Powered by Blogger.

Bukti Faekah Melanggar Arahan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor

Friday 6 July 2012

Khalid Ibrahim terus mengambil sikap mempertahankan Setiausaha Politik beliau, Cik Faekah Husin berhubung pengeluaran surat sokongan yang menggunakan kepala surat Pejabat Menteri Besar Selangor terhadap firma guaman anak saudaranya.

Dua hari lepas Khalid Ibrahim sekali lagi mempertahankan Faekah dengan cara yang melampau apabila berkata kes Faekah tidak sama sepertimana kes surat sokongan yang dikeluarkan oleh dua Ahli Majlis Perbandaran Klang. Untuk pengetahuan pembaca, dua Ahli Majlis berkenaan dipecat kerana mengeluarkan surat sokongan kepada syarikat milik ahli keluarga mereka.

Mengikut laporan malaysiakini.com apabila ditanya pemberita mengapa kerajaan negeri mengambil sikap yang berbeza dalam isu melibatkan Faekah, Khalid hanya menjawab “sebab itu saya tidak mahu mengulas perkara ini”.

“Ya (isu yang berbeza)… Sama ada iya atau tidak, surat itu adalah surat sokongan, ia juga merupakan isu yang lain. Ia akan dibincangkan.”

Jelas Khalid Ibrahim tidak boleh memberikan jawapan yang meyakinkan mengenai perbezaan kes Faekah dan dua Ahli Majlis berkenaan.

Jawapan Khalid itu telah membuatkan ahli-ahli PKR semakin tidak berpuas hati kepadanya kerana mengamalkan sikap pilih kasih yang melampau. Sikap tidak puas hati orang-orang PKR itu telah diluahkan kepada kami dalam satu pertemuan yang diadakan pada hari Khamis.

Dalam pertemuan itu kami juga turut dibekalkan satu pekeliling yang dikeluarkan oleh Kerajaan Selangor pada tahun 2010. Pekeliling yang dinamakan sebagai PEKELILING SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR BILANGAN 2 TAHUN 2010 yang mana secara terang dan jelas tercatatkan didalamnya bahawa, arahan Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Selangor ke 27 pada tahun 2010 yang bertarikh 28 Julai 2010 pemberhentian pengeluaran surat sokongan bagi urusan perniagaan. Pengerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor adalah Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri.

Pekeliling larangan surat sokongan berunsur perniagaan

Surat sokongan berunsur kebajikan dibenarkan namun jabatan atau agensi tidak terikat untuk buat keputusan

Tindakan Khalid Ibrahim mempertahankan Faekah yang terang-terangan telah melakukan kesalahan dengan melanggar arahan MMKN adalah sesuatu yang memalukan. Beliau yang sendiri yang mempengerusikan mesyuarat berkenaan sehingga keputusan dibuat, kini beliau sendiri yang mempertahankan orang yang melanggar arahan yang diputuskan MMKN .

Persoalan yang timbul juga , kenapa tidak ada seorang pun ahli MMKN yang berani bersuara berkenaan hal ini ? Sedangkan selama ini merekalah yang lantang mengkritik dan menuduh parti lawan mengamalkan rasuah, pilih kasih, kronisme, penyelewengan dan bermacam-macam tuduhan lain. Sekarang apabila ada sesama mereka yang melakukan kesalahan mereka tidak berani untuk bersuara bagi menyatakan kebenaran. Lebih malang lagi apabila ahli-ahli MMKN dari parti islam juga tidak berani untuk menyuarakan kebenaran.

Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa parti-parti yang memerintah Selangor sekarang tidaklah telus dan bersih sepertimana yang dikatakan mereka. Selama ini mereka lantang menuduh parti lawan dengan pelbagai tuduhan buruk. Namun mereka sendiri lebih teruk dari apa yang mereka tuduh kepada parti lawan.

Segala bukti telah terbentang didepan mata , namun mereka masih tetap mempertahankan orang yang melakukan kesalahan.


TQ Sel13.com

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP