Powered by Blogger.

TERKINI - Peruntukkan Khas Pembelian Lori Sampah RM12 Juta Untuk Ronie Liu DAP

Thursday 17 May 2012



Tahniah dan syabas kerajaan negeri Selangor kerana waktu ini Gomo difahamkan sudahpun membeli 50 buah Lori sampai yang setiap satunya berharga 250 ribu yang mana jika didarabkan dengan 50 buah menjadikan sebanyak RM 12,500,000 Juta wang rakyat Selangor telah digunakan bagi menampung pembelian lori lori sampah ini.

Itulah kelebihan pemimpin Pakatan Rakyat yang kononya cukup efektif dalam mentadbir sesebuah negeri sampaikan pekara yang mudah berkenaan isu sampah tidak dapat diselesaikan sehinggakan terpaksa mengeluarkan wang rakyat jutaan ringgit bagi membeli lori sampah.

Gomo percaya selepas ini akan ada lagi masaalah berkenaan lori sampah ini dan selepas ini yakinlah anda semua terutama rakyat Selangor bahawa kerajaan negeri akan menyelesaikan masaalah tersebut dengan mengeluarkan lagi wang rakyat Selangor.

Cukup mudah bagi mereka Kerajaan Pakatan Selangor kerana apa sahaja masaalah mesti diselesaikan dengan perbelanjaan dan tidak ada mekanisma lain selain dari menggunakan wang rakyat Selangor.

Ini baru di Selangor mereka bertindak sedemikian bagaimana pula jika Malaysia dipimpin mereka ini? Apa akan berrlaku? Ohhh semuanya akan diselesaikan dengan menggunakan wang rakyat. Kerana pada mereka Pakatan rakyat semua boleh dibeli dengan wang ringgit dan tidak perlu peningkan kepala.

Sumber : Papa Gomo

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP