ???
Andai Khalid benar-benar mahu mengambil alih keseluruhan pegangan saham SYABAS, ianya dah jadi topik komersial. Willing Buyers - Willing Sellers.
Jadi, tidak perlulah Khalid nak mempolitikkan isu ini kerana ia menampakkan lagi kebebalan dan kebodohan puak pakatan haram.
Seeloknya, Khalid selesaikan dulu hutang-hutang yang sedia ada.
Unisel dah nak nazak sangat tu. Kes Talam, RM1 billion dan tanah atas air pun pun belum dijelaskan. Isu pasir pun si Gagap dah jadi BISU.
Yang paling penting, uruskan dulu isu sampah di Selangor sebelum nak menyibuk pula urus air.
Sepatutnya, isu air ni biar pakar dibidang berkenaan yang uruskan bukan "pakar air liur" yang menyemak. Bagi kat kaki songlap ni jawabnya melingkuplah.
Cukup-cukuplah isu sampah yang tak terurus ini.
Buat Khalid Gagap, jangan lupa kutip sampah belakang kawasan rumah aku ni, dah penuh bersepah sampai kat jalan ni, 2 minggu tak kutip !!! Nak aku campak dekat laman rumah kau ke Khalid ???
Cukup-cukuplah menipu wahai Khalid.
Tunaikan dulu manifesto PRU-12 sebelum rakyat Selangor tendang Pakatan keluar dari Selangor.
Jangan ingat kami rakyat senang untuk ditipu dan diperbodohkan. Mungkin kami lebih cerdik dari kau Khalid !!!
Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah wahai rakyat Selangor... Sama-sama kita ubah dan jadikan hari esok lebih baik dari hari ini...
Sayangi Selangor... Yakini BN...!!!
Sumber : Kita Gempur
1 comments:
~ yakini BN pooorah... dulu Khir Toyol Mb ape jadi... toyol n d geng termasuk lu la kot geng toyol ni wat rete negeri s'or macm rete mak bapak die je... Tan Sri Khalid is the best!! kami rakyat Selangor bbangga ade MB yg berkredibiliti..!! lu org maner beb... kalau lu bukan org Selangor lu shut up..!! ~
Post a Comment