Powered by Blogger.

MB Selangor Enggan Dedah Rahsia Dengan Faekah ??!!!!

Tuesday, 3 July 2012



RM 300 Juta merupakan contoh paling sesuai untuk mengambarkan betapa kerajaan Parti Keadilan rakyat (PKR) Selangor mengamalkan politik kotor.

Koordinator Barisan Nasional Negeri Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, Abdul Khalid sehingga kini masih berdolak - dalik dalam mendedahkan sumber sebenar wang RM300 juta tersebut.

Kerajaan Pakatan Rakyat mengaku ia adalah hutang yang dikutip namun dalam kenyataan lain, Si Khalid gagap sendiri mengaku dana itu tidak termasuk hutang Talam Corporation yang dikutip kerajaan negeri. Tiada sebarang data terperinci menjelaskan sumber kewangan tersebut. Tambah menghairankan, kelulusan sejumlah besar wang itu langsung tidak melibatkan pegawai kewangan negeri tetapi melalui beberapa individu dalam Perbadanan Menteri Besar (MBI) termasuk Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin sendiri.

Tindakan Menteri Besar Selangor itu mendedahkan sumber wang itu hanya kepada Exco kerajaan negeri sahaja, menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan Geran Selangorku tersebut. Percaya bahawa geran tersebut merupakan dana khas Pilihan Raya Umum ke-13 yang cuba disembunyikan kerajaan negeri dan Menteri Besar sendiri. Tambah menghairankan, kenapa perlu kuasa mutlak Menteri Besar untuk menentukan kepada siapa peruntukan itu akan disalurkan jika kaedah tender terbuka diguna pakai?

Berdasarkan maklumat dalaman, Faekah sebenarnya yang mengawal pengagihan wang itu dan perkara tersebut berlaku di luar pengetahuan Menteri Besar sendiri. Persoalan yang ditimbulkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mengenai ke mana wang itu sebenarnya dibelanjakan, juga tidak boleh dijawab dengan baik oleh Menteri Besar Selangor.

Belum ada sebarang maklumat rasmi mengenai angka-angka tersebut selain hanya pengumuman yang dibuat sekadar mengaburi mata rakyat.

Faekah merupakan duri dalam daging kepada pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang di negeri Selangor dengan contoh terbaru tindakan Setiausaha politik Menteri Besar itu memberikan surat sokongan untuk firma guaman yang mempunyai kaitan keluarganya kepada Permodalan Negeri Selangor Bhd. (PNSB).

Tindakan Faekah itu diakui sendiri oleh Menteri Besar malah dengan bersahaja menyatakan ia tidak menjadi kesalahan. Sedangkan Menteri Besar pernah menggantung Yahya kerana menyalahgunakan kepala surat Pejabat Menteri Besar untuk mengutip derma daripada syarikat-syarikat swasta bagi sambutan 100 hari pemerintahan pakatan pembangkang di negeri ini.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP