Powered by Blogger.

Tukar Kerajaan Pakatan Sekiranya Rakyat Mahu Bekalan Air Disalur Masuk ke Selangor

Tuesday, 15 May 2012


Masalah kekurangan bekalan air bersih mencukupi di Selangor jika tidak ditangani mulai dari sekarang, sudah pasti ia akan mengundang bala bencana yang dahsyat kepada rakyat Selangor di masa akan datang.

Menurut jangkaan kerajaan Persekutuan, setelah beberapa kajian dibuat, mendapati bekalan air di Selangor hanya akan dapat bertahan sehingga tahun 2014. Manakala, kajian yang telah dilakukan oleh kerajaan Pakatan Selangor pula meramalkan, negeri Selangor akan mengalami masalah kekurangan bekalan air bersih pada tahun 2019.

Sebagai sebuah negeri yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi serta kegiatan ekonominya dijana melalui sektor perindustrian, keperluan untuk mendapatkan bekalan air bersih dan mencukupi adalah amat mustahak sekali.

Segala infrastruktur untuk menyalurkan bekalan air dari Pahang ke Selangor semuanya sudah siap disediakan. Kerajaan Persekutuan telah mengeluarkan belanja yang banyak untuk memastikan agar bekalan air untuk rakyat Selangor sentiasa mencukupi.

Dalam isu air di Selangor, kerajaan negeri Pakatan dilihat sebagai penghalang utama untuk rakyat mendapat bekalan air bersih yang mencukupi. Ditambah pula dengan sikap menteri besar bersama barisan exconya yang gemar bermain politik dari menyelesaikan segala masalah yang timbul berkaitan dengan isu air ini.


Tindakan kerajaan negeri di bawah pimpinan Khalid Gagap, menghalang penyaluran bekalan air bersih yang telah dirancang oleh kerajaan Persekutuan bukan sahaja akan menyusahkan banyak pihak malah turut mengundang rasa murka dari pihak Istana.

Sebelum semunya terlambat, masih sempat lagi untuk rakyat Selangor membuat perubahan pada PRU13 akan datang dengan menukar kerajaan negeri sedia ada sekrang kepada sebuah kerajaan yang lebih stabil dan bekemampuan untuk menyelesaikan sebarang masalah yang berbangkit termasuklah masalah air.

Air adalah elemen paling penting dalam kehidupan seharian kita. Biar hidup bergelap asalkan ada air. Bila negeri Selangor kekurangan bekalan air, jangan harap dapat merasa lagi air percuma yang dinikmati sekarang. Beringat dan tukarlah apa yang kita rasa patut, waima terpaksa tukar kerajaan sekalipun, asalkan bekalan air mencukupi.

Sumber : Wak Jengkol

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP