Powered by Blogger.

Selangor:P.Raya Berasingan Patut Dialu-Alukan

Tuesday 15 May 2012

Blogger Haji Husin Lempoyang hantar BBM kepada saya keratan akhbar diatas. Katanya, bagus dan kita perlu sokong.....

Ya betul tu Hj Husin....

Saya secara peribadi sudah lama bersetuju dan telah menyatakan pendapat saya kepada beberapa pihak berkenaan hasrat kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim itu.

Kita (BN) patut sokong dan patut raikan hasrat kerajaan PKR Selangor itu jika kita mahu tawan Selangor dengan mudah.

Percayalah bahawa pilihanraya berasingan banyak memberi kebaikan, keuntungan serta manfaat kepada BN. Tambahan pula selepas rusuhan bersih 28 April.

Seperti yang saya katakan semalam, rusuhan bersih telah menjamin dan menobatkan BN kekal sebagai kerajaan yang bakal memerintah Malaysia selepas PRU 13 kelak.

Dengan semangat kemenangan di peringkat pusat yang berkobar-kobar, semua jentera BN dari seluruh negara akan turun bekerja untuk pilihanraya Selangor pula.

Sap...sap...sui....kita boleh menang 2/3 Dun Selangor.

Oleh yang demikian marilah kita sama-sama sokong,beri kerjasama,galakan dan sebagainya kepada kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim agar mereka benar-benar adakan pilihanraya yang berasingan.

Cuma yang saya bimbang satu perkara sahaja.

Apa ?

Bimbang mereka tak berani nak adakan berasingan. Hanya sekadar gebang sahaja.

Sumber : RBF Online

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP