DEDAH KHAS !! ADUN DAP SUBANG JAYA MELOMPAT D TUDUH ADUN PALING MALAS D SELANGOR !! part 1
Thursday, 17 May 2012
Kita boleh memeriksa rekod kehadiran Adun di persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor melalui penelitian Hansard.
Capaian Hansard untuk laman sesawang rasmi kerajaan negeri ada di http://dun.selangor.gov.my/v2/hansard
Namun penyata dewan untuk sesi-sesi DUN Selangor tahun 2012 belum lagi dimuat-turunkan sementara yang bagi tahun 2011 tidak lengkap.
Maka dengan itu saya terpaksa merujuk sahaja kepada Hansard tahun 2010 untuk menyemak tahap ketekunan seseorang Adun Selangor itu dalam menjaga kepentingan kawasannya serta menyalurkan suara dan kehendak para pemilih yang diwakilinya.
Dewan Negeri Selangor ke-12
Di bawah ialah senarai Adun yang TIDAK HADIR mesyuarat:Penggal ke-3 Mesyuarat ke-3
Isnin: 8 Nov 2010 (Hari 13)* Dr Rani Osman (Meru)
* Hannah Yeoh (Subang Jaya)
* Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia)
* Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam)
* Badrul Hisham Abdullah (Pelabuhan Klang)
Selasa: 9 Nov 2010 (Hari 12)
* Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama)
* Hannah Yeoh (Subang Jaya)
* Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia)
* Badrul Hisham Abdullah (Pelabuhan Klang)
Rabu: 10 Nov 2010 (Hari 11)
* Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama)
* Hannah Yeoh (Subang Jaya)
* Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia)
* Badrul Hisham Abdullah (Pelabuhan Klang)
Khamis: 11 Nov 2010 (Hari 10)
* Azmin Ali (Bukit Antarabangsa)
* Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama)
* Hannah Yeoh (Subang Jaya)
* Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia)
* Dr Mohamad Khir Toyo (Sungai Panjang)
* Dr Satim Diman (Seri Serdang)
* Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam)
* Hasiman Sidom (Morib)
* Subahan Kamal (Taman Templer)
* Badrul Hisham Abdullah (Pelabuhan Klang)
Jumaat: 12 Nov 2010 (Hari 9)
* Dr Rani Osman (Meru)
* Yap Lum Chin (Balakong)
* Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama)
* Jenice Lee (Teratai)
* Hannah Yeoh (Subang Jaya)
* Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia)
* Dr Mohamad Khir Toyo (Sungai Panjang)
* Dr Satim Diman (Seri Serdang)
* Abd. Rahman Palil (Sementa)
* Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam)
* Hasiman Sidom (Morib)
* Subahan Kamal (Taman Templer)
* Abdul Shukur Idrus (Kuang)
* Badrul Hisham Abdullah (Pelabuhan Klang)
Isnin: 15 Nov 2010 (Hari 8)
* Amiruddin Shari (Batu Caves)
* Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama)
* M. Manoharan (Kota Alam Shah)
* Jenice Lee (Teratai)
* Hannah Yeoh (Subang Jaya)
* Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia)
* Dr Mohamad Khir Toyo (Sungai Panjang)
* Dr Satim Diman (Seri Serdang)
* Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam)
* Hasiman Sidom (Morib)
* Marsum Paing (Dengkil)
* Subahan Kamal (Taman Templer)
* Abdul Shukur Idrus (Kuang)
* Badrul Hisham Abdullah (Pelabuhan Klang)
Mengikut Hansard, dewan bersidang sebanyak 13 hari dalam tahun 2010.
Yang Berhormat Hannah Yeoh Adun Subang Jaya hadir 7 hari daripada jumlah 13 itu. Maka rekod kedatangan YB Hannah hanya 53.85%.
Gambar DUN Selangor bersidang 2012 (bawah)
Hannah Yeoh – kalaulah dia berkenan menunjuk muka – dalam keasyikannya bermain Facebook tatkala mesyuarat DUN berjalan tidak menyedari bahawa kamera litar sedang merakam.
Penggal ke-3 Mesyuarat ke-2
Isnin: 12 Julai 2010 (Hari 7)
* Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama)
Selasa: 13 Julai 2010 (Hari 6)
* Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama)
* Dr Satim Diman (Seri Serdang)
* Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam)
* Abdul Shukur Idrus (Kuang)
* Badrul Hisham Abdullah (Pelabuhan Klang)
Rabu: 14 Julai 2010 (Hari 5)
* Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama)
* Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam)
* Badrul Hisham Abdullah (Pelabuhan Klang)
Khamis: 15 Julai 2010 (Hari 4)
* Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama)
* Amiruddin Shari (Batu Caves)
* Gan Pei Nei (Rawang)
* Dr Satim Diman (Seri Serdang)
* Abd. Rahman Palil (Sementa)
* Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam)
* Ir. Muhammad Bushro Mat Johor (Paya Jaras)
Apabila ditanya kenapa dia menatap Facebook, Hannah menjawab bahawa Facebook mempunyai pautan kepada akaun ‘Twitter’nya yang wajib selalu dikemaskini.
Nak tahu kenapa kerja mentweet itu dianggap terlalu mustahak serta diberi keutamaan oleh YB kesayangan DAPster ini? Scroll bawah untuk mengetahui jawapannya.
Penggal ke-3 Mesyuarat ke-1
Isnin: 12 April 2010 (Hari 3)
* Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama)
* Elizabeth Wong (Bukit Lanjan)
Selasa 13 April 2010 (Hari 2)
* Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama)
* Elizabeth Wong (Bukit Lanjan)
* Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam)
* Mohd Isa Abu Kasim (Batang Kali)
Rabu 14 April 2010 (Hari 1)
* Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama)
* Raja Ideris Raja Ahmad (Sungai Air Tawar)
* Abd Rahman Palil (Sementa)
* Wong Koon Mun (Kuala Kubu Baharu)
Hairan juga DAPster boleh menstereotaip ‘Melayu malas’
Sekiranya dilihat pada nama-nama dalam senarai di atas, lagi ramai Adun Pakatan yang tidak menghadiri persidangan dewan. Yang tidak hadir tetapi bersebab ada dicatat alasan mereka, misalnya Rodziah Ismail (YB Batu Tiga) kerana menunaikan fardu haji.
Apapun, jelas nampak Hannah Yeoh kaki ponteng.
Pelik juga bagaimana Haris Ibrahim, pelopor gerakan ABU, boleh begitu menyakini kewibawaan Hannah serta beriya-iya memangkahnya mencapai prestasi cemerlang dalam melaksanakan tugas sebagai seorang wakil rakyat.
Apa agaknya kriteria yang dipakaiguna oleh Haris untuk mengukur seorang Yang Berkhidmat?
Setahu saya, Haris memberikan Hannah ‘endorsement’ dan puji-pujian melangit kerana Haris menilainya seperti berikut.
Kata Haris, Hannah Yeoh mempunyai:
* “strong academic qualification” [dari Tasmania]
* “strong religious convictions that guide her actions”
* ”principled position on important national issues” [menyokong kuat Anwar dan Sept 16 ]
* and “ability to articulate them well, was soon noticed by party leadership as excellent candidate material.”
Ya le … Asal Bukan Umno …
*** **** ***
Jawapan kepada soalan kenapa Hannah Yeoh sibuk mentweet sewaktu dewan bersidang:
Ratu Twitter ini perasan dirinya seorang ‘newsmaker’.
Bersambung: Gambar lucah, ugutan rogol dan perkakas MCA yang begitu lembik dan dayus
Sumber : AAKJ
0 comments:
Post a Comment