Powered by Blogger.

DAP MULA MENGKHIANATI PKR & PAS. DI SELANGOR.

Sunday, 1 July 2012



SELCAT adalah baby DAP. Satu projek dan alat bagi DAP memusnahkan dan menghancurkan PKR & PAS. SELCAT juga menjadi saringan DAP memlih dan menentukan pucuk pemimpin di dalam PKR & PAS. Tidak pernah seorang pun pemimpin DAP dihadapkan kepada SELCAT walaupun dalam siasatan Suruhanjaya DiRaja Teng Beng Hock ada saksi mengemukakan bukti penyalahgunaan kuasa dan amalan rasuah oleh pemimpin DAP. Setakat ini SELCAT hanya digunakan sebagai satu bentuk propaganda licik dan jelek DAP bagi menggambarkan kelemahan dan keburukan orang Melayu menjadi pemimpin.

Selanjutnya dibuktikan lagi mengenai salahlaku penyelewengan kuasa dan amalan rasuah yang bermaharajalela di kalangan pemimpin DAP. Bahkan adanya sms yang berbunyi ' DAP perlu dibersihkan dari pemimpin sampah macam Ronnie Liu dan Teresa Kok'. Di Pulau Pinang, kita melihat dengan penuh geram bagaimana Guan eng menjadi seorang diktaktor tulin mirip Lee Kuan Yew. Di Perak, kita melihat bagaimana Jawatankuasa Displin DAP Pusat membebaskan kesalahan rasuah dan amalan penyelewengan kuasa oleh Nga Kor Meng. Kita melihat juga bagaimana DAP memecat Naib Presiden DAP yang menjadi senator kerana tidak bersetuju dengan BERSIH 3.0. Kita juga menyaksikan bagaimana Guan Eng membazirkan RM 5 juta wang rakyat dengan merobohkan kompleks parkir awam di Bukit Bendera. Kita menyaksikan bagaimana Guan Eng menjadi broker tanah di Pulau Pinang dan mengenepikan pembinaan rumah kos mampu beli. Kita juga menyaksikan bagaimana pemimpin DAP yang menguasai PBT berlagak sombon dan angkuh serta mendiskriminasikan kakitangan Melayu di dalam PBT. Kita juga menyaksikan bagaimana DAP masuk campurtangan dalam urusan perlantikan AJK Masjid di Selangor dan di Pulau Pinang. Kita juga menyaksikan bagaimana pemimpin DAP Kedah mampu mengugut Menteri Besar Kedah dalam isu pembukaan pusat maksiat semasa bulan Ramadan.

Suatu ketika dulu semasa berada di dalam Angkatan Perpaduan Ummah, DAP tidak teragak-agak untuk keluar A.P.U kerana kehilangan banyak kelebihan. . KINI DI DALAM PAKATAN RAKYAT, PAS SUDAH BANYAK KEHILANGAN KELEBIHAN BERBANDING DAP. MANAKALA DOMINASI PKR SEMAKIN TERHAKIS APABILA DAP MENGGUNAKAN SELCAT UNTUK MEMBURUKKAN IMEJ PKR DAN PAS SECARA ISTIBQAMAH. DAP TAK PERNAH BERMINAT UNTUK WIN-FOR-ALL DALAM PAKATAM SEBALIK MENGAMBIL PENDIRIAN WINNER TAKES ALL-LOSER JADI KUDA.

Sumber : Jas Salleh

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP