Powered by Blogger.

Sampah Dibiar Lama Tak Berkutip, Punca Wabak Denggi di Selangor Meningkat Lagi

Sunday, 20 May 2012


Wak J: Kegagalan kerajaan negeri Pakatan Selangor dalam menangani isu sampah yang sekian lama tidak berkutip telah menjadi punca kepada meningkatnya wabak denggi di Selangor.

Sikap sambil lewa dan sikap suka lepas tangan kerajaan negeri Pakatan, telah meyebabkan rakyat Selangor hidup dalam kebimbangan akibat diancam oleh wabak maut ini.

Sampai bila nasib rakyat Selangor akan terus kekal begini. Berjuta-juta ringgit duit rakyat Selangor telah dihabiskan kerajaan Pakatan Selangor kononya hendak menyelesaikan masalah sampah yang berlaku.

Adakah kerajaan Pakatan ingin menunggu bila ramai yang mati kelak, barulah terhegeh-hengeh hendak bertindak, dengan datang bersama lori sampah bernilai jutaan ringgit singgah dari rumah ke rumah?


SEPANG 19 Mei - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liong Tiong Lai menyifatkan antara punca utama peningkatan hampir 50 peratus jumlah kes dan kematian denggi di Selangor sejak Januari hingga minggu lalu, adalah disebabkan oleh pungutan sampah yang tidak mengikut jadual ditetapkan.

Beliau berkata, kegagalan tersebut telah memudahkan lagi pembiakan nyamuk Aedes dan sekali gus meningkatkan jumlah kes serta kematian akibat denggi di negeri itu.

Katanya, ia juga dipengaruhi dengan kepadatan penduduk dan perumahan yang tinggi di Selangor.
"Tempat pembuangan sampah yang tidak dibersihkan secara berkala kerana sampah tidak dipungut dalam masa tertentu menyebabkan nyamuk Aedes membiak dengan cepat.

"Kalau sampah dibiarkan lebih seminggu, ia sudah boleh membiakkan nyamuk Aedes walaupun dalam sesudu air sahaja,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Sihat Cergas Ceria 2012 di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Azman Abu Bakar dan Pegawai Kesihatan Daerah Sepang, Dr Ruhaini Ismail.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataan akhbar semalam menyebut Selangor terus merekodkan jumlah kes dan kematian denggi tertinggi dengan 4,161 kes dan 10 kematian sejak Januari hingga 12 Mei lalu, meningkat hampir 50 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu yang mencatatkan kira-kira 2,770 kes dengan tiga kematian. - UTUSAN

Sumber : Wak Jengkol

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP