Powered by Blogger.

Kerajaan Selangor 'terpakai' 1 Juta Duit Rakyat ?

Friday 18 May 2012


Baru-baru ini Kerajaan Negeri Selangor telah merayakan Ulangtahun Ke-4 Pakatan Rakyat menjajah Selangor. Perayaan tersebut diadakan pada 7 April 2012 di Stadium Melawati, Kuala Selangor dan dikatakan kononnya amat berjaya serta dihadiri oleh ramai orang Selangor.

Berjaya atau tidak, sebenarnya ia boleh disangkal. Apatah lagi kebiasaan Pakatan Rakyat ialah, mereka gemar membesar-besarkan perkara yang kecil sehinggakan angka peserta BERSIH 3.0 yang jumlahnya tidak sampai 30,000 orang pun boleh ditukarkan menjadi 250,000 orang.

Namun yang hendak diperkatakan di sini ialah kos penganjuran perayaan itu yang dilaporkan mencecah RM1 juta. Perkara ini disahkan sendiri oleh beberapa orang pegawai dan kakitnagan Perbadanan Menteri Besar (MBI) dan SEtiausaha Sulit Menteri Besar iaitu Norzatun Aini.

Kos penganjuran tersebut adalah bersamaan dengan 1000 hadiah Anak Masuk Universiti yang sehingga kini gagal dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat setelah mereka membuat janji pada kempen PRU12 lalu. - sel13.com

Sumber : Suara Lensa

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP