Powered by Blogger.

Rakyat Selangor Tak Mampu Miliki Rumah Sendiri Pada Tahun 2014 Kerana Ketiadaan Air

Friday, 11 May 2012


Gara-gara kekurangan bekalan air yang mencukupi di Selangor, dek kerana Menteri Besarnya gemar bermain politik, menyebabkan projek perumahan yang dirancang untuk rakyat Selangor tidak dapat dilaksanakan.

Kegagalan kerajaan negeri Pakatan di bawah kepimpinan Khalid Gagap dalam menyediakan keperluan bekalan air yang mencukupi untuk sektor perumahan akan menyebabkan kerancakan pembangunan ekonomi di negeri Selangor terbantut.

Apabila tiada projek perumahan baru berlaku di Selangor, maka rakyat Selangor tidak berpeluang untuk memiliki rumah sendiri, di samping itu juga ia akan menyebabkan negeri rugi dan tidak dapat membagun seperti yang dirancang.

Semua masalah yang berlaku ini disebabkan oleh keegoan kerajaan negeri yang enggan memberi persetujuan terhadap pembinaan loji air Langat 2.

Apalah malang nasib rakyat Selangor kerana sering kali diperjudikan oleh kerajaan Pakatan (DAP,PAS dan PKR). Sudah tiba masanya rakyat Selangor bangkit dan berubah dengan menolak Pakatan Haram (PR) pada PRU13 akan datang.

Sumber : Wak Jengkol

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP