Powered by Blogger.

Kewangan UNISEL Nazak - Khalid Dicabar Perjelas Dalam Tempoh 1 Minggu !

Tuesday 3 July 2012


Belum reda isu Faekah bersama Khalid dan RM 300 juta, kini terburai pula pendedahan akaun UNISEL.

Apakah kali ini Khalid akan terus sembunyikan "egg"nya sepertimana biasa ???

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar mencabar dan memberi tempoh seminggu kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mendedahkan kedudukan kewangan terperinci Universiti Selangor (Unisel).

Beliau berkata pendedahan laporan terperinci mengenai kedudukan kewangan universiti milik kerajaan negeri itu termasuk jumlah tunai dan hutang terkini, perlu dilakukan bagi menangkis dakwaan bahawa Unisel sedang menanggung kerugian.

“Saya mempunyai laporan akaun terkini Unisel dan menunjukkan ia berada dalam keadaan nazak dan saya tidak akan cakap kalau saya tidak ada bukti,” katanya pada sidang media di Bangunan Umno Selangor di sini hari ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata sejak parti pakatan pembangkang mengambil alih, Unisel menghadapi pelbagai isu termasuk pertukaran Naib Canselor dan peletakan jawatan beberapa individu dan digantikan dengan pemimpin pembangkang daripada PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata kerajaan Selangor meletakkan tiga wakil politik dalam pentadbiran Unisel iaitu Setiausaha Politik Menteri Besar Faekah Hussin, Anggota Parlimen Merbok Datuk Rashid Din dan Anggota Parlimen Hulu Langat Che Rosli Che Mat sebagai Anggota Lembaga Pengarah universiti itu.

“Jika zaman BN mentadbir dahulu kita hanya letakkan seorang sahaja wakil kerajaan negeri iaitu Exco Pendidikan, tetapi mereka jelas meletakkan orang politik yang mempengaruhi sebarang tindakan dan keputusan universiti itu,” katanya.

Noh turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri melantik tiga Timbalan Naib Canselor dengan gred gaji Jusa B berbanding seorang sahaja semasa di bawah BN dan mewujudkan jawatan Pendaftar Kanan dengan gred gaji yang sama dalam pentadbiran Unisel.

Noh turut mendesak Abdul Khalid menunaikan janji untuk mendedahkan maklumat pemberian kontrak secara rundingan terus di bawah pentadbiran kerajaan Selangor.

“Saya desak mereka dedahkan secepat mungkin, atau mereka boleh dedahkan ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadualkan pada 9 Julai ini. Jika mereka gagal melakukannya saya akan bantu mereka dedahkan,” katanya. - UMNO Online

Khalid cuma ada seminggu untuk perjelaskan tentang kedudukan kewangan UNISEL. Tak lebih dan tak kurang.

Jika Khalid masih nak senyap, maka fahamlah rakyat Selangor bahawa dakwaan Noh Omar ini benar. Sama seperti pendedahan kes Pasir yang Khalid masih lagi senyap sampai hari dan tidak langsung mahu perjelaskan kepada rakyat !

Sumber : Kita Gempur

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP