Powered by Blogger.

Showing posts with label Ikrar Pemuda. Show all posts
Showing posts with label Ikrar Pemuda. Show all posts

Isu Roboh Kuil, UMNO Juga Dipersalahkan.

Wednesday, 12 December 2012



Pandaila UMNO yang roboh...asal ada masalah je..UMNO atau BN yang kena..siapa yang memerintah di Selangor? UMNO ka?

Tapi nampak sangat Pakatan dah menggelupur isu roboh altar hindu di sepang ni..

Mula-mula Exco Selangor, Xavier Jayakumar kata macam ni..




Selepas menerima banyak kecaman dan rakyat kaum India sudah mula mahu protes, Xavier Jeyakumar tukar cerita pulak..



Dia salahkan pegawai Majlis Perbandaran Sepang pulak...

Apasal dari haritu tak salahkan pegawai-pegawai tersebut??

Khalid Ibrahim apa pasal senyap? Anwar mana? Dulu tipu kaum India pasal buah pala..la ni takut terus nak komen pasal kaum India..haaa..

Hindraf mana pulak? Bila dah ada kuasa semua senyap...

Sumber

Read more...

Rumah Rakyat : Bezakan Yang Mana Berkebajikan

Wednesday, 8 August 2012

Sifat Berkebajikan Pakatan Haram di Selangor...


Rakyat miskin kena tunggu PKNS buat untung dulu...baru diorang boleh bagi..walhal haritu
Khalid punyalah bangga kerajaan Negeri ada simpanan tunai sampai Rm1.9 billion..apasal tak
disubsidikan untuk rumah rakyat??
Kalau mereka bangga dengan perumahan di Bukit Botak...itu bukan inisiatif Pakatan, itu projek lama!
Kenapa projek-projek di bawah ini yang naik? Yang mana untuk rakyat miskin dan sederhana Selangor?


Bezakan dengan Barisan Nasional...

Ada PM kata nak dapat untung dari rakyat? Ada PM kata kena ikut harga pasaran? Ada PM kata Syarikat Perumahan Negara Berhad kena bersaing untuk dapatkan pembeli macam PKNS sekarang?

Kalau nak tengok balik..jom kita tengok apa misi PKNS sebenar..


Tapi itucerita lama..sekarang hasil "kepandaian" Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, iaitu Anwar Ibrahim PKNS sudah tukar..baca kat bawah...



Cuba tengok vision and mission....Mana menghilang AGENDA BUMIPUTERA?? Kenapa ubah?
Dan PKNS juga kini digunakan untuk beli hutang Talam...NEGERI BERKEBAJIKAN???

Sumber : Ikrar Pemuda

Read more...

TAHAP "BERSIH" PAKATAN DI SELANGOR RENDAH?

Monday, 30 July 2012

Cuba tengok papantanda Zon Bersih pakatan rakyat di Selangor..dekat papan tanda tu sendiri bertimbun sampah, longkang tak bersih, sticker ah long di tampal..

INIKAH BERSIH DI MATA PAKATAN RAKYAT???

Patut la China Doll, "aiskrim" dan gambar-gambar "hutan simpan" jadi amalan PKR!

Lepas tu sibuk nak buat perhimpunan BERSIH lah ape lah...CERMIN LA DIRI TU DULU WOOIII

Sumber: Ikrar Pemuda

Read more...

GEMPAR : MPSJ TINDAS KONTRAKTOR


Makin kalut......itulah gambaran yang dapat diluahkan terhadap arahan terbaru pihak pengurusan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), kepada kontraktor pembersihan yang mencari rezeki halal di MPSJ.....bukan untuk memudahkan malah menjerat nasib kontraktor bumiputera.

Manakan tidak....setelah berjaya memenangi kontrak pembersihan pihak MPSJ mengenakan pelbagai syarat sebelum kontraktor memulakan tugas mereka sebagai kontraktor pembersihan.

Kalau syarat yg dikenakan itu berkaitan dengan hal hal pelaksanaan kerja tak apalah juga, kontraktor memang faham dan akur dengan arahan berkenaan tambahan pula arahan berkenaan tertulis di dalam borang kontrak semasa kerja kerja membida kontrak dilakukan.

Tetapi, arahan terbaru yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan MPSJ iaitu mengenakan bayaran satu peratus sebagai wang pembiayaan perjanjian kontrak...amat amat diragui serta menimbulkan rasa tidak adil terhadap mereka.

Arahan sebegini langsung tidak pernah berlaku di MPSJ....malah arahan ini langsung tidak pernah dilaksanakan di mana mana majlis perbandaran seperti Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, atau mana mana majlis perbandaran di Selangor....

Mungkin, sekali imbas kita lihat jumlah bayaran ini agak kecil iaitu satu peratus bagi setiap kontraktor yang menjalankan kerja kerja pembersihan...tetapi kalau kita halusi jumlah keseluruhannya besar dan memeranjatkan....

Sebagai contoh, seorang kontraktor mendapat jumlah kontrak sebulan sebanyak RM 20 ribu...satu persen dicaj kepada nilai kontrak bulanan berkenaan bermakna kontraktor berkenaan harus membayar RM 200 sebulan. Bayangkan RM200 sebulan selama 24 bulan (jangkamasa setiap kontrak), bermakna kontraktor dikenakan bayaran sebanyak RM4,800 jumlah keseluruhannya.

Contoh ini hanya untuk satu kontraktor dengan nilai kontrak yang agak minima....cuba bayangkan pula kontraktor yang mendapat nilai kontrak yang agak besar sudah pasti bayaran yang dikenakan juga akan bertambah besar.

Paling memeranjatkan pula jumlah kontraktor yang mendapat kerja kerja di MPSJ tidak kurang dari 200 syarikat.....dengan jumlah yang sebegini banyak pastinya caj yang akan diperolehi oleh pihak MPSJ akan mencecah ratusan ribu ringgit malah sampai ketahap jutaan ringgit.

Pokok persoalannya sekarang ialah mengapa arahan ini dikeluarkan kepada kontraktor setelah mereka berjaya mendapat kontrak yang mereka bida. Dimanakah ketelusan yang dilaung laungkan oleh Kerajaan Selangor, mengapa arahan ini tidak tercatat di dalam borang tander? Serta....perkara yang menjadi persoalan di kalangan kontraktor arahan menandatangan perjanjian kontrak hendaklah dibuat dengan syarikat guaman luar yang dilantik oleh MPSJ.

Satu persen caj yang dikenakan itu adalah bagi tujuan kos perjanjian kontrak dengan syarikat guaman berkenaan.....dengan mudah saja syarikat guaman berkenaan meraih keuntungan besar.....

Mengapa pihak MPSJ perlu melantik syarikat guaman luar untuk membuat perjanjian ini? Sedangkan pihak MPSJ mempunyai Jabatan Undang Undangnya sendiri yang diketuai Pengarahnya Puan Anita Abd Jalil....sebelum ini semua urusan dilaksanakan oleh Jabatan Undang Undang MPSJ dan mengapa kali ini diberi kepada syarikat guaman luar.....

Perlu diingat bahawa perlantikan agensi luar untuk melaksanakan sesuatu dasar haruslah dibuat mengikut peraturan dan ketetapan yang sedia ada. Sebelum sesuatu perlantikan dibuat, jawatankuasa yang terdiri daripada Yang dipertua Majlis Perbandaran beserta beberapa orang Ahli Majlis haruslah bermesyuarat dan mengemukakan cadangan ini.

Setelah cadangan ini dipersetujui oleh jawatankuasa berkenaan, perlu pula dibawa ke mesyuarat penuh Majlis Perbandaran bagi tujuan kelulusan. Setalah segala sudut diselidiki dan dikaji membabitkan kepentingan rakyat, barulah diberikan kelulusan. Walaupun telah diberikan kelulusan dan sekiranya terdapat bantahan awam, satu jawatankuasa perlu ditubuhkan bagi menilai semula cadangan berkenaan. Inilah dikatakan buat kerja untuk rakyat bukannya menindas rakyat.

Dari maklumat yang diperolehi, perlantikan syarikat Guaman ini langsung tidak dibawa didalam mana mana jawatankuasa. Dan, sekiranya ini yang berlaku bagaimana pula pihak MPSJ boleh mengarahkan semua kontraktor pembersihan membayar wang berkenaan?

Persoalan yang menjadi tandatanya?

i- Mengapa arahan dibuat tidak ditulis di dalam borang tender bagi memudahkan kontraktor membuat persiapan?

ii- Mengapa Majlis Perbandaran lain di Selangor tidak mengenakan caj ini?

iii- Ketelusan melantik syarikat guaman luar tidak mengikut prosedur yang betul.

iiiv- Siapa yang melantik syarikat guaman ini?

v- Syarikat guaman memperolehi keuntungan atas angin ratusan ribu ringgit.

vi- Apa peranan Jabatan Undang Undang di bawah Pengarahnya Puan Anita Abdul Jalil....apakah sekadar bergantung pada sumber luar?

Arahan dikeluarkan pihak MPSJ....sekiranya ada di kalangan kontraktor gagal membuat pembayaran berkenaan bermakna tander mereka akan ditarik balik? Inikah keadilan?

Kalangan kontraktor dan rakyat yang tahu isu ini mengharapkan agar tindakan pembetulan segera dilakukan oleh pihak MPSJ dan kepekaan Menteri Besar Selangor dituntut bagi menjaga kepentingan semua pihak.

Kita tidak mahu disebabkan hal hal begini, slogan SELANGORKU hanya sekadar slogan semata mata...rasuah semakin berleluasa dan rakyat semakin tertipu, kontraktor Bumiputera bukan saja ditekan pihak atasan tetapi tidak ada siapa opun yang membela mereka.

Pihak MPSJ juga diingatkan, jika tidak ada jalan terbaik dilakukan bagi mengatasi masalah ini, kontraktor akan membuat aduan kepada SPRM bagi menungtut keadilan....

Sumber : Ikrar Pemuda

Read more...

SELANGORKU UNTUNG DARI RM40 JUTA KE 100 JUTA??

Sunday, 22 July 2012


Memang la naik dari RM40 juta ke RM100 juta...tapi bukan rakyat Selangor yang dapat..tetapi Talam yang dapat...siapa yang rugi? Rakyat Selangor la yang rugi sebab KEPANDAIAN Khalid Ibrahim menjadikan tanah yang dibeli kerajaan negeri Selangor sudah terlebih bayar sebanyak RM100 JUTA!!! Tanah tu pulak tanah DALAM AIR!!!



ANWAR SEBAGAI PENASIHAT EKONOMI RM1 AJAR KHALID BELI TANAH DALAM AIR KA? Teringat kata-kata Tun M, you pay peanut you get MONKEY!!

Sumber : Ikrar Pemuda

Read more...

GEMPAR !! SURAU SAMPAH DI PUCHONG

Friday, 6 July 2012


Inilah hasil negeri kebajikan yang dicanangkan oleh Pakatan Rakyat di Selangor. Masalah sampah yang kononnya boleh diselesaikan dengan pembelian 50 buah compactor ternyata satu cerita bohong yang cukup melampau.

Gambar yang anda saksikan kali ini adalah bukti bagaimana kononnya masalah sampah di Selangor yang berjaya di selesaikan dengan baik oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Sampah berlonggok dihadapan sebuah surau di Puchong Selangor.

Mengikut kata penduduk disekitar flat yang berdekatan, ada 2 rumah sampah yang disediakan di kawasan tersebut. Tetapi kontraktor yang melakukan kutipan sampah tidak mengikut jadual yang ditetapkan. Ada masanya sehingga ulat-ulat sampah berjalan keluar dari rumah sampah yang disediakan.

Inilah masalah yang sinonim dengan pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Sampah adalah kesan sampingan yang dihadapi oleh masyarakat Selangor setelah memilih Pakatan Rakyat menjadi kerajaan mereka.


Sumber : Ikrar Pemuda

Read more...

KHALID SAMAD TERBOGELKAN ANWAR?

Monday, 25 June 2012

ah kah kah..Khalid Samad ingat dia pandai..dia tunjuk video kononnya kata BN nak beli ahli parlimen..tapi dia lupa yang Presiden dia sendiri kata kamera video itu hanya besi dan tak boleh jadi saksi..dan macamana dengan video Anwar hantam China Doll? Secara tak langsung Khalid membuka semula persoalan video seks Anwar..terima kasih Khalid Samad

Read more...

ANWAR PUNCA PAKATAN KALAH?

Wednesday, 20 June 2012


Anwar memburukkan lagi Pakatan. Walaupun dengan auranya, Pakatan menang banyak kerusi dan juga menakluk beberapa negeri dalam PRU 12, namun politik bukan sahaja mengenai memenangi kerusi, tetapi bagaimana memperjuangkan nasib dan juga mempertingkatkan kehidupan pengundi yang mengundi. Tetapi, ternyata, Anwar gagal menerajui Pakatan dalam hal ini.

Yang lebih terpancar ialah betapa buruknya perangai Anwar sebagai Ketua Pembangkang walaupun sudah memenangi beberapa negeri termasuk menjawat jawatan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Rakyat sudah mula mempertikai.. Apa yang Anwar buat dalam 4 tahun ini terutamanya untuk Selangor? Asyik-asyik ceramah sana, ceramah sini, buruk-burukkan kerajaan dan tiada satu pun projek yang benar-benar memberi manfaat telah dia lancar atau dia beri idea terutamanya di Selangor. Yang banyak hanyalah pembangunan rumah mewah, dan bangunan-bangunan komersial yang hanya memenuhi poket masing-masing dan bukan untuk membantu rakyat. Selain itu, di Selangor, masalah kutipan sampah masih berlanjutan dan ditambah lagi dengan peningkatan pekerja-pekerja seks ataupun GRO di Selangor amat merisaukan rakyat negeri ini. Apa yang Anwar dah buat untuk mengatasi masalah ini khususnya untuk rakyat Selangor?



Pada masa yang sama, Perdana Menteri turun padang bukan sahaja di Selangor, tetapi ke seluruh pelusuk tanahair melancarkan bermacam-macam program, projek dan memberikan bantuan khas untuk rakyat. Perancangan juga dijalankan dengan rapi demi memajukan negara seperti gagasan 1Malaysia, program GTP dan sebagainya..


Tapi apa yang Anwar buat? Ada tak Anwar turun di Selangor lancar apa-apa projek mahupun bantuan kepada rakyat? TIADA?

Jadi takkan kita nak berharap pada SAUDAGAR MIMPI seperti Anwar? Yang hanya reti bercakap, bercakap dan bercakap..DAH LA BANYAK SANGAT BERCAKAP..KERJA TAK BUAT PON UNTUK RAKYAT..MENIPU PULAK LAGI!!!



Ini belum cerita pasal aksinya bersama China Doll, aksi sembah mayat Teoh Beng Hock, serta penipuan 16 September yang dikenang sebagai PENIPUAN TERBESAR DALAM SEJARAH POLITIK MALAYSIA dan sebagainya! Terbaru, akuan bersumpah bekas Gabenor Bank negara mengesahkan pula akaun berbillion Anwar..jadi apa sebenarnya Anwar dah buat untuk rakyat Selangor ni??

Sumber : Ikrar Pemuda

Read more...

BUDAYA MAKSIAT, ARAK SUBUR DI PUCHONG

Monday, 11 June 2012




Beer seringgit di Puchong...PAS buat apa?

Tengok kat bawah ni pulak, pusat urut seks di Puchong diserbu pihak polis..
**Viewer Discretion is Advised**


Rumah urut puchong yang baru sahaja diserbu Pihak Polis bulan lepas masih beroperasi dan telah diserbu lagi pihak polis.. Mana PAS? PAS sekarang dah ada kuasa dalam kerajaan negeri Selangor? Apa yang mereka buat di Puchong? Dah kowtim ke?

Sumber : Ikrar Pemuda

Read more...

PR AMALKAN PENDIDIKAN PERCUMA DI SELANGOR?

Tuesday, 24 April 2012


Sebagai kerajaan yang mereka sendiri labelkan BERKEBAJIKAN..seharusnya di Selangor ini, pendidikan tidak menjadi bebanan untuk rakyat..Apa tah lagi bila Anwar menyatakan tentang pemansuhan PTPTN dan pendidikan percuma jika mereka menang nanti..

Pakatan telah menang di Selangor..tetapi kenapa tidak PERCUMA kan pendidikan di Selangor? Kalau di Selangor pon tak mampu nak buat...macamana rakyat nak harap mereka buat di peringkat kerajaan?

Dan Anwar juga dulu pernah jadi Pemangku(k) PM, Timbalan PM, Menteri Kewangan, Menteri Belia dan Sukan...kenapa dah berbelas tahun jadi orang penting dalam Kabinet tak terfikir pon untuk PERCUMA kan pendidikan?

Sumber : Ikrar Pemuda

Read more...

TARAF RISALAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Wednesday, 11 April 2012

Rakyat dah mula muak dengan kerajaan negeri..sampaikan risalah kerajaan negeri pon tak di endah...dahla membazir...lepas tu ia hanya layak diletakkan bersama kasut dan selipar rakyat sahaja...begitulah betapa tidak lakunya kerajaan negeri PR..


Sumber : Ikrar Pemuda

Read more...

IBU TUNGGAL MANGSA TERBARU SELANGORKU!

Thursday, 5 April 2012

Di negeri Selangor, nasib rakyat miskin semakin tidak terbela. Demi keuntungan dan tiadanya hati perut, kerajaan ZALIM Selangorku bawah pererintahan kejam Khalid Ibrahim telah meroboh gerai ibu-ibu tunggal di Shah Alam. Kerajaan bawah pimpinan PKR ini langsung tidak berhati perut memikirkan nasib ibut-ibu tunggal ini yang masih terikat dengan pinjaman yang harus dibayar tiap-tiap bulan. Walhal, kerajaan PKR sepatutnya datang membantu golongan seperti ini yang tiada tempat bergantung..namun KERAJAAN BERKEBAJIKAN yang sering dilaung-laungkan ini akhirnya mencurah pasir ke periuk nasi rakyat...yang hanya IBU TUNGGAL..


Sumber : Ikrar Pemuda

Read more...

HADIAH TERBARU RAKYAT SELANGOR! AIR LOMBONG

Tuesday, 27 March 2012




Kah kah kah..padanlah muka rakyat Selangor..selepas tanah dikorek berlobang-lobang di negeri Selangor ini untuk projek Pasir Khalid dan Anwar...Pakatan menghadiahkan lagi satu hadiah istimewa..

AIR LOMBONG!!



Tah siapa beral kencing dan ada bangkai kat lombong tu..pastu nak bagi rakyat minum air tu...EIIII MEMANG PAKATAN NI PENGOTOR LA..

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP