Powered by Blogger.

SPRM-adakah TALAM dan kerajaan Selangor kebal dari undang-undang?

Thursday, 26 July 2012


Chua Tee Yong dedahkan segala bukti dan fakta...

ISU TALAM beberapa minggu lalu begitu hebat didedahkan dan penyelewengan yang disertakan dengan bukti fakta serta dokumen jelas menunjukkan bahawa urusan TALAM penuh dengan segala kemusykilan dan wujud penyelewengan jelas antara Talam dan Kerajaan Selangor yan g dipimpin oleh PKR.

Namun segala pendedahan yang dilakukan oleh Pengerusi Biro Profesional Muda MCA,Chua Tee Yong seperti mencurah air ke daun keladi kerana sehingga ke hari ini,Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus berpeluk tubuh tanpa mengambil apa-apa tindakan dan mereka bagaikan menganggap pendedahan tersebut tidak ada value bagi dilakukan siasatan menyeluruh dan mendakwa sesiapa sahaja yang terbabit.

Barangkali SPRM menganggap tuduhan ataupun pendedahan itu tidak perlu dilayan kerana dibuat oleh MCA rakan kongsi Barisan Nasional tetapi andainya pendedahan itu dibuat oleh PAS,PKR ataupun DAP,sebelum subuh SPRM telah menunggu di pejabat ataupun dirumah untuk menyelongkar bagi mencari bukti dan menyita segala premis yang ada kononnya bagi melengkapkan siasatan.

Seperti ada `double standard’ dalam proses siasatan ataupun tindakan SPRM ini dan makin jelas ketara kalau mahu dibuat perbandingan dengan mana-mana bekas ataupun pemimpin kerajaan yang terlibat dalam rasuah ataupun penyelewengan,mereka tidak menunggu masa yang lama untuk memimpin tindakan dan mendakwa sekiranya cukup bukti terhadap mana-mana pemimpin kerajaan ataupun Barisan Nasional.

Mengambil contoh tindakan ke atas Khir Toyo,bekas MB Selangor,Ling Liong Sik,Bekas Menteri Pengangkutan dan Presiden MCA serta beberapa nama-nama lain,pasukan siasatan SPRM bertungkus lumus mengerjakan siasatan dan mencari ruang serta peluang untuk menghadapkan mereka ini di mahkamah dan kalau kalah pun,sekurang-kurangnya mereka Berjaya memalukan bekas-bekas pemimpin kerajaan ini.


Pendedahan mereka bagai curah air ke daun keladi..

Kita mahu bersangka baik kepada SPRM tetapi apabila melihat MCA seperti mencurah garam ke laut kerana pendedahan mereka tidak mendapat tempat,kita mula merasakan bahawa SPRM hilang minat untuk menyiasat kes TALAM CORPORATION ini dan SPRM haris menjadikan pengakuan kerajaan Selangor dan juga Tony Phua yang mengaku bahawa mereka tersalah tadbir urus urusan Talam dan kerajaan Selangor.Adakah pengakuan mereka ini dikira sebagai satu taubat dan SPRM tidak perlu membuka fail mereka?

Kadang-kadang kita mahu bersetuju dengan pandangan ramai bahawa kebanyakan anggota SPRM adalah penyokong pembangkang dan lihat sahajalah kes terhadap menantu Nik aziz,Arif ahmi termasuklah Nik Aziz sendiri betapa mudahnya mereka ini dibebaskan kononnya tidak terlibat dengan rasuah ataupun penyelewengan dan kita amat yakin andainya Nik Aziz ataupun Arif Fahmi itu anggota kerajaan ataupun ahli parti UMNO,mereka ini juga akan diseret ke mahkamah.

Kita melihat dengan jelas bahawa SPRM bagaikan menutup mata untuk menyiasat pimpinan kerajaan pembangkang seperti di Kelantan,Kedah,Pulauy Pinang dan Selangor sendiri dan bagi SPRM seolah-olah negeri pimpinan pembangkang itu maksum serta bersih daripada segala salah laku rasuah dan penyelwengan.

Isu penyelewengan dalam TALAM bukan sesuatu yang kecil dan melibatkan dagangan wang tunai yang cukup besar dan dilihat wujud unsur-unsur penyelewengan yang ketara antara Talam dengan kerajaan Selangor pimpinan Khalid Ibrahim dan kita juga ingin tahu apakah SPRM tidak berminat uintuk menyiasat dakwaan Pemikir Muda MCA ini?dan kalau tidak ada kes penyelwengan,SPRM harus mengeluarkan kenyataan supaya Talam boleh menjalankan urusan niaganya dengan licin dan tidak ada kecelaruan minda di kalangan rakyat Selangor.


Adakah SPRM menganggap isu Talam dan kerajaan Selangor ini adalah isu terpencil,kononnya mereka ada focus yang lebih besar untuk membenteras rasuah di kalangan pemimpin kerajaan dan Barisan Nasional daripada membuang masa menyiasat salah laku dalam pimpinan pembangkang?

SPRM harus menjadi badan bebas yang bukan sahaja dilihat bebas tetapi memiliki intergriti yang mengatasi kepentingan lain dan bila KP PAS dalam debat tempoh hari menuding jari kononnya indeks rasuah Malaysia cukup tinggi,ini sepatutnya dijadikan cabaran oleh mereka untuk membersihkan segala najis yang ditinggalkan dan siasatan jangan hanya kepada pemimpin kerajaan tetapi pimpinan pembangkang juga jangan sesekali mereka terlepas pandang.

Kita menunggu hasil daripada pendedahan MCA ini dan kita mahu wang rakyat Selangor diselamatkan dan SPRM jangan menganggap segala pendedahan MCA itu macam burung kakak tua kerana mereka juga adalah sebahagian dari rakyat Negara ini yang mahu keadilan ditegakkan dan kepada SPRM andainya pendedahan yang dibuat oleh MCA itu mengandungi fitnah,mereka ini juga perlu diambil tindakan kerana pendedahan mereka itu telah mengkacaubilaukan Negara.

Tetapi kita yakin pendedahan anak-anak muda dalam MCA itu ada bukti dan faktanya Cuma sekarang ini kita kurang yakin dengan SPRM yang dilihat semakin berat sebelah menguruskan kes yang melibatkan pembangkang dan kerajaan.

Sumber : Sanggah Tok Janggut

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP