Powered by Blogger.

PAKATAN CELAKA!! DEWAN ORANG RAMAI DIKUNCI!!

Tuesday, 3 July 2012


Ahad lepas satu himpunan aman telah diadakan di hadapan dewan orang ramai bagi mendesak Majlis Daerah Sabak Bernam menanggalkan tali penghadang dan membuka semula mangga kunci di dewan tersebut. Bantahan tersebut dibuat kerana Majlis Daerah Sabak Bernam tidak membenarkan penduduk kampung menggunakan dewan tersebut memandangkan dewan itu adalah dalam bidang kuasa pihak PBT.

Dato' Warno Dogol, ADUN Sabak memberitahu, perhimpunan ini menunjukkan penduduk tempatan tidak berpuas hati kerana Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) meletakkan tali penghadang di bangunan ini semasa bangunan ini dibaik pulih. Sebelum ini MDSB tidak pernah mengambil tahu tentang permasalahan dewan ini. Sebelum ini, dewan ini terbiar usang tiada pihak MDSB ambil inisiatif membaikpulih dewan ini. Selaku ADUN Sabak, Dato' Warno telah meminta dana dari Kementerian Luar Bandar sebanyak RM300 ribu untuk membaik pulih segala kerosakan dan apabila dibaik pulih kelak dapatlah manfaat untuk masyarakat setempat.

Sejak pakatan memerintah Selangor, dewan ini memang tidak terurus. Ini menjadi satu kerugian dan bermakna MDSB tidak menjaga harta MDSB sendiri. Ini juga duit rakyat, kita tak perlu bazirkan rakyat. Kerajaan negeri memang tiada inisiatif untuk membaik pulih kerosakan yang berlaku pada fasiliti MDSB seperti stadium Sg. Besar dan Sabak Bernam.

Demo ini adalah untuk meminta kerajaan negeri pakatan khususnya MDSB sebagai PBT tidak menghalang para kontraktor melakukan tugas membaikpulih tersebut. Penduduk kampung berang dengan tindakan MDSB yang membantutkan tugas kontraktor untuk membaikpulih dewan dan menambahkan lagi masalah yang sedia ada timbul.

Kerajaan negeri harus bertanggungjawab dan harus cari jalan penyelesaian.

Sumber : Jawa Bernam

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP