Powered by Blogger.

FAKTA ATAU AUTA !!! BANTUAN UNTUK PELAJAR TADIKA !!! HALIMAH ALI NAFI KERANA @KHAIRYKJ ??? WAJIB BACA !!!

Saturday, 26 May 2012

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan,Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri Selangor menafikan pemberian bantuan RM50 sebulan bagi setiap murid tadika disebabkan selepas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO,Khairy Jamaluddin membidas pembangkang dalam debat pemansuhan PTPTN yang gagal melunaskan janji-janji pilihanraya umum 2008.Beliau berkata demikian selepas majlis Penyerahan cek Bantuan Pendidikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Fasa Satu 2012,semalam.

Pengumuman pemberian bantuan RM50 sebulan bagi setiap murid tadika itu dilakukan sehari selepas Khairy membangkitkan perkara tersebut dalam debat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dianjurkan oleh media Sinar Harian, Selasa lalu.Khairy dalam debat PTPTN itu membidas sikap retorik pakatan pembangkang memberikan pendidikan tinggi percuma sedangkan dalam masa yang sama tidak pernah melaksanakan janji mudah untuk memberikan bantuan RM50 kepada murid tadika sejak memegang pentadbiran kerajaan negeri Selamgor selepas empat tahun lamanya.


Halimah menafikan pengumuman bantuan tersebut dilakukan kerana mempunyai kaitan rapat dengan apa yang dibangkitkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu dan menganggap ia adalah secara kebetulan sahaja.



LIHAT MINIT KE 6 !!!

"Saya tidak dengar apa yang Khairy cakap. Ini secara kebetulan dan tidak ada kena-mengena dengan Khairy, malah ia sebenarnya dalam perancangan fasa keempat program Merakyat Ekonomi Selangor (MES)," katanya.

Dalam majlis Penyerahan cek Bantuan SJKC dan SAR tersebut, Halimah mengumumkan seramai 3,00 murid tadika berumur empat hingga enam tahun di Selangor, menerima bantuan RM50 sebulan dan tertakluk kepada keluarga yang berpendapatan RM1,500 kebawah mulai Julai ini.Pemberian bantuan RM50 sebulan itu dilakukan selepas empat tahun kerajaan Parti Keadilan Rakyat mengambil alih pemerintahan negeri Selangor,sejak memenangi pilihanraya umum pada tahun 2008. - KlPos

DAH LAH BAGI RM50 LEPAS DEBAT KHAIRY JAMALUDDIN DAN RAFIZ LEPAS ITU TAK MENGAKU !!!

TIBA-TIBA KATA KEBETULAN !!!

4 TAHUN PERINTAH SELANGOR BARU NAK BAGI ???

JANJI RM75 TAPI BAGI RM 50 JER ???

KALAU KHAIRY JAMALUDDIN TAK CAKAP ???

KEBETULAN YEK ???



APA CERITA NI ???

Sekadar ingin mengingatkan pada mereka yang terlupa,atau buat-buat lupa...

Tan Sri Khalid A.K.A Gagap !!!

Antaranya yang dijanjikan untuk Sosial dan Kebajikan Rakyat ialah :

--> Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor

--> Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri @ Tadika

--> Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah

--> Memberi hadiah RM1,000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti

--> Memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor

--> Memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumah tangga

--> Membuka pusat-pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia

--> Mencarum takaful bernilai RM2,500 untuk warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim

--> Memberi elaun ibu tunggal yang layak

--> Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil mereka

--> Membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri

--> Mewujudkan institusi menyelaraskan hal-ehwal agama selain Islam

Janji yang mana dah tertunai ???

Janji -janji baru mana yang telah ditabur ???

Siapa yang telah menerima habuan ???

Siapa yang masih ternganga ???

Sumber : Badut Rakyat

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP