Air Selangor- Rakyat Tuntut 50 Bulan Subsidi RM11.40
Friday, 18 May 2012
Kerajaan negeri perlu membayar subsidi RM11.40 untuk setiap isi rumah yang masih menggunakan meter pukal di flat dan pangsapuri dalam tempoh mereka memerintah. Itu kenyataan wakil NGO yang mewakili rakyat Selangor di kawasan Kota Raja.
RM11.50 sebulan adalah subsidi air yang dibanggakan oleh rejim Khalid Gagap yang kononnya diberikan kepada semua rakyat Selangor. Keseluruhan kos untuk tempoh 50 bulan adalah sebanyak RM575 untuk satu keluarga.
Andai subsidi air percuma diberikan kepada seluruh rakyat Selangor mengapa masih ada lagi tuntutan seperti ini dikalangan rakyat Selangor.
Harian Metro hari ini melaporkan tentang tuntutan rakyat Selangor di kawasan Kota Raja.
KLANG: Tidak berpuas hati dengan janji kerajaan negeri berhubung pengagihan air percuma, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) daerah Klang, semalam, menuntut kerajaan negeri mengembalikan bayaran 50 bulan subsidi air kepada penduduk dalam tempoh 10 hari.
NGO berkenaan mewakili 4,000 penduduk flat dan pangsapuri di Kota Raja, di sini, yang tidak menerima subsidi air seperti dijanjikan kerajaan negeri selepas mengambil alih pentadbiran.
Difahamkan, walaupun sudah empat tahun mentadbir Selangor, kerajaan negeri masih gagal memberikan 20 meter padu air kepada penduduk seperti dijanjikan.
Presiden Badan Prihatin Rakyat Selangor (BPRS), Saarah Ali Bashah yang mewakili penduduk terbabit berkata, kerajaan negeri perlu membayar subsidi RM11.40 untuk setiap isi rumah yang masih menggunakan meter pukal di flat dan pangsapuri dalam tempoh itu hingga kini.
Menurutnya, janji yang ditabur pada Pilihanraya Umum (PRU) 2008 perlu ditunaikan memandangkan tempoh pentadbiran kerajaan Selangor sudah menjangkau empat tahun.
“Sudah 50 bulan kerajaan negeri mengambil alih pentadbiran dan setiap isi rumah perlu dibayar RM570 gara-gara tidak mendapat manfaat skim air percuma.
“Sekiranya janji tidak ditunaikan, NGO dan penduduk akan terus membuat demonstrasi bagi menuntut janji berkenaan ditunaikan,” katanya dalam sidang media di sini, semalam. Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Shah Alam, berkata, kerajaan negeri tidak akan membayar sebarang tuntutan yang dikemukakan penduduk berhubung isu air.
Menurutnya, kerajaan negeri akan menukar meter pukal kepada meter individu bagi mengatasi masalah air percuma yang dihadapi penduduk.
“Kerajaan negeri tidak akan membayar tuntutan yang dikemukakan penduduk kerana harga yang mereka (penduduk) bayar air melebihi daripada apa yang sepatutnya,” katanya.
[sumber]
Sumber : Kita Gempur
0 comments:
Post a Comment