Powered by Blogger.

PAS Baru Nak Jadi `Hero', BN Dah Lama perjuangkan pemansuhan Tol Batu Tiga & Tol Sg Rasau

Wednesday, 16 May 2012

Perjuangan UMNO dan Barisan Nasional Shah Alam terhadap tuntutan penghapusan Plaza Tol Batu Tiga, Shah Alam dan Sungai Rasau, Klang di lebuh raya itu bukan bermotifkan politik untuk meraih sokongan rakyat, lebih-lebih lagi dilihat PRU13 dah semakin hampir, ujar Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi Md Zin.

Oleh itu, soal PAS tiba-tiba nak jadi ‘hero’ dalam memperjuangkan isu yang sama, tidak menjadi persoalannya kerana UMNO dan BN buat semua ini untuk rakyat dan kita bersungguh-sungguh serta konsisten bawa isu ini kepada Kerajaan Pusat untuk dipertimbangkan, malah telah menghantar memorandum kepada Setiausaha Politik Menteri Kerja Raya, Jun tahun lalu ketika Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Shah Alam lagi.

“Kita tetap dengan pendirian kita bahawa desakan pemansuhan dua tol di Lebuh Raya Persekutuan adalah semata-mata untuk memperjuangkan hak rakyat.
Ini kerana, kita merasakan perkara ini (pemansuhan tol) terlalu lama. Rintihan rakyat dan mendengar denyut nadi mereka memang menjadi tanggungjawab kami membantu masyarakat,” ujarnya mengulas tindakan pihak PAS yang dilihat mahu menjadi hero dalam desakan pemansuhan kedua-dua tol berkenaan.

Baru-baru ini lebih 200 ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengadakan perhimpunan aman di plaza tol Sungai Rasau bagi menggesa kerajaan memansuhkan kutipan tol di situ serta di tol Batu Tiga.

Tambahnya, perhimpunan Aman yang diketuai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Shah Alam Zulkurnain Md Ruslan melihat majoriti penduduk di sini menyifatkan kadar tol sebanyak RM1.10 sehala di Plaza Tol Batu Tiga menuju ke Kuala Lumpur dan sebaliknya dan RM1 di Plaza Tol Sungai Rasau untuk ke Klang dan sebaliknya merupakan satu bebanan kepada penduduk terutama berpendapatan rendah.

“Kita juga pernah memperjuangkan mengenai pembinaan sebuah hospital di Shah Alam, walaupun kini projek tersebut terbengkalai namun pembinaannya terhasil atas perjuangan UMNO dan BN Shah Alam kerana pada mulanya, pembianaan ini dikahabarkan akan dipindahkan ke Puncak Alam, namun atas dasar pembelaan dan kepentingan masyarakat setempat, kita perjuangkan agar Hospital ini kekal didirikan di Shah Alam.

Oleh yang demikian, tak perlulah ada mana-mana pihak khususnya PAS mahu menonjolkan dirinya sebagai hero dalam isu pemansuhan kedua-dua tol ini, mungkin mereka melihat PRU dah dekat, maka wajar bagi mereka menonjolkan diri sebagai pejuang pemansuhan tol ini sebagai mileage politik mereka,” ujarnya yang juga Penyelaras BN Parlimen Shah Alam.

Sumber : Sahabat Gunung

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP