Tidak Cukup Isu Air ... Khalid Mahu ROBOH KUIL, RAMPAS TANAH KUBUR KAMI - Penduduk Ijok
Monday, 14 May 2012
IJOK 13 Mei: Lebih 100 penduduk Ijok hari ini berhimpun membantah tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merampas kemudahan penduduk Simpang Ijok seperti Kuil, tanah wakaf perkuburan, tempat rehat dan padang bola.
Wakil mereka, Tee Bok Wong berkata kerajaan negeri telah melanggar janji mereka yang sebelum ini berjanji untuk memelihara kemudahan-kemudahan penduduk.
"Mereka (Pakatan Rakyat) minta jangan sokong BN dan berjanji sekiranya menang mereka akan memastikan pengambilan padang bola, kuil dan sebagainya tidak akan berlaku. Tapi janji hanya tinggal janji. Janji tidak ditepati sebaliknya Menteri Besar memberi sokongan kepada pemaju untuk teruskan buat pembangunan.
Klik artikel seterusnya, LAGI PENDUDUK IJOK DIKHIANATI MB SELANGOR
Semakin ramai penduduk di Ijok mula mendedahkan pembohongan yang dilakukan oleh ADUN mereka, Khalid Ibrahim ...
Khalid Ibrahim kini semakin rakus merampas kuil, tanah wakaf perkuburan, tempat rehat dan padang bola penduduk setempat untuk dijadikan 'projek mee segera' beliau untuk kroni-kroni atas nama pembangunan.
GWM difahamkan juga ada 'certain pecentage' kos projek pembangunan ini akan dipindah masuk kedalam tabung dana PKR untuk pilihanraya umum nanti.
Cukup menjijikkan ... Khalid Ibrahim selaku Exco Agama Selangor telah meluluskan tanah yang telah diwakafkan bagi pembesaran tanah perkuburan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor untuk projek pembangunan.
Habis segalanya dirembat oleh Khalid Ibrahim.
Habis segalanya dirembat oleh Khalid Ibrahim.
Ini bukan kali pertama pendedahan yang dilakukan oleh penduduk Ijok ...
Pertengahan April 2012, beberapa penduduk di Ijok turut membongkar sikap lepas tangan Khalid Ibrahim terhadap kebajikan rakyat marhaen di sini.
“Sudah empat tahun berlalu, tiada satu sumber ekonomi pun yang dibawa ke Ijok. Inikah pakar ekonomi? Janji nak berikan hak tanah pada masyarakat India, sampai hari ini masyarakat India di Ijok masih tak dapat menikmati apa yang dijanjikan itu,” katanya.
Klik artikel PEMBOHONGAN EXCO AGAMA SELANGOR
“Selalunya bila orang kampong minta peruntukan, mesti tak dapat. Saya sendiri sebagai pengerusi surau, minta peruntukan untuk lampu jalan sampai sekarang tiada apa-apa tindakan daripada MB ataupun wakilnya.
Klik artikel LAGI PEMBOHONGAN EXCO AGAMA SELANGOR
Khalid Ibrahim pun sebenarnya cukup sibuk untuk membiayai dana PKR sebelum menjelang PRU-13. Nyawa politik Azmin Ali pun sudah semakin hampir ditamatkan beliau dengan pendedahan gambar-gambar 'aiskrim sensasi' oleh puak-puaknya dalam PKR.
Kasihan penduduk Ijok ... ADUN yang dilantik untuk mewakili mereka telah mengkhianati setiap janji-janji sewaktu pilihanraya umum yang lalu.
Sumber : Gelombang Wangsa Maju
Sumber : Gelombang Wangsa Maju
0 comments:
Post a Comment