Powered by Blogger.

Niat Khalid Nak Malukan Noh,Akhirnya Dia Yang Disekolahkan Noh

Monday 28 May 2012

Sepanjang 4 tahun Khalid Ibrahim memegang jawatan MB Selangor sudah beberapa kali dia kantoi berbohong.

Daripada pembohongannya menunaikan janji PRU 2008 hinggalah kepada pembohongan yang menggunakan nama Sultan.

Bagi puak-puak itu sedikit pun mereka tidak pernah merasa bersalah atau malu apabila kantoi berbohong.

Dalam parti mereka, daripada sekecil-kecil ahli sehinggalah ke sebesar-besar pangkat, semuanya tidak pernah rasa malu untuk berbohong.

Sebab apa mereka tak malu berbohong ? Sebab ianya sudah menjadi amalan mereka. Itu rutin tetap atau makanan harian mereka.

Manusia jenis Khalid Ibrahim adalah manusia yang bodoh sombong.

Cuba anda ingat kembali kes perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor satu masa dulu.

Undang-undang dah terang dan jelas bahawa kuasa perlantikan adalah kuasa persekutuan. Tapi dia tetap berkeras juga mengatakan dia ada kuasa untuk lantik.

Berapa lama perkara itu ding...dong...ding...dong....sampai lumat Datuk Khusrin dikerjakan puak-puak PKR,PAS dan DAP.

Oleh kerana sikap bodoh sombong yang tebal dalam dirinya dia panggil pula sidang Dun khas untuk pinda undang-undang tubuh negeri.

Dia tahu yang kerajaannya tidak ada majoriti 2/3 dalam Dun dan usulnya itu tidak akan berjaya.

Tetapi dia tetap berkeras nak adakan juga. Akhirnya apa jadi ? Semuanya sia-sia,masuk angin keluar asap. Kalau bukan bodoh sombong apa yang kita boleh panggil ? Bodoh piang ?

Begitu juga dalam isu Loji Langat 2 sekarang ini.

Beberapa hari lepas Datuk Noh keluar kenyataan yang mengatakan rizab air terawat sekarang ini berada di paras kritikal.

Kemudian dia tempelak Datuk Noh dengan mengatakan air di Selangor masih banyak lagi dan Lembah Klang tidak akan hadapi krisis air dalam masa setahun dua ini.

Keesokan hari Datuk Noh sekolahkan dia balik. Datuk Noh bercakap pasal air yang dirawat. Khalid pula bercakap pasal air yang masih kotor di empangan.

Sekarang ini masalah di Selangor adalah masalah loji untuk merawat air sebelum dibekalkan kepada pengguna. Yang kerajaan pusat sedang berlawan dengan kerajaan Khalid sekarang adalah tentang pembinaan LOJI di Hulu Langat untuk merawat air. Kerajaan pusat bukan bercakap pasal EMPANGAN.

Bila Datuk Noh cabar dia minum air di empangan yang masih belum dirawat, dia pusing cerita pula suruh Datuk Noh jangan sibuk hal air dan jaga kementerian sendiri.

Dah malu lah tu....

MB apa kalau air terawat dengan air yang belum dirawat pun tak tahu ?

Dia nak perleceh Datuk Noh sebagai Menteri Pertanian kononnya tak tahu apa pasal air dan dia sebagai MB lebih tahu.

Sekarang siapa yang cerdik dan siapa yang bodoh ?

Dia ingat nak tunjuk cerdik ,rupanya kebodohan yang terserlah.

Kerana sikap keras kepala dan bodoh sombong Khalid,percayalah satu hari nanti kita semua akan menghadapi masalah air di Lembah Klang.

Sumber : RBF Online

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP